Wednesday, May 12, 2010

Banci Penduduk.

hampir tiba banci penduduk di malaysia. kita sebagai rakyat malaysia bertanggungjawab untuk memberi kerjasama terhadap pembanci agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.

tetapi sebelum ini, terdapat penduduk yang tidak memberi kerjasama langsung dengan pihak pembanci, mengapa terjadi perkara yang sedemikian rupa? mungkin kerana diakibatkan oleh kejadian-kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini, contohnya, pecah rumah, pukau dan segala macam jenayah.

sehinggakan ada yang berani menyamar diri sebagai seorang anggota polis, dan ketika ini aku menulis post ini, baru aku tersedar tentang jenayah-jenayah yang ada dan yang telah berlaku di negara yang tercinta ini. mengapa terjadi perkara itu? ada sesiapa boleh bagi pendapat.

kerajaan malaysia ada menyatakan bahawa malaysia kini memerlukan tenaga kerja yang ramai, aku lihat ramai umat yang duduk bersepah tanpa mempunyai kerja, tak faham. adakah mereka ini tidak mahu berusaha untuk mendapatkan kerja.

tapi mungkin kerana tahap pembelajaran mereka ini kurang dan tidak diterima untuk bekerja kot. tapi di ladang-ladang penuh dengan orang luar yang datang bekerja di malaysia. dan memang ada kerja. banyaklah sektor yang menggunakan khidmat luar negara untuk bekerja, entah lah.

tepuk dada tanya selera. aku tidak berapa nak tahu apa masalah mereka. so i cant talk much.

jauh meleret, dari banci hingga ke sektor pekerjaan. tapi aku mengajak kepada penduduk malaysia agar memberikan kerjasama terhadap pembanci-pembanci yang datang ke rumah, tidak mumbuka gate juga tidak mengapa, tapi hanya jawab dengan sebaiknya semasa di ajukan soalan. terima kasih, sesungguhnya anda semua penyumbang kemajuan negara, setiap dari kita yang bergelar dan berstatus rakyat malaysia adalah bertanggungjawab dalam memajukan juga memakmurkan negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...