Friday, October 29, 2010

Tidak Mengerti



Aku bukan rajin sangat ingin membaca blog-blog ni. disebabkan aku bukan punya waktu yang banyak. Lihat saja aku bunya entry, tidak banyak post yang aku letak.kadang-kadang rindu juga nak berblog ini.

Begini, aku ada baca satu blog. Aku buka dan baca blog tersebut bukan selalu. Apa yang aku fikirkan ia adalah nonsense adalah, bloger tersebut seperti "cakap tidak serupa bikin". kenapa aku cakap begitu.




Aku telah membaca post dia yang terbaru, dia menyatakan bahawa dia tidak begitu. Tetapi setelah aku membaca kesemua post dia yang terdahulu, terdapat post yang menyatakan ia begitu, mungkin dia terlupa bahawa dia pernah postkan entry yang seperti itu, kelakar lah bloger tersebut.

Bengang.



Salam, mungkin kau orang semua tertanya, mengapa aku selalu luah kan rasa bengang di sini. untuk pengetahuan semua, hari ini, aku telah pergi ke petronas untuk mengisi minyak kereta aku, then aku terpandang pada front skirting aku, tertanggal tapi belum jatuh. aku bawa pergi proton service. then dia cakap, benda itu bukan terlanggar sesuatu, tetapi telah ditendang atau diketuk. entah terasa sedih juga.

aku pusing ke belakang kereta, dan satu lagi yang mengejutkan aku, bonet kereta aku juga bercalar. aku betul-betul sedih dengan tindakan mereka itu. sebenarnya aku pakai kereta tersebut belum pun sampai sebulan, tetapi macam-macam yang telah mereka lakukan.

aku kerja di office tersebut, tidak pernah pula aku nak kacau anak dara orang, bini orang ker waima laki orang, tetapi mengapa mereka-mereka ini busuk hati dengan aku, apa yang telah aku lakukan, belum lagi aku pergi pada mereka dan mengutuk-ngutuk atau menyakiti hati dia orang tu.

mengapa ya begitu. betul-betul kecewa dengan tidakan dia orang. biar lah, aku berserah pada Allah, semoga perbuatannya itu diberi balasan, amin.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...