Thursday, September 22, 2011

Filem Bini-biniku Gangster arahan Ismail Bob Hashim lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana akan ditayangkan di pawagam pada 22 September 2011. Filem ni bergenre aksi komedi. Penerbitnya tak lain tak bukan, David Teo. Kali ni bukan lelaki je banyak buat aksi tapi dalam filem ni pelakon perempuan banyak buat aksi lawan, kedua-dua pelakon Yana dan Intan memang ada sedikit skill atau bakat dalam aksi lawan. Memang menarik dan terhibur tengok pembikinan filem ni..ada pulak hero paling popular masa kini ,Shaheizy Sam. Skrip cerita ini ditulis oleh Yana Samsudin dan Fadzil.


Sinopsis :
Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan  Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.

Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.

Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja. 

Lagi satu agenda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.

Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam

Rokok.



Merokok, satu perkara yang sukar bagi aku untuk meninggalkannya. Dahulu aku bukanlah perokok tegar, tetapi semakin hari semakin parah. Cuba juga untuk berhenti merokok, mungkin dalam masa yang terdekat. Pokok pangkalnya terletak pada hati, walaupun kita mengikut segala saranan bagaimana ingin berhenti merokok tetapi di hati kita tidak kuat untuk melaksanakannya hanya menghabiskan masa mungkin juga wang dengan mengikut segalanya tetapi di hati masih juga ingin merokok, betul atau tidak? Pendapat anda?



Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
 
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. 
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
 
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
 
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  






 
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
 
Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok. 
 
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok. 
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
 
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
 
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
 
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
 
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
 Metanol  Bahan Api
 Nitrobenzena  Gasolin
 Karbon Monoksida  Asap kereta
 Butana  Cecair pemetik api
 Raksa  Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida  Bahan utama plastik
 Toulena  Pelarut industri
 Ammonia  Pencuci lantai
 Arsenik  Racun tikus
 Kadmium  Bahan utama bateri alkali
 Stearik  Bahan utama dalam lilin
 Sianida  Racun berbisa

Rukun Negara.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Satu perkara yang mudah dilupkan oleh rakyatnya sendiri, percaya atau tidak atau anda menyokong saya atau tidak.

Memang diakui ada masyarakat Malaysia yang masih lagi mengingati setiap baris dan patah yang terkandung di dalamnya, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa Rukun Negara ini hanya diingati waktu di bangku sekolah sahaja. Dan tidak mustahil majoriti kita membaca ikrar ini di sekolah hanya sekadar mengikut dan tidak menghayatinya.

Mengapa saya berkata sedemikian, cuba lihat rakyat malaysia pada tika ini. Andainya kita menerapkan nilai-nilai yang ada dalam Rukun Negara ini tidak berlaku masalah-masalah dan juga gejala-gejala sosial yang boleh dikatakan membimbangkan di negara ini.

Bukan sahaja dikalangan remaja, tetapi semua peringkat umur. Dan dalam semua bahagian dan hampir setiap peringkat di Malaysia kita dapat lihat ianya amat membimbangkan. Hilang rasa hormat antara sesama kita, demi kepentingan diri sendiri, dengan sengaja menimbulkan masalah di dalam negara dan menimbulkan kucar kacir dan huru hara.

Lihat sahaja sejak kebelakangan ini, andai ada masalah. Jalan mudah yang diambil adalah dengan mengadakan demonstrasi. Apa keuntungan yang mereka dapat dengan menimbulkan masalah huru hara tersebut. Bukankan merugikan diri sendiri, orang lain, masyarakat dan akhirnya merugikan negara. 


Kekadang adakah mereka lupa bahawa kita hidup di Malaysia yang mempunyai beberapa kaum di dalamnya. Dan yang terbesar adalah Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai agama dan budaya yang berbeza. Seharusnya ada sikap memahami dan bertolak ansur antara sesama kaum. Telah 30 tahun saya berada di Malaysia, saya dapat lihat ada dikalangan mereka ini punya sikap anti perkauman. Perlukah sikap sedemikian. Cuba fikir, tidakkah kita hidup di Malaysia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba duduk sejenak dan memikirkan kitaran ekonomi di Malaysia ini. Sememangnya kita amat memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang, setiap kaum menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Adakah mungkin kerana kesesakan hidup dan wang adalah perkara utama yang diperlukan pada masa ini untuk menjamin dan menikmati hidup yang mewah atau mudah dan dengan itu kita lupakan nilai-nilai yang ada di dalam Rukun Negara demi kepentingan diri kita sendiri. Perlukah kita merosakkan keamanan negara kita sendiri? Perlukah kita merosakkan anak bangsa kita sendiri? Perlukah kita memusnahkan masa depan negara kita?

Mungkin sia-sia sahaja jika kita ingin mengingatkan tentang keamanan negara andai individu itu sendiri tiada kesedaran dan hanya mementingkan diri sendiri, kesenangan diri sendiri dari memikirkan masa depan negara. Nafsu mungkin telah membutakan segalanya, demi mencapai niat dan haluan diri sendiri.

adakah kita dapat menikmati keamanan seperti ini di tempat lain? tidak perlu saya menyatakan di mana. Kita lihat dan fikir semula, terdapat penindasan terhadap kaum lain, melaungkan demokrasi tetapi sebaliknya, pergolakan politik, semuanya akan merosakkan negara. dan yang sudah pasti diri sendiri yang akan mendapat susah dan merana kerana tiada kebebasan melakukan aktiviti diri.

Terserah pada diri kita bagaimana menentukannya. Setiap individu yang ada di negara ini adalah aset yang berharga, dan amat bernilai untuk negara. Walaupun tidak besar tetapi nilainya untuk negara tetap ada. Ingat juga bahawa kita saling memerlukan anatara satu sama lain bagi membina satu negara yang maju.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...