Selasa, 4 Mei 2010

Entah

kadang-kadang, bila tiba satu tahap, seseorang itu pasti akan berasa sangat bosan dengan apa yang dia alami, begitu juga dengan aku, dan aku bukanlah seorang manusia yang begitu sempurna, ada kedegilan dan ada juga kesilapan yang aku lakukan.

bila aku fikirkan semula, dengan apa yang mereka lakukan pada aku seperti tidak adil untuk aku terima. kerana mereka sendiri melakukan perkara yang sama, bak kata pepatah "Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan", mata melihat telinga mendengar, terfikir juga untuk pergi jauh dari sini, mencari satu tempat lain untuk memulakan yang baru. tetapi sampai bila pula aku mahu melarikan diri dari masalah, itu bukan satu penyelesaian yang baik dan bukanlah sesuatu yang matang.

tapi untuk kita bersemuka dan membincangkannya terasa begitu sukar kerana masing-masing punya ego mereka sendiri, kadang-kadang terasa yang diri ini begitu jauh di bawah dengan apa yang dia lakuakan.


melakukan sesuatu tanpa berbincang dahulu, segalanya dilakukan tanpa aku ketahui, dan aku hanya mendapat tahu last minute, kadang-kadang terlalu genting waktu yang aku ada, di mana aku perlu lakukan persediaan. dan aku terkejar-kejar melakukan persediaan tersebut. segalanya dilakukan tanpa dimaklumkan pada aku, aku tahu aku orang bawahan, tetapi ada perasaan,

untuk meminta orang lain hormat atau respect diri kita, kena belajar untuk hormat dan respect orang lain dahulu, dan pasti mereka akan respect kita. tetapi ada juga yang ego, aku tidak faham dengan mereka ini. dan ingin ku nyatakan aku bosan.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...