Wednesday, January 6, 2010

PeRisTiwa TaHUn 2009

macam-macam kenangan yang berlaku dalam tahun lepas, suka duka semua kita lalui, dan aku saja nak berkongsi apa yang berlaku pada diri aku:

january:
  1. aku dapat tawaran bekerja dengan goverment sebagai juruteknik komputer setelah sekian lama berusaha mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan ini, alhamdulillah.
feb:
  1. menganggur sementara melapor diri di PEJABAT TANAH DAERAH SEGAMAT.
  2. berkenalan dengan insan yang aku kasihi sekarang semasa ingin membuat medical check up di putrajaya.
  3. hubungan dengan yang lama semakin membosankan aku akibat sikap ex aku tu.
mei:
  1. lahir blog aku yang kekadang membosankan ni,
  2. hubungan semakin parah setelah aku mengangkat insan yang tersayang sekarang sebagai adik angkat aku, bagi warning, tetapi akibat ego dia langsung tak ambil peduli dengan hubungan aku ngan dia,
jun:
  1. tidak dapat menahan dengan sikap sambil lewa ex aku, last-last putus, setelah setahun aku menanggung semuanya dalam hati akibat sikap dan apa yang dia lakukan dibelakang aku, dia ingat aku tak kenal ngan budak-budak yang dia hubungi tu, kaki kelentong number 1. tapi aku pun bodoh gak, dah banyak kali kantol ngan aku still lagi nak bagi peluang, bukan setakat tiga kali beb..... banyak kali.
  2. aku dah tak percaya lagi, tetapi insan yang aku couple sekarang ingin adakan hubungan couple ngan aku, hermm....aku dah malas, tapi bagi lah peluang.
  3. yang lama jumpa adik aku dan menceritakan yang buruk-buruk tentang yang baru cuba untuk pisahkan kita org...hermm.....nasib baik family aku pandai menilai. yang tak tahan tu dia selalu ingat kan aku "awak akan menyesal kalau tinggalkan saya", please..... aku takkan nak memperbodohkan diri untuk selamanya, aku tak menyesal tinggalkan orang yang macam dia tu.
ogos:
  1. ramadhan tanpa ayah.....terasa sebab dia yang selalu masak juadah berbuka puasa.

sept:
  1. first time birthday party aku dibuat waktu bersahur oleh insan yang aku sayang,
oct:
  1. dan first time juga sambut hari raya tanpa ayah, sangat terasa kerana semualah dia yang sediakan, tak lagi kacau dodol, letih owh.......bulan pose nak kacau dodol, tapi semua tinggal kenangan.
dec:
  1. diburuk-burukan oleh rakan atau sahabat sendiri, macam-macam yang diceritakan pada family aku, teringat apa yang ex aku cuba lakukan....huh!!!!!!.............................dan semuanya berjalan dengan baik.


selamat tinggal 2009............



PIC KeNAngaN

salam......rasanya korang akan bosan tgok pic-pic nih.....sajer nak kongsi ngan korang semasa kami di cameron highland.....




acara tawar menawar dengan penduduk orang asli di sana, kesian sungguh makcik tersebut kerana kerugian besar,


tidak melepaskan peluang menikmati durian hutan, nasib baik tak bawa balik sebab aku tak leh nak bau raja buah ni, pening.......


aweks-aweks dan mamat petai.......teruja dengan petai-petai tersebut,




terkejut dengan kelagat dua minah ni yang tak pernah jumpa petai agak nyer.....



aku tak pasti mamat baju merah tu buat aksi apa.....ermmm.........



alahai...comei ler kengkonon nyer....



bersama adik aku.....saper yang nampak muda?...hehehe...perasan aku ni....



eleh....muka kelat......



mak aku ni tak abis2 nak bergambar, aku yang segan...



aksi seorang mat bunga,



teruja dengan keindahan bunga ros,



menanti kaum hawa, bersolek lama sangat, geram sungguh.....



family aku dan dua sahabat aku.....



tak tau nak beraksi macam mana...macam ni ok kot...hehehe



ermmm.........keletihan sebenarnya waktu ni,



di taman rama-rama



berehat seketika,



seronok nyer dia beli bunga kering ni,



tak tahan lihat mamat ni, bukan berbau harum pun bunga tu,



waktu senja di cameron highland,



keletihan dan dahaga,




no comment



lata iskandar,




ok tak? hehehe.........





KeMAlaNGAn

baru-baru ni, semasa menuju ke rumah adik aku di puchong dari putrajaya, teragak pula aku melalui jalan cyberjaya ke pulau meranti, dan tidak disangka-sangka pada pagi itu terdapat kemalangan di simpang tersebut, yang mana sebuah lori pasir telah terbalik, mungkin dipandu laju semasa melalui selekoh tersebut, dan lori tidak dapat dikawal.




dan keadaan ini sangat merbahaya, kerana mereka atau mangsa yang tidak mengalami kecerderaan itu hanya duduk di atas divider jalan tanpa membuat apa-apa tindakan, seharusnya mereka memberikan petanda sebelum selekoh tersebut agar memberi warning kepada pemandu lain untuk memperlahan dan berhati-hati,


selama 10 minit aku duduk di situ, beberapa kendaraan hampir-hampir terbabas dan hampir melanggar lori terbabit akibat tempat atau lokasi lori tersebut tidak dapat dilihat di sebelum tiba di tempat kejadian akibat daripada selekoh tajam.


memang bahaya lah,


ALhaMdULiLLaH



salam, dalam aku mengalami masalah dalam hati aku sekarang ini, aku dianugerahkan dengan satu cerita yang begitu menggembirakan hati aku saat ini.





kawan-kawan nak tau apa yang menggembirakan hati aku ini, ingat tak sebelum ini aku ada pergi ke johor bahru untuk jawab peperiksaan.... alhamdulillah aku lulus peperiksaan itu. aku ingat aku tak lulus peperiksaan tersebut kerana aku adalah orang yang terakhir dapat keputusan tersebut.







sungguh menggembirakan hati ini, kerana aku tak yakin lulus pun dengan apa yang aku jawab tempoh hari, sebab bila bincang-bincang jawaban dengan member aku yang lain, jawaban nye memang tak serupa dan aku anggap apa yang aku jawab tu semua salah.



dan aku anggap ianya adalah salah, dan tak mengharap pun aku lulus dalam peperiksaan tersebut, tetapi alhamdulillah, syukur ke hadratNya, aku lulus, gembira sangat-sangat hati aku ni....

TaK TaHu


hari ini, aku ada problem dengan satu komputer ni, pagi-pagi lagi dah kena panggil, apa yang terjadi adalah, komputer ini tak mempunyai display termasuk boot, aku try dulu dengan pengetahuan yang aku ada, still same, tak berubah langsung,
then aku try tukar ram dan processor dia dengan komputer aku sendiri, tetapi hampeh, apa yang berlaku adalah sama keadaannya, langsung tak berubah, sebenarnya aku dinasihatkan oleh kawan-kawan technician aku yang lain supaya jangan buat komputer tersebut kerana masih lagi dalam warranty,
macam mana lah aku nak atau tak buat, di nasihatkan supaya tak buat, bila tanya perkara tersebut kepada orang yang sepatutnya, dia suruh aku buat dulu. serba salah aku jadinya.
apa yang telah aku lakukan:
  1. aku telah membersihkan ram,
  2. telah menukar slot ram,
  3. bila tak berubah, aku ambil ram dari komputer aku dan letakkan pada komputer tersebut,
  4. bila tak berubah, aku beralih pula pada processor, orang yang bertanggunggjawab menyuruh aku membuka prosessor dan biarkan tanpa dipasang selama beberapa minit, still same.
  5. tak puas hati dengan keadaan tersebut, aku ambil processor dari komputer aku dan periksa spek dia dan setelah diyakini speknya boleh digunakan pada komputer tersebut aku pun pasang lah, apa yang terjadi adalah, perkara tersebut sama sahaja, tak ada perubahan,
  6. satu jer yang aku tak tukar lagi, mother board, sebab aku tak ada stock untuk itu...hehehe...

SaKIt Hati



aku dah lama simpan perasaan ini, tapi aku buat tak tahu jer dan diam kan sahaja, aku bengang dengan sahabat aku yang seorang ni, mulut dia macam sial sikit, nampak je baik tapi perangai macam sial.


mana lah aku tak marah, kalau ada apa-apa tolong bagi tau perkara yang sebenar, janganlah nak buat cerita pula, bila aku tanya pada orang lain tak ada pula yang seperti beliau katakan, dan setelah aku amati memang dia yang memerlukan dan apa yang dikhabarkan bukanlah perkara yang benar,


dan sebelum ini, dia ada mempersoalkan apa yang telah aku lakukan, dan aku amati dan nilaikan lagi, perkara tersebut juga berlaku pada beliau, dan ada orang yang mengiyakan dan menyedari perkara tersebut, aku memang tak puas hati betul dengan dia tu.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...