Wednesday, February 9, 2011

Kuantan.


Belum pun hilang lelah bercuti di Cameron Highland. Ibu aku mengajak aku pergi ke Kuantan pula bertemu dengan adik lelaki aku yang nombor 4. Kami bertolak dari rumah aku di Labis ini Jam 1 petang, setelah ibu aku siap mengemas rumah dan melakukan beberapa kerja.

Manakala aku pula memberi makan kepada haiwan kesayangan aku. Terasa juga meletakkan gambar mereka di dalam blog aku ini untuk dikongsikan bersama, mungkin aku akan letakkan kemudian. Sebelum aku lari tajuk, labih baik aku tumpukan tentang perjalanan aku menuju ke Kuantan.

Kami pergi bertiga, bersama-sama kami, owner for entry Aku Dan Dia. Yang mengikut aku pulang ke rumah dari Puchong, Selangor. Sebelum itu aku telah menghantar ibu aku ke majlis persandingan yang berlangsung di kampung aku.

Tiba di Kuantan lebih kurang dalam pukul 4 petang. Kami mengambil adik aku di Jaya Gading, dan terus menuju ke Bandar Kuantan. Destinasi pertama adalah aku membawa mereka ke Taman Gelora, Dan berehat sebentar juga menikmati lunch houry yang telah terlewat. Kemudian bersiar-siar pula di pesisiran pantai yang kebetulan pada waktu itu air sedang pasang.



Setelah puas menikmati pemandangan di situ, kami terus bergerak memasuki pusat bandar, tujuan utama adalah mencari hotel untuk bermalam. Bagi aku ini kali pertama kami bermalam di Kuantan yang niat hanya ingin berjumpa dengan adik aku itu. Kami menginap di Hotel Pavilion, dan mengenakan bayaran yang berpatutan dan kemudahan juga suasana dalaman yang menarik. Walaupun Keadaan biliik yang tidak begitu besar, tetapi bagi kami bilik tersebut memang selesa.

Kami berehat seketika, sambil menunaikan Solat Maghrib. Setelah semua siap, kami terus keluar hotel menuju ke tempat makan malam. Destinasi makan malam kami adalah di Tanjung Berlumpur. Apa yang menarik adalah, kawasan tersebut adalah lokasi utama bagi mereka yang ingin menikmati makanan laut, apa yang disediakan adalah ikan bakar, segala jenis masakan ikan contohnya, masam manis, tiga rasa dan bermacam lagi.

Pada malam itu kami pesan Ikan Kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, ketam masak black paper, lala masak sambal dan sayur kailan ikan masin. memang sedap didengar, tetapi sebenarnya ada masalah dengan menu tersebut, aku akan ceritakan di post yang akan datang.

Selesai menikmati makan malam, aku menghantar adik aku pulang ke tempatnya kerana waktu berada di luar hampir tamat. Setelah menghantar beliau, kami terus menuju ke Benteng. Sebenarnya kawasan Benteng ini adalah kawasan rekriasi yang dibina sepanjang Sungai Pahang. Tempat yang aku sering pergi semasa belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dahulu. Tempat dating dengan awek.





Terdapat pembeharuan di Benteng di mana Majlis Perbandaran Kuantan telah mengadakan tempat untuk berniaga di sepanjang sungai tersebut. Bermacam juga yang ada dijual. Kami hanya berjalan menyusuri sungai dan melihat barangan yang dijual di kawasan tersebut.

Hampir dua jam kami duduk menikmati angin malam di tepi Sungai Pahang. Kami menuju ke hotel kerana terasa letih berjalan pada siang hari. Dan aktiviti yang berlangsung selepas itu, menikmati mimpi indah,




Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami check out hotel, terus menuju ke Teluk Chempedak, antara tempat perlancongan yang menarik di Kuantan ini. Bersiar, melepak dan menikmati pemandangan sambil merasa tiupan angin Laut Cina Selatan. Dan menyusur pantai aktiviti yang kami lakukan.

Setelah puas, kami masuk ke Pusat Bandar semula untuk menikmati makan tengahari. Dan terus bertolak pulang ke kampung. Terasa letih juag dibuatnya.



Follower

Salam, aku ada terbaca satu blog tu, blogger itu meletakkan post tentang follower. Betul juga apa yang diperkatakan itu.

Kekadang apabila aku membuka blog member, terasa cemburu juga melihatkan ramainya follower yang dia ada. Bukan seperti aku ini, yang ada hanya beberpa orang sahaja, tetapi oklah tu dari tidak ada. Tetapi sekarang ini, aku terfikir, bagi mempunyai follower yang banyak sebegitu, aku perlu mempunyai kekreativiti yang banyak, dan mempunyai ide yang bagus dan bernas. Tetapi untuk menulis blog ini pun satu hal juga, apa yang perlu aku postkan, tidak pasti kerana tidak mempunyai ide yang baik. Mungkin dengan kesibukan bekerja, aku tinggalkan sahaja, dan berbulan juga aku tidak punya post yang baru.

Dan pada beberapa bulan yang lepas, aku ada baca satu artikal di surat khabar, dinyatakan bahawa akan dikenakan bayaran a.k.a cukai kepada penulis blog, kerana dengan menulis blog, blogger itu akan mendapat pendapatan, bergantung juga, seperti blog aku ini, langsung tiada pendapatan, so how come. Bagi mendapatkan pendapatan dengan menulis blog ini, sesuatu blog itu mesti mempunyai kunjungan yang ramai, dan ada beberapa syaratnya. Tetapi bagi blog aku ini, tiada yang dapat menarik ramai pembaca. Hanya sebagai satu hobi dan suka berkongsi dengan rakan-rakan yang ingin mengetahui perkembangan aku.

Entah, aku pun tidak pasti. Tetapi yang pasti, dengan blog ini, bermacam perkara yang kita boleh luahkan, seperti politik, ketidak puasan hati, gosip, fitnah mengutuk dan pelbagai lagi, tetapi bagi aku semua perkara boleh diluahkan di sini tetapi perlu beretika. perlu menjaga semuanya kerana yang membacanya bukan orang yang kita pasti tentang mereka.


Cameron Highland III


Hari ke tiga aku berada di Zon Sejuk di Malaysia ini. Terasa semakin letih, kerana malam tadi sukar untuk aku melelapkan mata, dan terasa tidak selesa untuk tidur dan bermimpi indah. Tidurku pula sering terjaga.

Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bercuti di kawasan tinggi ini. Terasa bahagia juga kerana dapt bertemu semula dengan haiwan peliharaan aku semua. Di hati hanya fikirkan bagaimana keadaan mereka, entah makan entah tidak.

Seperti biasa, memang terasa malas untuk aku bangun di pagi hari yang sejuk, lebih baik terus duduk diselungi selimut tebal. Nasib baik juga ramai ahli di dalam bilik hotel tersebut yang menunggu giliran untuk mandi, dapatlah aku memanjangkan masa tidur aku.




Hari ini, rancangan yang telah dijadualkan adalah, pergi semula ke pasar, atas permintaan makcik aku. oleh itu, kami pun terus menuju ke pasar setelah urusan check out selesai. Seperti sedia maklum, keadaan di Brinchang akan bertambah sesak tambahan pula hari cuti perayaan begini, di mana ibu bapa mengambil keputusan untuk membawa anak-anak mereka berjalan. Dan makcik aku membuat keputusan untuk membatalkan sahaja rancangan beliau.

Terus sahaja aku menuju ke Tanah Rata. Setibanya di Tanah Rata, aku terus menuju ke satu kedai makan untuk bersarapan, ada satu kedai yang membuat ro canai di situ, memang sedap. Hanya kedai itu menjadi pilihan aku untuk bersarapan pada hari terakhir.

Selesai bersarapan, kami terus menuju ke Mardi, kerana di situ terdapat pelbagai bunga dan tanaman yang dipamerkan. Dan terdapat juga barangan yang dijual sebagai cenderamata dan tumbuhan dan pokok bunga yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.




Itu sahaja lokasi pada hari terakhir, dan kami terus menuju ke bawah untuk pulang ke rumah. Bermacam kenangan yang aku telah dapat pada percutian pada kali ini. Memang menyeronokkan dan memang meletihkan. Adanya suka dan duka, perkara tersebut adalah perkara biasa, yang mungkin boleh dijadikan panduan pada masa akan datang, mungkin mengalami situasi yang serupa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...