Wednesday, May 12, 2010

Banci Penduduk.

hampir tiba banci penduduk di malaysia. kita sebagai rakyat malaysia bertanggungjawab untuk memberi kerjasama terhadap pembanci agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.

tetapi sebelum ini, terdapat penduduk yang tidak memberi kerjasama langsung dengan pihak pembanci, mengapa terjadi perkara yang sedemikian rupa? mungkin kerana diakibatkan oleh kejadian-kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini, contohnya, pecah rumah, pukau dan segala macam jenayah.

sehinggakan ada yang berani menyamar diri sebagai seorang anggota polis, dan ketika ini aku menulis post ini, baru aku tersedar tentang jenayah-jenayah yang ada dan yang telah berlaku di negara yang tercinta ini. mengapa terjadi perkara itu? ada sesiapa boleh bagi pendapat.

kerajaan malaysia ada menyatakan bahawa malaysia kini memerlukan tenaga kerja yang ramai, aku lihat ramai umat yang duduk bersepah tanpa mempunyai kerja, tak faham. adakah mereka ini tidak mahu berusaha untuk mendapatkan kerja.

tapi mungkin kerana tahap pembelajaran mereka ini kurang dan tidak diterima untuk bekerja kot. tapi di ladang-ladang penuh dengan orang luar yang datang bekerja di malaysia. dan memang ada kerja. banyaklah sektor yang menggunakan khidmat luar negara untuk bekerja, entah lah.

tepuk dada tanya selera. aku tidak berapa nak tahu apa masalah mereka. so i cant talk much.

jauh meleret, dari banci hingga ke sektor pekerjaan. tapi aku mengajak kepada penduduk malaysia agar memberikan kerjasama terhadap pembanci-pembanci yang datang ke rumah, tidak mumbuka gate juga tidak mengapa, tapi hanya jawab dengan sebaiknya semasa di ajukan soalan. terima kasih, sesungguhnya anda semua penyumbang kemajuan negara, setiap dari kita yang bergelar dan berstatus rakyat malaysia adalah bertanggungjawab dalam memajukan juga memakmurkan negara.

Bumi.


bumi, hanya ini sahaja yang kita ada, dikurniakan kepada kita untuk kita bersama-sama menjaganya. tetapi apa yang kita hadapi sekarang ini, pencemaran, dan bumi semakin uzur, kita dapat lihat dengan sendirinya, akibat perbuatan kita cuaca dunia telah mengalami kekecauan,

ekosistem bumi pun telah tidak stabil. dengan pencemaran yang dicipta oleh kita. dengan pengeluaran gas-gas yang boleh menipiskan lapizan ozon yang selama ini menjadi perlindung kepada kita terhadap sinar matahari yang merbahaya. dan bumi mengalami pemanasan yang berterusan dan peningkatannya terlalu mendadak. masih lagi tidak sedar dengan bahana yang diterima.

terdapat juga negara yang tidak mengendahkan perkara ini, hanya mementingkan keuntungan dari menjaga tempat tinggal mereka, kesan yang diterima bukan hanya kepada orang lain tetapi diri sendiri juga terkena tempiasnya dengan secara langsung.

mungkinkah ini telah ditetapkan oleh Nya, kerana sesungguhnya kita menghampiri ke hujungnya. hanya Dia yang lebih mengetahui. walauapa pun, bersama lah kita menjaga kemakmuran dan alam sekitar demi menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Robin Hood


® pemenang Oscar Russell Crowe memegang watak sebagai legendaris yang dikenali oleh generasi kini sebagai "Robin Hood," yang telah mengalami eksploitasi dalam mitologi popular dan mencetuskan imaginasi orang-orang yang membahagikan semangat tentang petualangan dan kebenaran. Di England abad ke-13, Robin dan kumpulannya dari marauders menghadapi isu rasuah di sebuah desa setempat dan memimpin pemberontakan terhadap mahkota itu selamanya akan mengubah keseimbangan kekuatan dunia. Dan apakah pencuri atau pahlawan, satu orang dari awal yang sederhana akan menjadi simbol abadi kebebasan bagi kaumnya.



pada awalnya Robin Hood hanya menjalani kehidupan seorang pemanah ahli, dan hanya tertarik pada kehidupan diri sendiri, daripada perkhidmatan di pasukan Raja Richard melawan Perancis. Setelah kematiannya Richard, Robin membuat perjalanan ke Nottingham, sebuah bandar yang menderita akibat dari perbuatan seorang sheriff despotik dan mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk, dan dia mencintai janda Lady yang bersemangat Marion (Oscar ® pemenang Cate Blanchett), seorang wanita yang mempunyai identiti dan motivasi. Berharap mendapat bantuan untuk menyelamatkan desa,

Dengan negara mereka yang menghadapi kejatuhan akibat daripada peperangan, dan ini mereka memberontak dengan sistem pentadbiran negara yang baru yang lebih kepada penindasan kepada golongan yang kurang upaya,

Antosianin untuk mata

Tanpa mengira usia, kesihatan mata perlu dijaga kerana semua dari kita amat memerlukan khidmatnya seumur hidup kita. Bilberi banyak dicadangkan untuk kesihatan mata kerana kandungan antosianinnya yang tinggi. Kepentingannya kepada mata adalah kerana kebolehannya dalam merangsang peredaran darah dan oksigen yang lebih baik ke mata yang sangat diperlukan untuk mata yang sihat. Keadaan ini juga memberi kesan dalam melegakan simptom-simptom keletihan dan ketidakselesaan mata. Dengan sebab itulah mereka yang sering mengalami keletihan yang mungkin berpunca daripada penggunaan komputer atau sebarang kerja yang memerlukan penumpuan mata akan memperolehi manfaat daripada pengambilan ekstrak Bilberi dan eyebright.

Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalam tisu-tisu tumbuhan, seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberi banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidanya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.


Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rodopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru itu, pengambilan suplemen ini membantu penglihatan waktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambilah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein. Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.

Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.


Ambilah makanan yang mengandungi nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata, apatah lagi di kalangan golongan berusia.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna dapat membekalkan pigmen karotenoid untuk kesihatan mata serta meneutralkan radikal bebas.

Isu Kekalahan.


akibat ejekan dari penonton malaysia kalah di tangan jepun 2-3. itu yang terjadi malam tadi. siapa yang perlu dipersalahkan?

kepada fairuzizuan, seharusnya apabila terjadi perkara seperti itu, kita patut lebih semangat dan lebih berusaha dan tunjukkan kepada mereka yang mengejek bahawa kita boleh lakukan, tetapi nak salahkan beliau juga tidak pasti, kerana terdapat segelintir yang tidak dapat menahan atau mengawal diri apabila dirinya dihina. tetapi dalam kes ini, hanya ignore sahaja mereka yang tidak bermoral itu.

yang penonton yang tidak bertanggungjawab pula, mereka ini tidak layak untuk menjadi rakyat malaysia yang mempunyai budaya kita sendiri, dan perbuatan mereka itu bukanlah menunjukkan mereka ini rakyat malaysia. kita penuh dengan adab dan kesopanan. kita tidak diajar dengan cara yang sedemikian rupa. dan sesungguhnya nilai kesopanan dan nilai murni yang menjadi identiti malaysia sebelum ini terhakis akibat budaya-budaya yang diikut oleh ramai remaja dan orang-orang di malaysia sekarang.

kepada pemain malaysia, sokongan tetap di beri. lakukan yang terbaik, tunjukkan kesungguhan diri untuk mengharumkan nama malaysia di persada sukan dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...