Rabu, 2 Jun 2010

Sperma




Setiap pasangan yang berkahwin secara normalnya memerlukan kehadiran anak bukan sahaja sebagai penyeri rumahtangga malahan juga sebagai penyambung zuriat dan keturunan serta mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri. Bagi setengah pasangan, baru sebulan kahwin dah terus mengandung, orang tua cakap kes bunting pelamin, “subur bebenor”, manakala sesetengah pasangan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat zuriat. Dah bermacam cara dan kaedah dilakukan namun masih belum dapat rezeki. Semua tu bergantung kepada rezeki daripada Allah S.W.T.


Selain daripada faktor ketentuan Illahi, bagi kaum lelaki, ada juga faktor lain yang menyumbang kepada ketidaksuburan benih atau sperma. Gaya hidup dan aktiviti masa kini secara tidak lansung memberi kesan kepada sperma kaum lelaki tanpa disedari.


Pastinya semua orang sudah mengetahui dalam proses reproduksi manusia, untuk recall balik, apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma. Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian. Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah bersedia menunggu, hanya satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai fertilisasi (persenyawaan). sumber : KPWKM.


Sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berenang di sebabkan beberapa faktor. Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah:


Kepanasan melampau (Overheating )

Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.



Tab Mandian Air Panas (Hot Tubs)
Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

Demam

Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.


Laptop

Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35?C . Ianya akan memudaratkan sperma jika anda cuba untuk hamilkan isteri anda, tinggalkan laptop di atas meja.



Seluar dalam

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.


Pembesaran pembuluh darah

Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.



Telefon Selular (Cell Phones)

Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktivitialt kelamin lelaki.



Obesiti

Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.



Gaya Hidup Tidak Sihat

Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual dan telah terbukti mengurangkan jumlah, fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.


Lain-lain masalah sperma

Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...