Isnin, 2 April 2012

Si Celaka Itu Buat Hal Lagi


Ikhlas bersahabat amat dipentingkan dalam satu hubungan persahatan, Jangan ada niat yang sebaliknya jika kita ingin orang lain ikhlas membantu kita. Tujuan kita memiliki seorang sahabat juga adalah kerana kita memerlukan insan lain bagi pelbagai tujuan. Begitu juga aku, niat bersahabat bukan sekadar menjadi teman untuk berbual melepaskan masalah, atau santai bersama ketika mempunyai masa lapang, tetapi bersahabat juga boleh menjadikan satu medium untuk kita meminta bantuan dan sebagainya.

Tetapi kerana sahabat juga kita boleh terluka dengan apa yang telah sahabat kita itu lakukan. Dan hanya kerana ingin menjaga hati seorang sahabat juga, kita boleh terluka akibat tidak ada rasa prihatin seseorang tersebut. Panjang pula mukadimaha aku.


Sebenarnya aku ingin berkongsi di sini apa yang telah aku alami dalam beberapa minggu lepas. Seorang sahabat aku mempunyai seorang rakan. Aku tidak pasti sejauh mana hubungan persahabatan mereka, kerana perhubungan mereka seolah-olah mereka ini menjalinkan hubungan percintaan, sedangkan mereka berdua telah berkahwin.

Bagi aku pula apabila aku berkawan dengan seseorang itu, aku lihat sejauh mana dan apa niat aku ingin bersahabat dengan seseorang. Sahabat aku ini merupakan rakan satu pejabat dengan aku. Dan sememangnya aku mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan dia ini. 

Tetapi kejadian beberapa minggu lepas memang amat menyakitkan hati aku ini. Manakan tidak, Sahabat dia a.k.a scandle (gelaran aku pada budak sengal itu) telah beberapa kali menghina aku tanpa mengenali diri aku sebenar. Bermacam tuduhan yang dilemparkan kepada aku. Dari umum kepada yang personal. Tidak akan aku lupakan perkara tersebut. Bukan aku ingin berdendam, tetapi ini bukanlah kali pertama aku dihina oleh scandle sahabat aku itu.


Walaupun sahabat aku itu memujuk aku supaya tidak melayan karenah scandle dia yang menjengkelkan itu. Tetapi sememangnya dia telah mengguris hati aku ini dan bukan mudah aku melupakan kata-kata hina beliau. Dan hingga kini aku masih lagi simpan sms-sms yang aku terima daripada budak yang tidak berakal itu.

Boleh sahaja aku memalukan budak tersebut, tapi mungkin tidak, tetapi andai aku dihina sekali lagi aku akan buat dan memalukan dia. I'm sorry to say, sebab dah banyak kali aku bersabar dengan sikap dia yang seperti celaka itu. Sememangnya aku telah membenci dia sebesar-besarnya. dan tidaka akan aku lihat muka penyangak itu jika aku berselisih. 

Perlu aku letakkan gambar dia di sini mungkin? pendapat kenkawan?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...