Isnin, 7 Februari 2011

Cameron Highland II

Hari kedua,



Terasa sejuk di awal pagi, membuatkan aku menarik toto (aku tidak pasti nama dia, tetapi orang gelarkannya sebagai toto) hingga ke leher aku. Sejuknya terasa sehingga ke tulang, ditambahkan lagi dengan keadaan kesihatan aku yang tidak begitu baik.

Digagahkan juga kudrat yang ada, supaya keluarga makcik dan adik aku tidak berasa kecewa dengan percutian yang hambar. Kerana menyewa bilik yang mempunyai satu sahaja bilik mandi (aku rasa mana-mana pun hanya punya satu bilik mandi) jadi, terpaksa menunggu giliran untuk mandi.




Selesai mandi aku mengikut ibu aku, adik lelaki aku dan juga makcik aku dan anaknya turun ke cafe untuk menikmati sarapan pagi. terlupa pula aku nak inform yang kami pergi seramai 14 orang dan menaiki tiga buah kereta.

Selesai bersarapan, aku naik ke bilik untuk mengambil barang-barang aku, dan terus menuju ke kereta untuk memanaskan enjin. Tiba-tiba Makcik aku menegur aku dan menyatakan bahawa tayar kereta aku tiada angin, "Aduh", keluh dalam hati. Menjadi satu kerja di pagi hari pula, membuka tayar kereta. tetapi bernasib baik kerana ramai yang membantu menukarkannya kepada tayar spare.




Bernasib baik, kerana bengkel kereta masih buka pada hari cuti begini. Menunggu juga kami kerana tuan kedai ingin membakar mercun dahulu, pemilik berbangsa cina. dan kami diberi dengan limau yang menjadi tradisi bagi masyarakat cina di hari chinise new year ini. Tayar kereta aku diperiksa dan beliau menyatakan bahawa tayar aku mungkin dibuang anginnya. kerana tiada kebocoran yang berlaku.

Selesai sahaja memasang kembali, aku terus membawa keluarga aku meneruskan lokasi pada hari kedua ini. Dan lokasinya:




Kawasan Gunung Brinchang,

1. Ladang Sayur.

Untuk tiba di lokasi ini, aku perlu membawa mereka melalui jalan yang curam dan rosak. Dengan kereta yang baharu sahaja diguna selama 4 bulan. "hahaha", ketawa seketika. Dan bernasib baik lagi pakcik aku bersikap spoting kerana kereta yang beliau bawa 'Honda Freed' yang belum seminggu diambil boleh dibawa naik melalui jalan yang begitu azab sekali.




Setibanya kami di ladang tersebut, kami disambut ramah oleh pekerja dan tuan ladang tersebut. Dan tidak lupa juga pada anak kambing yang berusia dua hari. Seperti biasa, jika berada di ladang ini, kami akan dibawa melawat ke seluruh kawasan ladang, letih juga berjalan kaki melihat ladang tersebut. Mengambil gambar juga menjadi aktiviti utama.




Selesai melawat ladang, kami diberi peluang untuk memilih sendiri sayuran yang ingin dibeli di ladang tersebut, sayuran yang dibeli adalah, kobis, kami diberi peluang untuk menuai hasil ladang tersebut, (mengikut apa yang telah kita pilih). Cabut lobak putih dan memetik beberpa biji tomato.

Tidak lupa, diladang tersebut juga menanam, strawberry yang menjadi tarikan utama selain mempunyai suhu yang rendah di Cameron Highland ini. Dan kami diberi peluang memetik buahan tersebut dan hasilnya akan ditimbang dan bayaran dibuat mengikut beratnya. Terdapat juga ladang strawberry dikawasan Tringkap dan beberapa lokasi lain. Tetapi ada tempat yang akan dikenakan bayaran untuk memasuki kawasan ladang tersebut.

2. Ladang Teh.




Selesai segala urusan di ladang sayur, aku membawa mereka ke ladang teh pula. tidak aku membawa mereka ke kilang kerana aku tidak pasti kilang tersebut dibuka atau tidak. Sebenarnya, ladang teh ini telah kami lalui semasa menuju ke ladang sayur tadi.

Aku berhenti di sini hanya memberi mereka peluang untuk mereka bergambar dan melihat sendiri bagaimana rupa pokok teh yang menjadi minuman kegemaran di kala petang.

3. Cactus Valley dan Big Red Strawberry Farm.




Selepas menuruni jalan ke Gunung Brincang, kami ke kawasan Pekan Brinchang. Seterusnya aku membawa mereka ke lokasi yang telah dinyatakan di atas. Lokasi ini adalah yang pertama kalinya aku pergi, dan sungguh berdebar juga kerana jalan untuk ke kawasan meletakkan kereta terlalu curam, Alhamdulillah kereta aku tidak mengalami masalah, tetapi aku melihat ada beberapa biji kerata yang berasap hitam akibat mendaki jalan tersebut.

Namanya sahaja telah menunjukkan dan dapat kita membayangkan apa yang ada di lokasi perlancongan ini, Sudah pasti bermacam jenis cactus yang di pamerkan dan dijual untuk kenang-kenangan. Di sini, masuk adalah percuma.

Akibat keletihan, kami tidak pergi ke semua tempat di kawasan ini, hanya berehat di cafe yang ada, dan menikmati produk yang dihasilkan dari buah strawberry sahaja. Apa yang boleh aku katakan "Memang sedap".

4. Pasar Malam.

Menjadi keutamaan untuk pergi ke pasar malam, kerana ingin membeli juadah makan malam. Aktiviti yang aku berikan pada waktu malam adalah bebas. Kerana aku juga ingin berehat kerana keletihan. Pada malam ini, aku bersama pemilik entry kau dan aku bersama adik lelaki aku berjalan seketika di pasar malam dan minum di kedai makan sahaja, sambil menikmati burger dan sejuk malam di Cameron Highland.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...