Selasa, 11 Oktober 2022

Mesyuarat Luar Kawasan.

Minggu lepas, sekali lagi aku keluar daerah bagi menghadiri mesyuarat di bawah jabatan aku ini. Permintaan dato' untuk mengadakan mesyuarat diluar kawasan. Maka, pihak pengurusan membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat tersebut di LOTUS DESARU BEACH & SPA BEACH RESORT. bukan mudah untuk dapat berjalan di bawah aktiviti jabatan ini, kerana budget yang ada bukan mudah untuk digunapakai melainkan dengan sebab yang telah diluluskan oleh pihak suk dan beberapa agensi lain.

 

 

Mesyuarat Pengurusan, itu nama mesyuarat yang perlu hadiri selain dari aku memastikan kelengkapan dan persediaan untuk melakukan mesyuarat tersebut.

Bersama kerani aku, menghadiri mesyuarat tersebut. Di dalam tentatif mesyuarat tersebut diselitkan dengan program taklimat dan bengkel yang dianjurkan oleh Unit Latihan. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, bengkel tersebut tidak dapat dilaksanakan dan dibawa ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

 

 

Bermalam kami di sana selama satu malam. Pada awalnya, kami perlu berkongsi satu bilik bersama seorang lagi kakitangan jabatan, tetapi disebabkan ada yang perlu pulang ke pejabat untuk urusan-urusan yang perlu diselesaikan segera, maka ada beberapa kakitangan yang dapat seorang sebilik, termasuk aku.

Ini kali kedua aku bermalam di resort ini. Sebelum ini, semasa aku masih berkhidmat di pejabat lama. Dan memerlukan kami berkongsi bilik, dua orang satu bilik hotel. Mungkin rezeki kali ini bagi diri aku, aku hanya berseorangan di dalam bilik tersebut. Boleh aku katakan bahawa bilik hotel tersebut memang sangat berpuas hati. 

"best weyyhhh......",

 

Tetapi, untuk melakukan mesyuarat. Aku tidak mencadangkan hotel tersebut. Atau mungkin bilik mesyuarat yang ditempatkan untuk jabatan itu dan mempunyai bilik lain yang selesa aku tidak pasti.

Untuk bercuti bersama keluarga, dan bersiar di pantai timur Johor. boleh datang menginap sesekali di resort ini. Memang puas hati, best sangat.

Selasa, 4 Oktober 2022

Tunaikan Niat Hati.

3 Oktober 2022 yang lepas, aku telah membawa ibu aku ke mid valley Johor Bahru. beliau teringin bersiar di dalam pusat membeli belah tersebut, kerana ketika beliau pergi bersama-sama ayah tiri aku, ketika musim PKP, dan kebanyakan kedai-kedai yang berada di situ telah menghentikan operasi sementara.
 

 

Maka, selesai urusan aku di Lotus Resort, Desaru, aku telah mengambil ibu aku yang aku letakkan sementara di rumah adik ipar aku, (isteri kepada arwah adik aku), sepanjang aku berada di Desaru atas urusan pejabat.

Maka, bersiarlah kami di mall tersebut bersama-sama staff aku, kerana kebetulan staff aku menumpang untuk pergi ke Desaru, dan aku pula malas nak ulang alik menghantar staff aku dahulu ke rumahnya, dan pusing kembali menuju ke Mid vally Johor Bahru.

 

Semasa bersiar di dalam mall tersebut, aku terpandang restauran Nandos. Restaurat ini merupakan tempat kegemaran aku, dan jika ada lebih, aku akan reward diri aku dengan menikmati hidangan yang ada di situ. Sebelum ini, aku telah memasang niat untuk membawa ibu aku makan ayam panggang yang disajikan di restaurant tersebut. Akhirnya, niat aku tercapai dan tertunai janji aku dengan diri aku.

Alhamdulillah, ibu aku menggemari hidangan yang ada, dan licin pinggan hanya tulangg-tulang ayam sahaja yang tersisa. Dan ada senyuman kekenyangan di wajahnya. Terima Kasih Allah kerana memberikan rezeki kepada aku dan dapat melihat senyuman beliau.

Khamis, 29 September 2022

Hari Letih.


29 September 2022. Bukan buletin bukan surat khabar juga, cuma kongsika aktiviti aku dalam meniti hari-hari aku sebelum nafas terhenti, 

"hahahaha..... ke situ pula", hakikatnya semua pasti nadi terhenti, hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah nafas kita terhenti. Segalanya telah terlulis dan telah ditentukan perjalanan kita, Pernah diajar dan dipesan bahawa setiap nasib seseorang itu berubah dengan ikhlasnya doa kita kepada Nya. 


 

Seawal jam 4 pagi aku telah membuka mata menikmati embun subuh, terkulat-kulat mata memerhatikan wajah yang suram dicermin. persiapkan diri kerana perjanjian memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi. Seawal jam 4.45 pagi juga aku telah terpacak diperkarangan pejabat. Tetapi paling berterima kasih, kerana mereka tiba di pejabat jam 5.30 pagi.

"Trampil bro.....!!!!",  terbaik sangat yang boleh dipegang dengan janji-janji yang bergelar MELAYU. 

"eyh... aku juga melayu, hahaha......", ingat pesan tuhan tentang masa, sehingga diturunkan wahyu berkanaan pentingnya masa, dan juga telah diturunkan wahyu tentang berpegang kepada janji. 

"Tidakkah begitu? setuju atau tidak?",

Keletihan aku hari ini, kerana sepanjang hampir tiga tahun aku bertugas di jabatan baru, ini pertama kali aku keluar dari negeri sendiri kerana urusan kerja. Task hari ini, aku bersama-sama tiga orang lagi dari bahagian lain di jabatan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan mencadang dan mencipta satu data base


 

Tujuan pengkalan data itu diwujudkan adalah untuk menyimpan beberapa dokumen tentang sesuatu premis di dalam kerajaan negeri bagi memudahkan mereka mengurus tadbir segala perihal.

Anjuran daripada MOSTI yang mana ingin membantu beberapa syarikat kecil bagi memulakan perniagaan teknologi data dengan bantuan daripada kerajaan pusat. merupakan sagtu pertandingan juga bagi syarikat-syarikat tersebut yang mana mereka perlu mencipta satu laman sesawang atau aplikasi dan akan dinilai oleh pihak MOSTI. Pemenang akan mendapat habuan bernilai RM250k. 

Jika aplikasi dan laman sesawang itu ingin diteruskan oleh agensi atau jabatan, mereka perlu menyambung pembayaran kepada syarikat yang dilantik bagi tujuan menyokong syarikat mereka daripada belakang. Hakikatnya bagi kerajaan negeri pula, proses pembayaran tersebut perlu mendapat kelulusan daripada beberapa agensi dan jabatan untuk kelulusan kewangan. 

"Panjang melewey pula aku bercerita bab lain",

Ada beberapa penyertaan daripada beberapa agensi dan jabatan tadi, setiap kertas kerja dibentangkan di dalam dewan untuk didengarkan kepada semua agensi dan jabatan dan akhirnya mereka akan menilai semua perbentangan dan memberikan undi. 

"urmm..... daripada jabatan aku, hahaha... sedih, diam-diam sudah", 

Mengapa? atas pemerhatian aku, memang tiada kekuatan dan impak besar yang dapat dimanfaatkan kepada masyarakat, kerana tujuan mereka mencipta laman sesawang ini atas sebab kegunaan di dalam jabatan sahaja, bukan untuk kepentingan kepada masyarakat. Sebenarnya aku telah lama mengetahui tentang laman sesawang yang mereka ingin wujudkan dan apa sebab kerajaan negeri menolak permohonan mereka. Aku sekadar berdiam diri dan memerhati, tetapi ada juga cadangan yang aku keluarkan semasa perbincangan tersebut.

Tunggu dan lihat sahaja di mana kesudahan cerita mereka. Aku ingin menilai dan comment  lebih, siapalah diri aku ini kan, sekadar semut merah kecil,

"hahahaha......",

Itu sahajalah cerita untuk hari ini, dan amat meletihkan kerja pada hari ini.

Isnin, 26 September 2022

LAIN.

Hari ini, setelah seperti aku tidak ambil kisah, tetiba sedang termenung di dalam toilet aku terfikir. mengapa hari ini, tidak boleh pick up phone, sebelum ini boleh sahaja pick up. Dan pernah aku dimarahi kerana aku tidak call bila berada di rumah. Tetapi hari ini lain.

Boleh sahaja aku menghubungi orang-orang yang ada disekelilingnya, untuk bertanyakan perihal, tapi malas aku lakukan sedemikian. Untuk apa?

Dan cara reply teks juga ada sedikit berbeza. Biarlah. lagi pun. "orang dah bahagia" memang sedar sahaja bahawa diri aku ini di mana letaknya. 

Pandai-pandailah, aku memang tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi melangit kerana bermacam-macam yang telah aku lalui.


Ahad, 25 September 2022

Kerinduan Yang Tiada Batas.

Assalammualaikum, 4 Sept 2022 bersamaan 7 Safar 1444 hijrah  hari ini. Genap 3 minggu pemergian arwah adik aku Fauzi Husin, Dalam hati ini, hanya tuhan yang tahu betapa rindunya aku kepada Allayarham. Manakan tidak, setiap minggu mesti sehari aku datang bertandang ke rumah beliau, lepak bersama dan melayan karenah anak-anak beliau.


 

Aku juga berkongsi hobi yang sama, memancing. Sejak di kampung kami luangkan masa pergi memancing di sungai berhampiran, samada Sungai Chemplak, Sungai Labis atau sungai bersempadan dengan Felda Maokil. Telah aku berjanji dengan beliau, hari terakhir aku datang lepak bersama beliau, 30 Ogos 2022, sembang yang aku akan beli mesin dan joran baru, kerana perkakasan itu telah dipinjamkan kepada adik ipar aku yang di Bukit Jelutong, Tetapi tidak aku sangka, beliau pergi tanpa menantikan aku.

 

 

Setiap minggu aku berasa seperti tidak lengkap sekarang ini, kerana kurangnya satu aktiviti gurau senda gelak ketawa bersama beliau. Aku akan call dahulu sebelum hadir ke rumah beliau kerana, beliau punya jadual duty yang tak menentu, bergantung kepada kem, dan sentiasa akan mendapat panggilan hadir bertugas.

 

Kebiasannya, beliau akan masak jika aku datang bertandang ke rumah beliau. Dan kebiasaannya aku akan melarang beliau memasak untuk kehadiran aku. tetapi setibanya di rumah beliau, telah siap dihidang. kadang-kadang, aku akan berbual dengan beliau ketika beliau sedang memasak.

 

 

Masing ingat lagi hari terakhir, selepas pulang membawa beliau bersama anak-anak beliau bersiar menaiki baby red aku pergi ke kedai berhampiran. Dia pesan dengan anak-anak beliau, "nanti ajak Pak Long jalan-jalan tau", dan sering sahaja beliau pesan kepada aku, "ko tengok-tengokkan anak aku ni", In Sya Allah, anak-anak kau tanggungjawab aku kerana aku adalah wali utama kepada mereka.

 


Sememangnya aku merindukan dia, sentiasa. Cuba kuatkan hati dan cuba sibukkan diri dengan kerja-kerja harian dan di pejabat. 

Tetapi aku kekadang terasa sayu bila melihat anak-anak arwah yang kecil-kecil lagi, bagaimanakah kehidupan mereka yang merindukan abah. Memang aku manjakan mereka semua sejak dari dulu, tetapi sayang kepada ayah lain dengan sayang kepada pakcik. Allahu..

 

 

Along doakan kau sentiasa aman dan sentiasa diberkati di sana, sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat. Aku di sini akan sentiasa sedekahkan Al Fatihah untuk kau dan arwah abah, amin.



Khamis, 15 September 2022

Saga My Baby.

Alhamdulillah, Akhirnya dapat juga baby baru. hahaha. Tiada lah niat lain hanya kerana aku sering berjalan jauh untuk pulang ke kampung. 

Saga jer lah yang mampu, sebenarnya malas aku ingin menangung hutang, andainya iswara aku still ok dan boleh bergerak jauh, tiada lah aku berniat menukar kereta, kerana menambah bebanan hutang sedangkan aku telah selesa dengan tiada hutang.

 


Demi keselamatan di jalan raya, pejamkan mata sahaja. Pada asalnya, aku telah masuk loan untuk kereta Bezza, bank telah call dan menyatakan bahawa ada kelulusan. tetapi aku pula terlupa tentang perkara tersebut. Setelah kereta saga dibooking dan tunggu keluar, pihak dari produa menalefon dan bercakap perihal kereta tersebut. aku cakak sahajalah "cancel order"

 

 Dan arwah adik dapat merasa naik kereta saga ini, kebetulan 3 hari sebelum arwah meninggalkan kami, aku telah bertandang ke rumah beliau dan membawa mereka bersiar-siar di kawasan taman perumahan beliau. Dan perjumpaan aku dengan arwah juga bersebab, membincangkan hal-hal berbangkit. Ambil kereta saga ini atas suggestion beliau juga.

 

Terima Kasih.

11 September, tarikh keramat buat diri aku, apa yang keramatnya? ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran aku. Maka genap umur aku yang ke 41 tahun, Alhamdulillah, Dia memberikan kesempatan kepada aku untuk terus memperbaiki diri dan menilai yang mana baik atau buruk tentang diri aku.


Tetapi ada kelainan pada tahun ini, manakan tidak, aku baru kehilangan salah sorang insan tersayang. Adik lelaki aku, hingga ke hari ini, masih lagi terasa rindu, bukan tidak redha dengan ketentuanNya, tetapi terasa rindu yang amat kuat dalam hati ini.

By The Way, terima kasih kepada sahabat aku, juga staff aku di pejabat kerana membuang sedikit wang memberikan senyum yang hilang terbang ke mana buat diri aku. Sentiasa sahaja mereka ini membuat aku tersenyum dengan keletah mereka.Sentiasa buat aku tertawa dengan perbualan harian mereka.


Sedikit-sedikit sahajalah post yang aku buat, panjang-panjang bukan ada yang membaca, apakah aku sendiri sahaja yang membaca karangan aku ini, hahahaha

walaupun aku sedar ada beberapa yang mengikuti blog aku ini, terima kasih kerana sentiasa mengikuti,

Rabu, 14 September 2022

Hilangnya Kekal Di hati Sentiasa.


 

4 September 2022, tarikh gelap yang akan sentiasa terpahat di dalam hati. Perginya seorang adik yang disayangi. Orang yang paling rapat dengan aku. Gurau senda ketawa dan lain-lain.

Maka tiada lagi kedengaran senda gurau dan gelak ketawa bila bercuti ramai-ramai di rumah mak.

Kehilangan beliau amat terasa buat diri aku kerana beliau merupakan orang yang paling rapat dengan aku, dan seorang adik yang aku sentiasa manjakan sejak beliau dari kecil lagi.

 


 

Sehingga ke hari ini, terpandang-pandang dan terbayang wajah beliau tersenyum dan ketawa di mata aku. Hampir dua minggu sekali aku akan bertandang ke rumah beliau untuk lepak dan sembang sambil melayan keletah anak-anak beliau.

Paling tidak boleh aku pandang, keadaan anak-anak beliau yang masih kecil. Allahu.....

Sebenarnya, aku ketandusan idea untuk menulis tentang beliau ni, masih lagi dalam keadaan yang tidak stabil.

 

Di bawah saya selitkan ulasan dari TV3,


 


Selasa, 28 Jun 2022

Kunjungan Pertama.


Hujung Syawal yang lepas, merupakan pengalaman pertama aku di Quarter Jabatan. Dua tahun menetap di kuarters ini, Kunjungan pertama penghuni block kuarters ke rumah aku. Dua tahun mereka tiada melakukan aktiviti marhaban ini disebabkan penularan COVID yang dialami satu dunia. Tahun ini, kerana penularan yang agak terkawal dan ramai yang telah menerima vaksin, maka mereka memulakan semula aktivi marhaban di block kuarters Jabatan.




Kunjungan Marhaban pertama, mengapa demikian aku khabarkan, kerana sebelum ini aku menetap di Kuarters Pejabat Daerah Segamat, agak kurang mereka melakukan aktiviti bersama, mungkin hubungan di antara sesama sendiri dan kekangan yang ada. Dan di sana rata-rata yang menghuni adalah dari jabatan atau pejabat yang berlainan. antara kekangan yang ada. 

Tetapi di kuarters yang sekarang, block ini penghuninya 100% dari jabatan yang sama, oleh itu tiada masalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti.



Hari itu, Marhaban bermula seawal jam 1830 setelah semua penghuni pulang kerja dan telah berada di rumah masing-masih. Rumah pertama adalah rumah paling atas, tingkat 4 dan terus penghujungnya rumah aras paling bawah. Mengambil masa juga dengan berhenti dua kali aktiviti marhaban untuk memberi penghormatan kepada laungan azan Maghrib dan Isya. Juga majlis diselitkan dengan Solat Maghrib dan Isya secara berjemaah.


Alhamdulillah, kerana dengan aktiviti ini, dapat juga aku kenal mengenal lebih rapat dengan penghuni-penghuni kuarters yang lain. Manakan tidak, kalau hari-hari biasa, mmg susah dang amat jarang bersemuka. Disebabkan kerja dan masing-masing mempunyai aktiviti dan urusan setelah habis waktu bekerja.

Itu sahaja lah. Tak der apa pun, sajer nak share kat sini.

Skop Kerja Aku.

Seperti yang pernah aku maklumkan dahulu bahawa aku seorang sahaja di Bahagian Teknologi Maklumat di jabatan ni, semua perkara aku perlu tangani sendiri ataupun seorang. Tapi, aku happy di sini walaupun kerja-kerja yang aku uruskan memang tak terkejar banyaknya.



Sudah beberapa ketika, Alhamdulillah, aku dapat menguruskannya dengan baik walaupun belum sempurna. Sedikit-sedikit lah aku belajar mengurus semua, waima di sini aku akan selia dua orang staff, kerani dan seorang lagi juruteknik, Alhamdulillah, dan in Sya Allah, bulan ogos ni, juruteknik di tempat di bawah aku. tapi, selama ni aku hanya buat kerja ikut aku, tidak pernah mengarah-arah orang. Macam mana yer lepas ni bila dah ada juruteknik ni, mampu ke aku jadi bos. 

"hahahaha......",



Di bawah sedikit tentang apa yang aku uruskan di dalam jabatan. nampak relax tapi sebenarnya tidak pun. aku sekadar share:

PENGURUSAN ICT

1) Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan peralatan ICT yang rosak seperti

kerosakan perkakasan utaman, komponen-komponen dan aksesori yang lain.

2) Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log,

memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan

kepada pihak berkaitan.

3) Membantu menguruskan semua hal-hal berkaitan dengan aduan kerosakan

peralatan ICT.

4) Membantu pihak pengurusan dalam menguruskan pendaftaran serta

mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT.

5) Membantu pihak pengurusan dalam menguruskan proses pelupusan aset alih

kerajaan bagi peralatan ICT.

6) Menyediakan keperluan alatan ICT untuk pegawai/staf dan membantu mereka

sewaktu menggunakannya.



7) Membantu memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT.

8) Sebagai pegawai yang dilantik dalam menguruskan 1GOVUC.

9) Membantu pihak pengurusan dalam melaksanakan Ekosistem

Kondusif Sektor Awam (EKSA).



9) Menjadi pegawai sumber Help-desk dan 1st Level Support.

10) Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan ICT yang diarahkan dari masa ke semasa seperti menjadi AJK teknikal bagi setiap program yang dianjur

oleh fasiliti.

Ahad, 26 Jun 2022

Lama Tidak Pulang.

 Lihat sahaja tajuk, dah terasa macam poyo sahaja kan aku ni. hahaha...

baru sahaja ingin bermula kembali menaip setelah lama giler aku tidak update blog aku ni, Saja buat mengisi masala lapang.

Jabatan baru, sudah tiga tahun aku berada di jabatan baru ni, kerja-kerja di sini, 

"perghhhh.....",


 

Bukan main sibuk, jabatan yang besar dengan aku seorang sahaja budak teknologi maklumat yang ada di jabatan ini. Giler nya tidak busy sepanjang masa. Jika sebelum ini, berada di segamat, sebuah pejabat yang hanya mempunyai kuantiti komputer dan sistem yang minimum yang boleh aku selenggara dan perhatikan, tiba-tiba ke sebuah jabatan yang besar. hampir sahaja seribu lebih jumlah komputer dan kakitangan, belum termasuk daerah-daerah di Johor.

Sajer nak sembang di sini, yang mana aku terlibat dengan MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN. Selama dua bulan sibuk dengan kerj-kerja tersebut walaupun aku hanya 10% sahaja terlibat dengan majlis tersebut, selebihnya stand by sahaja jika ada keperluan.

 

 

Dan selama 3 bulan aku tak jengah pulang ke kampung, hingga merajuk-rajuk ibu tercinta. Dan weekend lepas, hilang rasa rindu aku kat kampung. terasa tak cukup dua hari tersebut. Mahu sahaja aku ambil cuti berehat di rumah Mak. Tapi itu sahaja yang boleh buat masa yang terdekat, aku banyak kerja di office yang sedang menanti.

 
Yang paling merindukan aku di kampung, itu si oiyen, sepanjang aku di rumah mak, sepanjang masa berkepit tak ke man-mana. memang rindu sangat dah dengan aku lah tu gamaknya. Aku pun rindu sangat nak menyakat dia. satu sahaja yang aku nak khabarkah:
"Tak puas berada di kampung",

 

 

 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...