Tuesday, February 22, 2011

Peragut Yang Tewas


Pagi tadi aku terkejut dengan satu berita di dalam Harian Metro. Manakan tidak, terlihat gambar seorang lelaki yang mati di dalam parit.

Rupa-rupanya seorang peragut mati di dalam parit tersebut. "Bagus", fikirku.

Mengapa aku berkata sedemikian, kerana mereka ini amat menyusahkan orang ramai, dan membuatkan kaum wanita yang lemah takut untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Memang layak mereka begitu. Mempunyai tulang empat kerat yang mampu mencari rezeki yang halal, tetapi mengambil jalan mudah dengan kelemahan orang lain.

Di sini aku letakkan artikal tentang berita itu:


AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.


Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.


Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.


Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.


Sini Ada hantu


Rama, seorang penyelia kompeni penghantaran dan penyewaan kenderaan mencari driver yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan cepat. Rama berhasil mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Semasa dalam perjalanan, radio telah mati. Bagi menghilangkan kebosanan dan mengantuk, mereka bercerita kisah seram yang pernah mereka dengar.



Bakri bercerita tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG. Kisah berlaku di sebuah desa. Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap playboy. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.


Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi... Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.


Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.


Kerja



Beberapa minggu yang lepas, aku telah berjumpa dengan seorang sahabat aku yang dahulunya bekerja di Cyberjaya di sebuah syarikat. Aku amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku pada beliau. Bahagian tempat beliau bekerja di syarikat itu telah ditutup. Kerana apa aku tidak pasti kerana waktu aku berjumpa dengan beliau amat singkat kerana masing-masing mempunyai perkara yang perlu diselesaikan.

Bagi aku kehilangan kerja amat menyakitkan. Manakan tidak, untuk mendapat pekerjaan yang baru bukan satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi di zaman ini. Apa yang pasti bergantung pada rezeki dia yang telah ditentukan. Jika murah rezekinya, insyaallah, segala urusan akan dipermudahkan.

Aku juga pernah lalui perkara ini, semasa aku mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang di Muar. Memang berat untuk aku membuat keputusan, telah 4 tahun aku bekerja di kilang tersebut. Mungkin terlalu ikutkan darah muda aku, kerana tidak sabar dengan tindakan aku punya head yang memilih kasih. Politik bila bekerja di kilang itu, perlu pandai ambil hati orang atas baru kedudukan kita baik. memang ramai yang mengakui perkara tersebut.



Kemudian aku berhijrah di Puchong, dan amat menyakitkan kerana mahu mendapatkan kerja sememangnya sukar. Tersenyum seketika semasa menaip post ini, manakan tidak, pelbagai kerja yang aku lakukan untuk menanggung perbelanjaan aku. juruwang di Jusco, supervisor di Reject Shop, dan pekerjaan aku yang terakhir sebelum mendapat kerja tetap ini adalah menjadi juruteknik di sebuah syarikat kecil.

Mungkin aku diuji dengan semua itu oleh Nya supaya aku lebih bersyukur. Dan aku amat bersyukur dengan jawatan yang aku jawat sekarang. Walaupun aku tidak minat untuk duduk di kampung, tetapi kerja aku sekarang ini sememangnya membuatkan masa depan aku lebih kukuh.

Alhamdulillah dengan segala rezeki yang telah diberikan kepada aku. Dan kepada sahabat aku aku doakan agar segala urusan beliau akan dipermudahkan. Aku tahu dia selalu mengikuti perkembangan Blog aku ini, sorry dengan perlawaan tempoh hari kerana aku telah berpunya, dan aku perlu menjaga diri aku kerana dia begitu menjaga dirinya untuk aku.




Kekeliruan.



Aku tidak tahu mengapa, sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang aku lakukan serba tidak kena. Tetapi kerja-kerja itu aku selesaikan dengan baik, hanya mengambil masa yang lebih panjang berbanding kebiasaan.

Adakah aku disebabkan oleh masalah yang aku hadapi sejak akhir ini. Kekadang aku tersenyum sendirian, manakan tidak, ada beberapa perkara yang boleh diselesaikan dengan cepat, penyelesaian di depan mata tetapi aku boleh pergi tempat lain dahulu mencari penyelesaian, apa yang hampir tidak kelihatan di mata aku.


Masalah family yang aku hadapi hampir menemui penghujungnya. Aku gagal memujuk supaya perkara itu tidak terjadi. Tetapi apa yang aku boleh cakap di sini, andai perkara itu terjadi juga, aku akan lepas tangan kerana tanggungjawab bukan lagi terletak di bahu aku. Perkara yang terjadi di kemudian hari bukan lagi masalah aku, kerana ada yang lebih bertanggungjawab ke atas segala yang berlaku.




Tetapi aku juga berasa terkilan dan sedih dengan keputusan yang dibuat. Begitu juga dengan adik-adik aku yang lain. Terasa berat batu yang menghimpit di dalam dada aku ini. Aku tidak terdaya untuk lebih berkata, andai terlebih aku jadi derhaka. " Diluah mati mak ditelan mati bapak". Aku hanya akan melihat sahaja apa yang akan terjadi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...