Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2012

Monopouse.


Pagi ini, sedang aku memeriksa e-mail aku, aku didatangi seorang staff yang aku panggil kakak. Seperti biasa aku hanya melihat keletah dia sahaja. Pada mulanya aku fikirkan dia mencari kakak yang duduk bersebelahan dengan aku, rupa-rupanya dia ingin berkongsi sedikit cerita dengan aku.

Begini, dalam kehidupan atau putaran seorang wanita pasti akan tiba satu tahap yang dikenali sebagai monopouse. Beliau datang kepada aku dan bercerita tentang perkara itu kerana orang yang dia ceritakan itu seperti mengalami tekanan dan kadang-kadang tidak dapat mengawal perasaannya. Aku belum pernah melihat keadaan seorang wanita yang mengalami monopouse ini dan bukan mengetahui tentang perkara ini, so sekadar mendengar sahaja.

Mungkin sedikit bacaan aku boleh kengsikan bersama mungkin, apa yang aku ketahui adalah monopouse adalah satu peringkat kehidupan wanita yang akan tiba masanya mereka akan mengalami putus haid, yang mana akan berhentinya kitaran haid atau kesuburan. Kebiasaannya perkara ini berlaku pada sekitar umur 45 hingga 55.

Seperti yang diketahui bahawa apabila seorang wanita telah mengalami putus haid ini, merka tidak boleh lagi mengandung kerana ovari meraka telah berhenti bekerja mengeluarkan telur. Dalam masa yang sama apa yang berlaku adalah penghasilan hormon estrogen dan progesteron semakin berkurangan, dan ini juga mengganggu emosi kepada individu yang mengalami proses ini. Perkara ini juga boleh berlaku kepada wanita yang melakukan pembendahan pembuangan ovari dan gejalanya lebih teruk sedikit daripada mereka yang berlaku secara semula jadi kerana pemberhentian penghasilan hormon berlaku secara tiba-tiba.


Sintom-sintom yang biasa berlaku pada mereka seperti :
  1. Haid yang berlaku kurang kerap dan akhirnya berhenti,
  2. Jantung berdebar-debar atau berdegup laju,
  3. berpeluh di waktu malam,
  4. Kulit kering.
  5. masalah tidur (insomnia).
kadang-kadang berlaku juga sintom seperti yang di bawah :
  1. Tahap seks yang berkurangan dan tindak balas terhadap seks juga berkurangan,
  2. Kealpaan ( ini berlaku kepada sesetengah wanita),
  3. Mengalami sakit kepala,
  4. Mengalami masalah mood yang tidak menentu contoh meragam, kemurungan dan kebimbangan,
  5. Mengalami kekeringan pada faraj dan mengalami kesakitan pada faraj ketika melakukan seks,
  6. Mudah mengalami jangkitan vagina,
  7. Mengalami sakit-sakit pada sendi.
Ujian darah dan air kencing boleh digunakan untuk mencari perubahan paras hormon. Keputusan ujian boleh membantu doktor menentukan jika anda dekat dengan menopaus atau jika anda telah mengalami menopaus.

Ujian yang boleh dilakukan termasuk:
 
  • estradiol 
  • FSH 
  • LH
Pemeriksaan kesihatan anda adalah dengan melakukan pemeriksaan terhadap pelvik, kesan daripada penurunan Estrogen boleh menyebabkan berlakunya perubahan terhadap lapisan vagina.

Selain itu, keadaan tulang juga akan terjejas dan doktor akan menyarankan pemeriksaan dilakukan untuk mengenalpasti samada berlakunya osteoporisis.

Setakat ini dahulu mungkin aku dapat menjelaskan perkara tersebut, selain berkonsi bersama, dapat juga aku menambah ilmu di dada, 

Selasa, 11 Oktober 2011

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. 

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah 

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti. 

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah. 


Khamis, 22 September 2011

Rokok.



Merokok, satu perkara yang sukar bagi aku untuk meninggalkannya. Dahulu aku bukanlah perokok tegar, tetapi semakin hari semakin parah. Cuba juga untuk berhenti merokok, mungkin dalam masa yang terdekat. Pokok pangkalnya terletak pada hati, walaupun kita mengikut segala saranan bagaimana ingin berhenti merokok tetapi di hati kita tidak kuat untuk melaksanakannya hanya menghabiskan masa mungkin juga wang dengan mengikut segalanya tetapi di hati masih juga ingin merokok, betul atau tidak? Pendapat anda?



Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
 
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. 
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
 
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
 
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  






 
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
 
Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok. 
 
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok. 
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
 
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
 
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
 
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
 
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
 Metanol  Bahan Api
 Nitrobenzena  Gasolin
 Karbon Monoksida  Asap kereta
 Butana  Cecair pemetik api
 Raksa  Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida  Bahan utama plastik
 Toulena  Pelarut industri
 Ammonia  Pencuci lantai
 Arsenik  Racun tikus
 Kadmium  Bahan utama bateri alkali
 Stearik  Bahan utama dalam lilin
 Sianida  Racun berbisa

Rabu, 2 Februari 2011

Kelebihan Air Kosong

Beberapa sahabat aku sering menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah seperti kulit kering atau bibir berdarah, Aku akan menyarankan mereka agar lebihkan minum air kosong setiap hari, Hanya petua yang aku dengari dari orang tua-tua sahaja. Walaupun begitu, aku sedari bahawa banyak kelebihan dengan minum air kosong ini. Di sini aku paparkan apa kelebihan yang kita boleh dapat dengan mengamalkannya.

Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.


Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari

7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Selasa, 9 November 2010

REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS

This is very true as I heard it in news from one of our local radios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal.















Selasa, 6 Julai 2010

Buah Kurma

salam, baru-baru ini aku ada mendapat e-mail dari abnag angkat aku, dan aku fikir tidak salah rasanya andai aku berkongsi apa yang aku terima:





Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia. Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.

i. Mengubati tenaga batin

Ramuan:

Kurma kering dan susu segar

Cara penyediaan:

Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.



ii. Mengubati gastrik

Ramuan:

Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli

Cara penyediaan:

Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu akan berkurangan.

Petua dan Larangan Penggunaan Kurma

Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa larangan dalam pengambilannya.

Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.




Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.

Hadis Ibnu Umar r.a:

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:

“Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”

(Sahih Muslim: no 3809)

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books. perintis. com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.








Rabu, 2 Jun 2010

Sperma




Setiap pasangan yang berkahwin secara normalnya memerlukan kehadiran anak bukan sahaja sebagai penyeri rumahtangga malahan juga sebagai penyambung zuriat dan keturunan serta mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri. Bagi setengah pasangan, baru sebulan kahwin dah terus mengandung, orang tua cakap kes bunting pelamin, “subur bebenor”, manakala sesetengah pasangan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat zuriat. Dah bermacam cara dan kaedah dilakukan namun masih belum dapat rezeki. Semua tu bergantung kepada rezeki daripada Allah S.W.T.


Selain daripada faktor ketentuan Illahi, bagi kaum lelaki, ada juga faktor lain yang menyumbang kepada ketidaksuburan benih atau sperma. Gaya hidup dan aktiviti masa kini secara tidak lansung memberi kesan kepada sperma kaum lelaki tanpa disedari.


Pastinya semua orang sudah mengetahui dalam proses reproduksi manusia, untuk recall balik, apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma. Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian. Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah bersedia menunggu, hanya satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai fertilisasi (persenyawaan). sumber : KPWKM.


Sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berenang di sebabkan beberapa faktor. Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah:


Kepanasan melampau (Overheating )

Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.



Tab Mandian Air Panas (Hot Tubs)
Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

Demam

Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.


Laptop

Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35?C . Ianya akan memudaratkan sperma jika anda cuba untuk hamilkan isteri anda, tinggalkan laptop di atas meja.



Seluar dalam

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.


Pembesaran pembuluh darah

Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.



Telefon Selular (Cell Phones)

Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktivitialt kelamin lelaki.



Obesiti

Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.



Gaya Hidup Tidak Sihat

Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual dan telah terbukti mengurangkan jumlah, fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.


Lain-lain masalah sperma

Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.






Rabu, 12 Mei 2010

Antosianin untuk mata

Tanpa mengira usia, kesihatan mata perlu dijaga kerana semua dari kita amat memerlukan khidmatnya seumur hidup kita. Bilberi banyak dicadangkan untuk kesihatan mata kerana kandungan antosianinnya yang tinggi. Kepentingannya kepada mata adalah kerana kebolehannya dalam merangsang peredaran darah dan oksigen yang lebih baik ke mata yang sangat diperlukan untuk mata yang sihat. Keadaan ini juga memberi kesan dalam melegakan simptom-simptom keletihan dan ketidakselesaan mata. Dengan sebab itulah mereka yang sering mengalami keletihan yang mungkin berpunca daripada penggunaan komputer atau sebarang kerja yang memerlukan penumpuan mata akan memperolehi manfaat daripada pengambilan ekstrak Bilberi dan eyebright.

Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalam tisu-tisu tumbuhan, seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberi banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidanya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.


Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rodopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru itu, pengambilan suplemen ini membantu penglihatan waktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambilah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein. Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.

Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.


Ambilah makanan yang mengandungi nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata, apatah lagi di kalangan golongan berusia.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna dapat membekalkan pigmen karotenoid untuk kesihatan mata serta meneutralkan radikal bebas.

Isnin, 26 April 2010

Kecewa

petang tadi sahabat aku call, dia lepaskan apa yang tersimpan dan apa yang berlaku pada dia. sebelum ini perkara ini telah pun berlaku, dan dia betul-betul tertekan dengan apa yang itu lakukan kepada dia. dahulu dia diburukkan. sebelum ini couple dia tu berlaku curang dengan dia. sememangnya dunia kini tidak ada yang boleh dipercayai. dan dengan tanpa rasa bersalah, dia menuduh member aku ini menghidap HIV.


hinggakan di forum juga diletakkan perkara tersebut. dan akibat tidak dapat menanggung apa yang telah diterima, sahabat aku ini telah pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, (blood test) nyata negatif. tetapi tuduhan tetap dilemparkan.

kemudian dia create satu account di myspace untuk menganiaya sahabat aku itu. dan bermacam-macam call yang masuk kerana number phone juga diletakkan di account tersebut. dengan bantuan rakan-rakannya, juga aku kenali, perkara itu disiasat dan dapat dikenalpasti siapa punya angkara. dan budak tersebut memohon maaf daripadanya. dan aku kenal dan juga pernah bersua dengan budak yang tidak berhati perut ini.


dengan perbuatannya yang sungguh tidak ada rasa bersalah, sahabat aku ini mengambil tindakan memakan pil tidur, dan macam-macam lagi yang telah dilakukan untuk menghadapi perkara tersebut. tapi atas nasihat rakan-rakannya dia cuba untuk pulihkan semangat dia semula.

tetapi beberapa hari ini, ada lagi tuduhan yang dia terima, terkilan rasa dihatinya. kerana dia masih lagi dituduh dengan tidak ada usul periksa. setahu aku dan sebelum perkenalan aku dengan dia, aku diterangkan tentang diri dia dari orang-orang yang pernah mendampinginya. kerana aku cukup berhati-hati dalam memilih kawan.

hari ini, dia call aku bahawa dia dapat call dari tiga number dan budak-budak yang call dia menyatakan ada satu account myspace yang meletakkan number phone dia di laman sosial tersebut. apa yang mereka mahu. setelah sekian lama member aku ini menjauhkan diri dari menimbulkan masalah dengan orang lain, tetapi dia tetap diperlakukan sedemikian rupa.

mungkin akan direportkan sahaja pada pihak berkuasa untuk mencari orang yang cuba menfitnah tersebut agar mereka sedar diri, tetapi aku cadangkan lihat dahulu apa yang mereka lakukan sebelum kita bertindak. kerana ini telah mengganggu hak privacy dan maruah seseorang. dan ini juga menyalahi undang-undang dan tindakan undang-undang boleh dilakukan.

terserah pada mereka untuk berfikir secara waras.


Cuka


CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

  1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
  2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
  3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
  4. Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
  5. Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
  6. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
  7. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
  8. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
  9. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
  10. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
  11. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
  12. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  13. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...