Selasa, 4 Oktober 2022

Tunaikan Niat Hati.

3 Oktober 2022 yang lepas, aku telah membawa ibu aku ke mid valley Johor Bahru. beliau teringin bersiar di dalam pusat membeli belah tersebut, kerana ketika beliau pergi bersama-sama ayah tiri aku, ketika musim PKP, dan kebanyakan kedai-kedai yang berada di situ telah menghentikan operasi sementara.
 

 

Maka, selesai urusan aku di Lotus Resort, Desaru, aku telah mengambil ibu aku yang aku letakkan sementara di rumah adik ipar aku, (isteri kepada arwah adik aku), sepanjang aku berada di Desaru atas urusan pejabat.

Maka, bersiarlah kami di mall tersebut bersama-sama staff aku, kerana kebetulan staff aku menumpang untuk pergi ke Desaru, dan aku pula malas nak ulang alik menghantar staff aku dahulu ke rumahnya, dan pusing kembali menuju ke Mid vally Johor Bahru.

 

Semasa bersiar di dalam mall tersebut, aku terpandang restauran Nandos. Restaurat ini merupakan tempat kegemaran aku, dan jika ada lebih, aku akan reward diri aku dengan menikmati hidangan yang ada di situ. Sebelum ini, aku telah memasang niat untuk membawa ibu aku makan ayam panggang yang disajikan di restaurant tersebut. Akhirnya, niat aku tercapai dan tertunai janji aku dengan diri aku.

Alhamdulillah, ibu aku menggemari hidangan yang ada, dan licin pinggan hanya tulangg-tulang ayam sahaja yang tersisa. Dan ada senyuman kekenyangan di wajahnya. Terima Kasih Allah kerana memberikan rezeki kepada aku dan dapat melihat senyuman beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...