Jumaat, 23 April 2010

Akhir Nya

beberapa hari yang lepas, seorang sahabat aku telah datang kepada aku, menceritakan tentang apa yang berlaku. sebenarnya, beliau telah berkawan dengan suami orang. hubungan yang bagaimana aku tak pasti, yang pasti dia khabarkan kepada aku hanya kawan. tapi mendengar cerita dari beliau yang si suami orang itu mengharapkan yang lebih.

aku ada postkan cerita dia sebelum ini, dalam post tersebut aku ceritakan bahawa isteri kepada si suami itu telah mengetahui dan mengamuk sakan. dan seringkali menalifon aku bertanyakan hal member aku itu, sama ada kerja atau tidak dan sebagainya lah.


oh terlebih pula. sebenarnya aku ingin bercerita di sini bahawa member aku tu telah pun putus hubungan dengan suami orang tersebut. bagi aku, itu perkara yang baik dan dia tidak terus dengan bermain dengan perasaan dan sering diganggu. lagi pula tak elok nak kacau suami orang, akan menimbulkan banyak masalah kelak.

kepada sahabat aku itu belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan lupa pada keluarga sendiri semata-mata ingin berseronok dengan orang yang telah dimiliki. ada suami sendiri dan anak sendiri. itu lebih penting dari melayan suami orang yang entah bila kesudahannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...