Friday, May 14, 2010

Karnival Di Putrajaya, Malaysia

salam, aku mendapat information dari kawan aku bahawa Putrajaya menganjurkan karnival besar-besaran. bermacam-macam yang ada, aku sempat juga melaluinya pagi tadi, dan menyaksikan beberapa gerai yang ada. dan memang berniat untuk singgah pada esok hari.


dan juga buat pertama kalinya sure heboh akan diadakan di Putrajaya pada kali ini, aku hanya dapat melihat beberapa bahagian sahaja, antaranya karnival pendidikan, karnival belia, dan tapak Sure Heboh sahaja tadi, dan karnival yang diadakan pada kali ini memang besar. dan aku rasa ia amat menari.


jangan tunggu lagi, pada sesiapa yang berhampiran jom lawati karnival ini, sama-sama memeriahkan lagi suasana.

Wednesday, May 12, 2010

Banci Penduduk.

hampir tiba banci penduduk di malaysia. kita sebagai rakyat malaysia bertanggungjawab untuk memberi kerjasama terhadap pembanci agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.

tetapi sebelum ini, terdapat penduduk yang tidak memberi kerjasama langsung dengan pihak pembanci, mengapa terjadi perkara yang sedemikian rupa? mungkin kerana diakibatkan oleh kejadian-kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini, contohnya, pecah rumah, pukau dan segala macam jenayah.

sehinggakan ada yang berani menyamar diri sebagai seorang anggota polis, dan ketika ini aku menulis post ini, baru aku tersedar tentang jenayah-jenayah yang ada dan yang telah berlaku di negara yang tercinta ini. mengapa terjadi perkara itu? ada sesiapa boleh bagi pendapat.

kerajaan malaysia ada menyatakan bahawa malaysia kini memerlukan tenaga kerja yang ramai, aku lihat ramai umat yang duduk bersepah tanpa mempunyai kerja, tak faham. adakah mereka ini tidak mahu berusaha untuk mendapatkan kerja.

tapi mungkin kerana tahap pembelajaran mereka ini kurang dan tidak diterima untuk bekerja kot. tapi di ladang-ladang penuh dengan orang luar yang datang bekerja di malaysia. dan memang ada kerja. banyaklah sektor yang menggunakan khidmat luar negara untuk bekerja, entah lah.

tepuk dada tanya selera. aku tidak berapa nak tahu apa masalah mereka. so i cant talk much.

jauh meleret, dari banci hingga ke sektor pekerjaan. tapi aku mengajak kepada penduduk malaysia agar memberikan kerjasama terhadap pembanci-pembanci yang datang ke rumah, tidak mumbuka gate juga tidak mengapa, tapi hanya jawab dengan sebaiknya semasa di ajukan soalan. terima kasih, sesungguhnya anda semua penyumbang kemajuan negara, setiap dari kita yang bergelar dan berstatus rakyat malaysia adalah bertanggungjawab dalam memajukan juga memakmurkan negara.

Bumi.


bumi, hanya ini sahaja yang kita ada, dikurniakan kepada kita untuk kita bersama-sama menjaganya. tetapi apa yang kita hadapi sekarang ini, pencemaran, dan bumi semakin uzur, kita dapat lihat dengan sendirinya, akibat perbuatan kita cuaca dunia telah mengalami kekecauan,

ekosistem bumi pun telah tidak stabil. dengan pencemaran yang dicipta oleh kita. dengan pengeluaran gas-gas yang boleh menipiskan lapizan ozon yang selama ini menjadi perlindung kepada kita terhadap sinar matahari yang merbahaya. dan bumi mengalami pemanasan yang berterusan dan peningkatannya terlalu mendadak. masih lagi tidak sedar dengan bahana yang diterima.

terdapat juga negara yang tidak mengendahkan perkara ini, hanya mementingkan keuntungan dari menjaga tempat tinggal mereka, kesan yang diterima bukan hanya kepada orang lain tetapi diri sendiri juga terkena tempiasnya dengan secara langsung.

mungkinkah ini telah ditetapkan oleh Nya, kerana sesungguhnya kita menghampiri ke hujungnya. hanya Dia yang lebih mengetahui. walauapa pun, bersama lah kita menjaga kemakmuran dan alam sekitar demi menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Robin Hood


® pemenang Oscar Russell Crowe memegang watak sebagai legendaris yang dikenali oleh generasi kini sebagai "Robin Hood," yang telah mengalami eksploitasi dalam mitologi popular dan mencetuskan imaginasi orang-orang yang membahagikan semangat tentang petualangan dan kebenaran. Di England abad ke-13, Robin dan kumpulannya dari marauders menghadapi isu rasuah di sebuah desa setempat dan memimpin pemberontakan terhadap mahkota itu selamanya akan mengubah keseimbangan kekuatan dunia. Dan apakah pencuri atau pahlawan, satu orang dari awal yang sederhana akan menjadi simbol abadi kebebasan bagi kaumnya.



pada awalnya Robin Hood hanya menjalani kehidupan seorang pemanah ahli, dan hanya tertarik pada kehidupan diri sendiri, daripada perkhidmatan di pasukan Raja Richard melawan Perancis. Setelah kematiannya Richard, Robin membuat perjalanan ke Nottingham, sebuah bandar yang menderita akibat dari perbuatan seorang sheriff despotik dan mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk, dan dia mencintai janda Lady yang bersemangat Marion (Oscar ® pemenang Cate Blanchett), seorang wanita yang mempunyai identiti dan motivasi. Berharap mendapat bantuan untuk menyelamatkan desa,

Dengan negara mereka yang menghadapi kejatuhan akibat daripada peperangan, dan ini mereka memberontak dengan sistem pentadbiran negara yang baru yang lebih kepada penindasan kepada golongan yang kurang upaya,

Antosianin untuk mata

Tanpa mengira usia, kesihatan mata perlu dijaga kerana semua dari kita amat memerlukan khidmatnya seumur hidup kita. Bilberi banyak dicadangkan untuk kesihatan mata kerana kandungan antosianinnya yang tinggi. Kepentingannya kepada mata adalah kerana kebolehannya dalam merangsang peredaran darah dan oksigen yang lebih baik ke mata yang sangat diperlukan untuk mata yang sihat. Keadaan ini juga memberi kesan dalam melegakan simptom-simptom keletihan dan ketidakselesaan mata. Dengan sebab itulah mereka yang sering mengalami keletihan yang mungkin berpunca daripada penggunaan komputer atau sebarang kerja yang memerlukan penumpuan mata akan memperolehi manfaat daripada pengambilan ekstrak Bilberi dan eyebright.

Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalam tisu-tisu tumbuhan, seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberi banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidanya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.


Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rodopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru itu, pengambilan suplemen ini membantu penglihatan waktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambilah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein. Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.

Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.


Ambilah makanan yang mengandungi nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata, apatah lagi di kalangan golongan berusia.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna dapat membekalkan pigmen karotenoid untuk kesihatan mata serta meneutralkan radikal bebas.

Isu Kekalahan.


akibat ejekan dari penonton malaysia kalah di tangan jepun 2-3. itu yang terjadi malam tadi. siapa yang perlu dipersalahkan?

kepada fairuzizuan, seharusnya apabila terjadi perkara seperti itu, kita patut lebih semangat dan lebih berusaha dan tunjukkan kepada mereka yang mengejek bahawa kita boleh lakukan, tetapi nak salahkan beliau juga tidak pasti, kerana terdapat segelintir yang tidak dapat menahan atau mengawal diri apabila dirinya dihina. tetapi dalam kes ini, hanya ignore sahaja mereka yang tidak bermoral itu.

yang penonton yang tidak bertanggungjawab pula, mereka ini tidak layak untuk menjadi rakyat malaysia yang mempunyai budaya kita sendiri, dan perbuatan mereka itu bukanlah menunjukkan mereka ini rakyat malaysia. kita penuh dengan adab dan kesopanan. kita tidak diajar dengan cara yang sedemikian rupa. dan sesungguhnya nilai kesopanan dan nilai murni yang menjadi identiti malaysia sebelum ini terhakis akibat budaya-budaya yang diikut oleh ramai remaja dan orang-orang di malaysia sekarang.

kepada pemain malaysia, sokongan tetap di beri. lakukan yang terbaik, tunjukkan kesungguhan diri untuk mengharumkan nama malaysia di persada sukan dunia.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

selamat hari ibu buat insan yang aku sangat sayangi ini, yang telah melahirkan dan membesarkan aku, dan sanggup melayan karenah aku dari aku kecil hingga hari ini. macam-macam yang dia lakukan untuk kami adik beradik supaya masing-masing menjadi seorang yang baik dan punya kehidupan yang baik.

walaupun dia dan arwah ayah aku bukan lah seorang yang senang, tetapi berusaha juga untuk keselesaan anak-anak mereka. sangat berterima kasih kepada mereka berdua, tetapi aku tidak sempat untuk membalas budi ayah aku yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. dan hanya ibu aku sahaja lah ada.

dan sesungguhnya aku sayang sangat pada dia. for my mum, Happy Mother Day.

Friday, May 7, 2010

Terasa Hati

beberapa hari lepas aku berasa kecil hati dengan sikap satu golongan di facebook. ada yang mengatakan tentang comment aku, i'm sorry kalau comment aku itu tidak menyenangkannya. tetapi aku hanya comment yang bergurau, dan selama ini aku sentiasa bergurau sahaj dengan kawan-kawan aku dan tidak timbul apa-apa masalah.

tetapi bagi golongan ini pula tidak boleh menerima comment aku yang hanya bergurau dan berlawak sahaja. walaupun aku comment dengan cara yang berlawak tetapi tidak sesekali aku meletakkan sesuatu comment yang melampaui batas dengan meletakkan bahasa-bahasa kasar.


dan telah beberapa kali aku melihat comment dari golongan tersebut, dan sememangnya dia tidak begitu menghormati orang lain. apabila membacanya, aku mula merasakan budak tersebut bukan seorang yang baik. mungkin aku hanya melihat dari sudut luaran sahaja. bukankah tingkah laku yang tidak elok menyatakan bagaimanakah seseorang itu.


jenis aku, aku akan layan orang tersebut bagaimana dia layan aku, aku ikut cara dia, tetapi tidak boleh terima dengan cara itu. mungkin dia mahu orang respect pada dia tetapi dia tidak pula pandai respect pada orang lain. biarlah dia dengan cara dia yang tersendiri. dan aku dengan cara aku, dan selagi itu lah aku cuba untuk menghormati orang lain.
Pintu Rindu - Siti Nurhaliza

lagu ini betul-betul menusuk hati aku,




Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..







Tuesday, May 4, 2010

Entah

kadang-kadang, bila tiba satu tahap, seseorang itu pasti akan berasa sangat bosan dengan apa yang dia alami, begitu juga dengan aku, dan aku bukanlah seorang manusia yang begitu sempurna, ada kedegilan dan ada juga kesilapan yang aku lakukan.

bila aku fikirkan semula, dengan apa yang mereka lakukan pada aku seperti tidak adil untuk aku terima. kerana mereka sendiri melakukan perkara yang sama, bak kata pepatah "Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan", mata melihat telinga mendengar, terfikir juga untuk pergi jauh dari sini, mencari satu tempat lain untuk memulakan yang baru. tetapi sampai bila pula aku mahu melarikan diri dari masalah, itu bukan satu penyelesaian yang baik dan bukanlah sesuatu yang matang.

tapi untuk kita bersemuka dan membincangkannya terasa begitu sukar kerana masing-masing punya ego mereka sendiri, kadang-kadang terasa yang diri ini begitu jauh di bawah dengan apa yang dia lakuakan.


melakukan sesuatu tanpa berbincang dahulu, segalanya dilakukan tanpa aku ketahui, dan aku hanya mendapat tahu last minute, kadang-kadang terlalu genting waktu yang aku ada, di mana aku perlu lakukan persediaan. dan aku terkejar-kejar melakukan persediaan tersebut. segalanya dilakukan tanpa dimaklumkan pada aku, aku tahu aku orang bawahan, tetapi ada perasaan,

untuk meminta orang lain hormat atau respect diri kita, kena belajar untuk hormat dan respect orang lain dahulu, dan pasti mereka akan respect kita. tetapi ada juga yang ego, aku tidak faham dengan mereka ini. dan ingin ku nyatakan aku bosan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...