Selasa, 23 Ogos 2011

Personel Loan.


Ini lagi satu hal, perkara ini selalu kita dengari sama ada dari kawan-kawan juga keluarga kita sendiri. Pada masa ini, bukan mudah kita ingin mempercayai orang lain, kerana banyak penipuan yang berlaku, walaupun yang meminta pertolongan itu sahabat tidur sebantal, sahabat yang dahulunya konon-konon mereka ini sahabat dunia akhirat. Sepanjang pengalaman aku, perkara tersebut adalah merepek.

Dalam dua minggu lepas, Kawan aku telah datang kepada aku dan meminta pertolongan. Pada awalnya dia meminta aku menjadi penjamin terhadap loan yang ingin dia buat, Dengan rasa berat hati aku mengatakan boleh, sebab sahabat aku. Mungkin atas dasar kawan aku lakukan begitu. Dan selang beberapa hari, dia bertemu aku semula dan meminta aku menjadi PEMINJAM, ini dah kes berat,





Aku tidak memberikan kata putus, hanya berdiam diri sahaja kerana rasa kasihan, bersalah dan berfikir bagaimana aku ingin menolak permintaannya. Sehingga aku membawa dia ke satu Bank ini, dan seperti biasa dia pergi mengambil borang untuk pinjaman tersebut. Ingin menyatakan aku tidak bersetuju dengan tindakan dia aku macam tidak sampai hati.

Borang dia telah siap di isi, borang aku masih lagi kosong tidak terisi. Di kepala masih lagi berfikir bagaimana ingin lafazkan kata-kata yang tidak mengecewakan dia. Perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi, dan aku terpaksa lafazkan juga, difikiranku berfikir, andai aku lafazkan dan selepas ini dia tidak lagi bersahabat dengan aku, aku biarkan, kerana aku tidak mahu menanggung resiko. Aku hanya menghantar sms sahaja kepada dia.

Nasib baik dia ok, dan masih lagi berkawan dengan aku, tetapi bagi aku, sekali orang dah lakukan begitu tidaklah aku merapatkan diri sangat dengan orang itu, risau nanti aku akan terjerat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...