Ahad, 25 Oktober 2009

PeRiSTiwa Di GuNUng LeDAng


ada peristiwa yang berlaku di Gunung Ledang tadi, di mana ada seorang pemuda jatuh dan terhentak di batu, bernasib baik kerana beliau hanya pengsan dan tidak mengalami kecerderaan yang serius.

sebenarnya, perlulah berhati-hati kerana apa pun boleh terjadi, kemalangan lah, kerana permukaan batu yang licin akibat lumut yang tumbuh. so bukan sahaja di Gunung Ledang, tetapi di mana-mana jua pun kita perlu berhati-hati




GuNUNG LeDaNG 2




perjalanan dari rumah aku hanya memakan masa lebih kurang 30 hingga 45 minit sahaja, dulu masa muda-muda selalu pergi untuk menghabiskan masa terluang.

Gunung Ledang, terkenal dengan putrinya yang cantik, wallahualam, hanya Dia yang lebih mengetahui, dan difahamkan filem Puteri Gunung Ledang yang dilakun kan oleh Datin Tiara juga ada melakukan pengambaran di sini.





dan aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan, selain aktiviti beriadah atau berkelah bersama keluarga, biasanya sebelum perkhemahan dilakukan perlulah mendaftar dahulu untuk keselamatan,





jika tidak membawa peralatan perkhemahan, boleh juga menggunakan kabin atau chalet yang disediakan, keselesaan tak berapa nak pasti, sebab tak pernah aku bermalam di tempat tersebut, cuma pernah berkhemah sahaja, kerana aktiviti sekolah (kadet remaja sekolah), dan masa tu xpidisi menawan puncak gunung ledang, merasa lah juga aku di atas tu, tetapi sayang kerana aktiviti ke puncak tidak dapat dilakukan, kerana pihak pengurusan telah pun menghadkan ketinggian yang boleh dinaiki, ini kerana banyak kes-kes kemalangan ataupun kematian yang berlaku di atas tu.

beberapa keping gambar di gunung ledang:







GuNUng LeDAng

beberapa keping gambar yang diambil di gunung ledang:



seronok sungguh ibu aku dan adik aku tu,



apa yang dilihatnya.....lagak si duyung ledang,



kami mendaki sehingga ke kolam puteri, gara-gara adik aku, letih ibu aku menaiki beratus mata tangga.



berehat seketika menghilangkan lelah setelah menaiki tangga.



track/ laluan kaki disediakan oleh pihak pengurusan.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...