Thursday, February 4, 2010

BaNGaNG

aku bengang betul sejak akhir-akhir ini, manakan tidak, macam-macam yang aku dengar, well, i tell you all 'bout me, aku ni seorang yang tak banyak bercakap kalau aku tak berapa rapat dengan seseorang atau satu group. memang susah aku nak bercakap, bak kata pepatah "ada berlian dalam mulut" sesiapa yang kenal aku akan tahu bagaimana dan siapa diri aku yang sebenar.

aku bukanlah seorang yang sombong, dan sememangnya muka aku ni serius jer, tidak boleh ubah. dah begitu keadaan diri aku, bukan bermakna aku seorang yang sombong. aku jenis orang yang simple mudah berkawan, tapi kalau aku belum biasa memang aku tak banyak cakap.


dan lagi sekali berlaku. ada orang yang sampaikan pada aku bahawa terdapa group yang cuba mahu pulaukan aku, lantaklah, ada aku kisah. dan yang paling menyedihkan diri aku ini adalah terdapat orang-orang yang tidak suka pada satu perkara itu. seperti post yang sebelum ini. dia bukan sesiapa dengan aku, dan aku tak ada niat lain, cuma mahu berkawan bukan berscandle. semua itu, tidak ada makna bagi aku, semua buang masa.

hanya kawan satu office. salah aku keluar minum, bukan pegang-pegang tangan, tidak tahu lah macam mana mentaliti orang-orang di segamat ini. bila nampak keluar minum bersama, ada hubungan. BODOH. apa yang ada di kepala masing-masing pun aku tidak tahu. BANGSAT.

kekadang aku down dengan sikap manusia-manusia BODOH tersebut. ya Allah kau berikan lah kesabaran kepada hamba mu ini.

KAwaN KU



kawan aku yang seorang ni, aku pun tak faham kenapa dia selalu dilanda masalah dan dihurung kesedihan, kekadang aku pelik kenapa orang yang dia kenal dan berjanji bagai boleh memusnahkan impian dia, sahabat aku ini boleh dikatakan sebagai seorang yang baik, tetapi di manakah silapnya dia sering dipermainkan.



aku pernah pesan pada dia supaya jangan mudah mempercayai dengan kata-kata orang, walaupun telah lama kita kenal orang itu pun, belum tentu kita boleh mempercayainya dengan mudah, dan janganlah menyerahkan hati itu dengan tanpa memikirkannya dahulu.



pada mulanya, aku hanya berfikir bahawa budak yang dia perkenalkan pada aku itu cuma ingin mempergunakannya, tetapi dia cakap balik dengan aku yang dia dah lama kenal dengan budak tu dan dia telah menunggu jawaban dari budak itu telah sekian lama, so i can't talk much. aku serahkan pada dia. dan apa yang aku sedihkan dan apa yang aku takutkan memang betul-betul terjadi pada dia. dan apa yang boleh aku cakap di sini adalah bersabar sahaja dengan dugaan yang di beri oleh Nya.


sesungguhnya mencari kebahagian itu bukan lah satu perkara yang mudah, banyak perkara yang perlu kita lalui, dan hendaklah kita menempuhinya dengan sabar. aku doakan untuk sahabat aku itu agar dapat bertemu dengan kebahagiaannya.




FarM ViLLe

satu fenomena atau apa, aku ada terdengar di radio tentang perkara ini, memang macam mengasikkan sahaja. aku pun terjebak sama sebenarnya, dan ada member aku yang seorang itu, sanggup menunggu masa untuk menuai tanaman dia tu. dan ada satu hari itu, aku lihat dia sampai ke pagi sanggup menahan matanya semata-mata untuk menuai tanaman dia dan takut tanaman dia tu akan kering macam tu sahaja.

permainan ini pun memang mengasikkan kerana kita boleh ikut kehendak kita bagaimana kita nak deco ladang kita tu, dan juga kita boleh memiliki haiwan ternakan, juga boleh mengumpul hasilnya. dan kita juga boleh menanam pelbagai tanaman, dan ini memang menyeronokkan kerana apabila kita menuai tanaman atau ternakan tersebut dan kita akan dapat habuannya.




tetapi perlu diingatkan, jangan terlalu asik sangat dengan game ini, kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja atau di mana letaknya diri kita dan apa situasi kita.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...