Wednesday, November 23, 2011

Sejarah Solat Lima Waktu.

Dalam aku meneroka alam internet ini, tiba-tiba aku tertarik dengan satu artikal ini, tentang sejarah setiap solat lima waktu, apa yang aku ketahui adalah sejarah bagaimana Nabi Muhammad

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.



Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.




Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Gambar Sekitar Masjid Putra, Putrajaya.

Di sini aku letakkan beberapa keping gambar kenangan semasa aku membawa sahabat aku Ekin ke Masjid Putra, Putrajaya.

 ini lah dia sahabat aku itu.


 bersama suami beliau,


 aku dan gambar ini diambil oleh En Fitri,


 Saja aku ingin berkongsi tentang keindahan yang ada di Masjid Putra ini, satu sahaja keinginan aku yang belum tercapai, ingin menunaikan Solat Jumaat di masjid ini,akan aku lakukan juga satu hari nanti.





Menyelam n Minum Air.

Dalam kemarahan aku kepada kelakuan budak sengal semalam, aku cuba memujuk hati aku yang panas ini untuk menjaga hati sahabat aku yang seorang bersama adik dan suami beliau. Ikut hati aku yang sedang panas ini, ingin sahaja aku meninggalkan beliau begitu sahaja.


Sebenarnya aku bertolak pada hari Isnin jam 9.30 pm dari rumah aku. Perjalanan di teruskan dengan menuju ke Tangkak dan melalui Tol Tangkak hingga ke Tol Kajang. tiba di rumah sahabat aku iaitu En Mohamad Fitri pada jam 12.15 am, sebenarnya setibanya aku di Putrajaya perut aku ini terasa sangat lapar, tetapi apabila tiba di rumah, malas ingin keluar terasa. Nasib baik sahabat aku fitri sudi memasakkan maggie untuk aku.

Dalam jam 7 am, 22 november, sahabat aku telah membangkitkan aku dari nyenyak tidur kerana sahabat aku Ekin dan keluarganya telah pun bersiap-siap untuk ke Jabatan Imigresen Putrajaya  sedangkan aku seperti malas ingin bangkit dari katil, mungkin kerana keletihan memandu semalam.




Urusan dilakukan oleh Ekin pada jam 830 am, dan keadaan di jabatan tersebut telah pun dipenuhi orang yang ingin melakukan urusan masing-masing. Dalam beberapa minit melakukan urusan kerani tersebut memaklumkan bahawa proses tersebut akan selesai selepas waktu lunch. Ekin memaklumkan kepada aku bahawa dia ingin bersiar-siar di kawasan berhampiran dan ingin membasahkan tekak beliau. Tetapi urusan aku terbantut dengan tidakan budak sengal semalam, dan menantikan Ekin dengan urusan pribadinya hampir 30 minute dan terpacak aku di hadapan Jabatan Imigresen itu.

Selepas urusan pribadi yang tidak berapa penting itu aku membawanya ke Alamanda sahaja untuk minum pagi, terasa lapar juga perut aku. aku sekadar menjamah 3 biji telur separuh masak bersama satu keping roti bakar, dan sekeping roti telur bersama segelas air Neslo. Boleh tahan juga aku makan pada pagi itu, lapar punya pasal.



Selesai makan pagi, aku membawa Ekin dan keluarganya bersiar di Masjid Putra, Putrajaya bersiar lah beliau dan keluarga beliau. Seterusnya aku menghantar semula beliau ke Jabatan Imigresen dengan urusan beliau, manakala aku menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menunaikan solat Zohor.

Aktiviti di teruskan dengan perjalan pulang aku ke rumah pada petang itu juga. Terasa letih juga melakukan perjalanan dan urusan dalam satu hari. Kebiasaannya aku luangkan masa dalam beberapa jam untuk berehat sebelum aku memulakan perjalanan.

 


Kelakuan.

Semalam, semasa aku membawa sahabat aku ke Putrajaya, Imagresen Putrajaya. Terdapat satu peristiwa yang sememangnya amat menyakitkan hati aku. Dalam konteks berkawan atau bersahabat, jika seorang kawan meminta bantuan adalah perlu sebagai insan kita membantu sahabat kita yang memerlukan pertolangan kita.

Sahabat aku ini mempunyai seorang kawan, yang mana kawan beliau ini mempunyai urusan di Putrajaya juga. Hubungan aku dengan kawan aku itu tidaklah lebih daripada sekadar kawan satu pejabat, tetapi mungkin kerana pemikiran ceteknya itu membuatkan dia berprasangka buruk tentang aku.


Pagi itu selepas urusan di kaunter, kerani menyatakan urusan tersebut akan selesai selepas lunch. Sahabat aku meminta aku agar membawa beliau dan family beliau untuk pergi minum dan bersiar-siar di Putrajaya. Dalam masa perjalanan turun ke ground level. Beliau bertemu dengan kawan beliau itu. Seperti pernah aku nyatakan sebelum ini, segala urusan pribadi orang lain tidak akan aku campuri, aku terus sahaja berjalan meninggalkan sahabat aku itu dengan urusan beliau sendiri.

Aku menantikan mereka di pintu masuk bangunan, hampir setengah jam aku menanti di situ dan tiba-tiba aku mendapat satu sms. "Danny, kau jalan dulu, kawan aku ni bising ada kau".
So aku faham, aku pun berjalan kaki menuju ke Bangunan Perbadanan Putrajaya untuk bertemu dengan sahabat aku Fitri, dengan tujuan mengajak beliau pergi minum. Bagi aku mungkin Kawan sahabat aku itu akan membawa beliau bersiar mungkin, 

Sms aku dengan member aku:

"Danny ko jln dlu ayah bsing ar.."sms yang aku terima dari member aku dan sedikit menyakitkan hati,

"Poyo lah ayah kau tu, ckp Kat ayah kau tu, agak2 lah nak pikir tentang org, aku ADA maruah, bukan macm dia y x ada sivic nak kan bini org, x per lah, kang apa2 sms aku, kalau nak aku boleh balik dulu, kau suruh ayah antar ablik sgmt" aku sms begini kerana sms yang aku terima di atas, dia tak suka (bising) so nak buat apa aku tunggu lagi, betul tidak? daripada bermasam buka baik aku berlalu.

"Jgn ar mcm tu ko tggu kt bwah jap lg aku turun" pinta sahabat aku.

"X pe, aku x ada Hal, aku park kete Kat situ jer, ni aku dah jln kaki jauh dah, aku x kisah, kau dah siap urusan n nak balik ke apa Ker, sms lah aku" ujar aku.

"Jgn lah aku nk jln"
"Herm... Kau tunggu jap"
"Danny kt ne aku kt keta ko" sebenarnya semasa aku dapat sms yang ini, fitri telah mengambil aku di hadapan Perbadanan Putrajaya untuk membawa aku minum pada tengahari itu. dan aku meminta fitri menghantar semula ke tempat aku perkir kereta.

"Jap2"

Dalam menuju ke Perbadanan Putrajaya itu, aku menerima sms dari kawannya. aku sisipkan perbualan aku di dalam sms itu. Original from my phone convert to .TXT  file.



budak itu =  "Apa kau msj dgn ekin tntg aku.kau xtahu pkara yg sbnar antara ak dgn dia, Aku dtg ptrajaya ada keja.bkn dtg nk jmpa **** k aku nk bntu dia.yg kau msj ckp mcm tntg aku napa d knapa"

aku = "Beb, aku x campur urusan kau ngan ****, aku kwn jer, org minta tolong, beb kita ni hamba Allah beb, tolong hormat sikit org lain, aku bukan jenis org y nak kacau hidup org lain, aku cuma x puas hati tentang APA y kau pikir jer beb, agak2 lah, beb bini org tu, aku ADA maruah tau, ADA mak y kena jaga nama dia, agak2 lah beb nak cakap pun, hidup x lama, nak mati kalau org tak maafkan dosa pun susah nak hidup aman Kat sana, aku mmg x ca?pur urusan kau ngan dia, hak kau org, kau tau sakit hati pasal org ckp pasal ko, tolong jaga mulut kau"

sambung aku =  "Aku tau kau ADA urusan Kat sini, tapi cara kau pikir pasal aku malas aku nak ambil tau, drpd gaduh2 pasal bini org y aku x ada apa2 pun kau nak bising, huh, mcm tak ADA kerja lain aku nak pikir"
budak itu = "Kau jgn nk ckp bnyk k"
aku = "Kau pe Hal plak beb... "

Aku malas betul dengan keadaan semalam itu, membuang masa aku sahaja, Aku simple  orang tidak senang aku berlalu, kalau orang memerlukan aku beri pertolongan, kalau dia selesa dengan tindakan dia teruskan sahaja, kerana aku juga boleh mencipta agenda aku sendiri pada hari itu, buat apa aku ingin menyusahkan diri aku untuk orang lain, apa keuntungan yang aku dapat? cuma pahala sahaja.


Manusia perkiran cetek mungkin.

Meng'edit'

Salam Rabu, terasa letih walaupun semalam merupakan hari cuti umum bagi "Hari Keputraan Sultan Johor" tetapi aku mempunyai agenda, di mana aku diminta sahabat aku untuk membawa beliau ke Putrajaya atas urusan taraf kerakyatan bagi dua orang adiknya, sebenarnya kedua-dua diknya itu merupakan adik tiri satu ibu bersama beliau, oleh kerana ayah tiri dan ibunya telah meninggal dunia maka penjaan adik-adiknya itu dipertanggungjawabkan ke atas beliau.

Post pada kali ini bukanlah untuk aktiviti tersebut, tetapi untuk berkongsi bahawa aku telah edit beberapa post di dalam blog ini atas keselamatan diri aku sendiri, mungkin terdapat beberapa post yang aku terlepas pandang. Setelah berkecimpun hampir 3 tahun dalam penulisan blog ini, aku sedari bahawa tidak semua perkara kita boleh kongsi bersama, lebih-lebih lagi yang melibatkan personal matter. Dengan itu aku memutuskan untuk delete post yang terlalu menonjol dan edit beberapa penulisan di dalam post-post tertentu.

Kekadang aku juga ingin bebas seperti blogger lain yang terang-terang bercerita tentang keperibadian mereka kepada umum, tetapi sebagai penjawat awam aku perlu ada fail sulit sendiri bagi menjaga kedudukan di dalam masyarakat. Lebih mudah aku katakan menjaga nama baik aku di dalam sektor awam ini.


Monday, November 21, 2011

Perkampungan Felcra Bukit Kepong.

Dalam post yang lepas aku pernah berceritakan tentang sejarah atau peristiwa Serangan Komunis Di Bukit Kepong. Aku masih lagi mencari maklumat penubuhan perkampungan aku sebenarnya, perkampungan Felcra Bukit Kepong. Apa yang aku dapat hanya sedikit sahaja, apa-apa pun aku hanya bercerita sedikit tentang penubuhannya dan apa aktiviti yang ada di perkampungan aku.

Asal Bukit Kepong.

Sebenarnya  nama bukit kepong itu bukanlah berdasarkan pada peristiwa serangan komunis, tetapi berdasarkan kepada sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Dan sebenarnya kawasan ini ramai di diami oleh orang asli, dan kemudian datang pula orang Cina dan Indonesia yang datang mengusahakan Ladang Gambir dan lada hitam.


Felcra Bukit Kepong,

Pada tahun 1972, tertubuhnya perkampungan ini dengan pembukaan kawasan ladang peringkat 1 Tambahan dengan mempunyai keluasan 1,235.22 hektar. kawasan ladang ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit pada 1973 dan mula mengeluarkan hasil pada 1976.

Seterunya pada tahun 1980 ladang peringkat 2/3 mula mengeluarkan hasil. Projek ini dikenali juga dengan Rancangan Tanah Belia Felcra dengan pengambilan peserta seramai 378 orang dengan setiap orang mempunyai pegangan seluas 10 ekar.

Sebenarnya, perkampungan/ projek rancangan ini terbahagi kepada dua, iaitu

  1. peringkat 1 Tambahan yang mempunyai 226 orang peserta dan
  2. perinkat 2/3 yang mempunyai 152 orang peserta.
Pada tahun 1980 mula wujudnya perkampungan yang aku diami sekarang, Perkampungan Felcra Bukit Kepong. mengambil nama sempena nama di mana perkampungan ini terletak iaitu di Mukim Bukit kepong.

Selanjutnya akan aku cuba sisipkan di dalam post yang akan datang.

Jemputan.

Esok merupakan hari Keputraan D.Y.M.M Sultan Johor. "Daulat Tuanku". Dan satu jamuan diadakan diperingkat Daerah Segamat. Dengan nama jamuan tersebut, "Jamuan Teh Rakyat" yang akan diadakan di Dataran Segamat.

Tarikh dan masa telah tertera dalam gambar yang telah aku sisipkan, rasanya tidak perlu aku terangkan lagi,


Di sini aku letakkan sedikit tentang Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, baginda merupakan Sultan Johor yang ke -25 dan baginda ditabalkan sebagai sultan pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan ayahanda baginda.




Baginda diputrakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, merupakan anak sulung daripada 10 orang adik-beradik.Pada 3 Julai 1981 baginda ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor, dan pada 25 April 1984 Baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Johor semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-8.

Mendapat pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, dan pada 1968 - 1970 baginda belajar di Trinity  Grammar School, Australia, seterunya kembali belajar di Maktab Sultan Abu bakar (MSAB). Selain itu baginda juga mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.

Kemudiannya baginda dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Seterusnya baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara di Fort Bening, Amerika Syarikat. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Komander Angkatan tentera Johor.




Pecah.

Perkara ini berlaku dalam dua minggu lepas, di mana bilik komputer yang menempatkan aku bersama seorang staff lagi a.k.a operator data, dirobohkan bagi pengubahsuaian pejabat. Sekarang ini menumpang sekejap di meja orang, perkara ini berlarutan selama dua minggu, dan semasa aku menaip post aku ini, proses tersebut sedang berjalan, dan sedikit lengsa kerana aku tidak dapat menjalankan kerja-kerja aku.


 gambar menunjukkan di mana aku menumpang dan meletakkan komputer aku.

Pengubahsuaian tersebut adalah bagi menempatkan staf ict di pejabat ini. Bagi aku baguslah kot perkara ini sebab lebih terbuka dan lebih mesra dengan staff lain kot, dan apa yang bagus lagi tentang perkara ini adalah, tempat yang aku duduk (meja aku) kawasannya nampak lebih luas.


keadaan semasa kerja pengubahsuaian (sebelum)


Terima kasih buat PPTM aku kerana menyediakan satu bilik untuk aku melakukan kerja pembaikan komputer dan juga tempat bagi meletakkan komputer yang berada dalam simpanan aku. Ada sedikit keselamatan juga kerana kerisauan dalam hati aku apabila berlakunya kehilangan terhadap barang yang dalam simpanan aku, Hak Milik Kerajaan tu. Jika berlaku kehilangan bagaimana pula dapat aku menggantikannya, bukan berduit sangat aku ini.

 keadaaan selepas pengubahsuaian dan kerja-kerja belom siap sepenuhnya.

Cuma pada ketika ini aku tidak sabar untuk menantikan tempat bekerja aku sendiri kerana terasa macam menyusahkan orang lain dan menyempitkan lagi ruang kerja sahabat aku ini.

Tuesday, November 1, 2011

Serang Menyerang.

Salam, dah beberapa hari aku sibuk dengan family aku, Dalam weekend yang lalu aku telah membawa ibu aku ke Johor Bahru ke rumah makcik aku yang berada di Skudai, kerana pada hari Ahad, beliau akan ke Kota Tinggi atas urusan menghantar pengantin (bahasa pasar). Pada mulanya ingin menaiki dua buah kenderaan (kereta), tetapi makcik aku mengusulkan agar menaiki sebuah sahaja, dan aku mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sahaja kerana cuaca di sana agak terik dan tidak sanggup untuk aku memanjakan diri aku dengan panahan sinar mentari terik itu.



Sepanjang aku duduk di rumah makcik aku itu tidak ada lain yang aku lakukan hanyalah beristirehat sahaja. Juga melayan mata aku yang agak suam-suam kuku mengantuk kerana cuaca yang sedap-sedap untuk tidur. Tiba-tiba aku dekejutkan dengan satu sms dari sahabat lama aku, beliau menyatakan bahawa beliau sedang kesedihan.

Setelah aku bertanya, rupa-rupanya ada seorang rakan lama beliau telah mengutuk beliau di dalam internet. Perkaranya sedikit sahaja tetapi aku membacanya agak keras juga kutukan tersebut. Aku tidak mendengar cerita dari kedua belah pihak, so aku tidak lah berapa pasti apa sebenarnya.


Begini, jika ingin membincangkan perkara kutuk mengutuk ini, adik aku sendiri telah mengalami perkara tersebut, sehingga habis facebook belia dikutuk oleh beberapa umat yang tidak ada maruah diri. i"m sorry to say, mengapa aku berkata demikian? pada pendapat aku, adalah lebih baik jika kita bersemuka dan cuba meleraikan benang yang kusut itu. singkap dan buka secara perlahan, baik dan teratur agar benang tidak putus. Tetapi sekarang ini kebanyakan orang mengambil jalan dengan membalasnya dengan mengadakan post-post di facebook, twitter dan macam-macam lagilah, asalkan berasa puas di dalam hati.


Tidak elok begitu, bukan satu penyelesaian yang baik, makin memburukkan keadaan jadinya. Entah lah, aku kasihan juga dengan sahabat aku itu, tidak dapat aku membantu kerana aku tidak tahu apa cerita sebenar, aku dapat tahu perkara ini telah lama berlarutan tiada penyelesaian, dan ada orang yang menjadi batu api sebenarnya.

Buat sahabat aku itu, seperti yang telah kau maklumkan kepada aku bahawa sahabat lama engkau itu sebenarnya salah faham, dan perkara itu bukanlah ditujukan kepada beliau. Hanya aku mampu bagi cadangan kau diam sahaja, biarlah dia dengan dunia dia. Lebih baik kau tumpukan kepada kerja kau yang dia kata tak berapa nak voke itu janji duit yang kau itu halal dan diberkati.



Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, janganlah dijadikan perkara itu untuk kita menjatuhkan air muka orang lain, fikir dahulu sebelum bertindak, siasat dan bukannya terus melulu.

Thursday, October 20, 2011

Lunch At Tanjung Pelepas.


Dalam dua minggu lepas yang lau, makcik aku yang tinggal di Taman Impian Emas, Skudai telah mengadakan satu majlis open house, Aku hanya datang untuk makan sahaja dan hanya memberi sedikit sahaja bantuan. Majlis bermula jam 8 malam dan berakhir hampir jam 12 pagi. 



Dalam keesokan harinya, Kami telah bersiar-siar di Danga City dang dahulunya dikenali sebagai Best World Johor Bahru. Niat kami menjejakan kaki disitu adalah semata-mata ingin melihat Pc Fair yang diadakan, sedikit hampa kerana tidak banyak gerai yang ada.


Jam menunjukkan hampir waktu untuk makan tengahari, Pakcik aku mengambil keputusan untuk makan di Gelang Patah sahaja, perjalan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari Bandaraya Johor Bahru. Dengan tiga buah kereta kami menuju ke destinasi.



Apa yang menari di situ? Makanan yang dihidangkan, sekadar biasa sahaja bagi aku, tetapi boleh dikatakan lazat dan enak juga. Dan yang lebih menarik adalah pemandangan di sana. Ketika menikmati makanan yang dihidangkan sambil menyaksikan penorama di sana, Mendengar deruan ombak dan dihembus dengan angin bayu, memang mengasyikan.


Kenyang sudah perut, masung-masin pulang ke tempat masing-masing, aku seperti biasa pulang ke Muar kerana bekerja pada keesokan harinya.



Sihir.

Salam, telah beberapa hari tidak update blog aku ini, sedikit kesibukan dengan kerja di pejabat. Macam-macam yang ingin aku kongsikan tetapi aku ada membaca sebuah blog yang memaparkan bagaimana meningkatkan pelawat dalam blog sendiri.

Panjang lebar pula, Begini cerita yang ingin aku kongsikan, semalam ada seorang hamba Allah ini datang berjumpa dengan aku dan menyuarakan masalah yang beliau alami kepada aku. Hamba Allah ini juga merupakan kenalan rapat aku, aku gelarkan sebagai (X). Apa yang dialami oleh beliau adalah, pengkhianatan oleh rakan beliau sendiri (Y).



Begini ceritanya, Sebelum ini beliau mempunyai seorang rakan, yang boleh dikatakan rapat sangat dengan beliau ini, hampir tiga tahun lah mereka ini rapat. Banyak perkara juga yang mereka lakukan bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini hubungan mereka agak renggang, aku pernah bertanyakan kepadanya mengapa begitu? Dia sendiri tidak pasti mengapa rakannya itu cuba menjauhkan diri.


Dalam beberapa ketika, rakan aku ini mengenali seorang rakannya yang berasal dari kampung yang sama dan kebetulan rakan lamanya itu berkerja dan tinggal di daerah yang sama pada tika ini (Z), hubungan lama itu rapat semula. Oleh kerana hubungan dengan beliau dengan (Y) yang semakin renggang itu dan tidak mempunyai ramai kenalan kerana berasal dari daerah dan negeri yang lain, lebih senang digelar sebagai perantauan.



Baru-baru ini (X) datang berjumpa dan bersembang dengan aku, beliau menyuarakan rasa tidak puas hati dan rasa terkejut beliau pada aku. Dan apabla dia khabarkan kepada aku, aku juga terkejut kecil juga. Masakan tidak, apa yang dikhabarkan adalah sahabat dia (Y) cuma menggunakan bomoh untuk menundukkan beliau dan membuatkan agar rakan aku ini (X) mengikut segala telunjuknya.

Kes berat juga hingga menggunakan khidmat bomoh. Mengapa begitu sikap manusia? Apa yang dicemburinya? Aku nasihatkan kepada rakan aku itu agar ambil sebagai ikhtibar dan sebagai langkah berjaga-jaga sahaja, kerana kita tidak mengetahui kesahihan cerita itu benar atau tidak, mungkin (Y) tidak melakukan perkara itu. Dan sesungguhnya perkara ini boleh menimbulkan fitnah dan boleh membawa kepada kerosakan dalam perhubungan sesama manusia.

Aku menyuruh beliau mencari ayat-ayat melindungi diri daripada sihir dan amalkan perkara itu. Pada aku, yang aku mampu, hanyalah berdoa agar beliau selamat daripada segala ancaman jahat.

Thursday, October 13, 2011

Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.




Wednesday, October 12, 2011

Sejarah Johor



Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya.   


Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimunan, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

Semasa di Bentan, Sultan Mahmud Shah telah mengumpulkan semua bala tenteranya untuk mengusai semula untuk menyerang dan menakluki Melaka dan menyekat laluan perdagangan ke Melaka yang pada ketika itu telah ditawan oleh Pihak Portugis. Setelah beberapa kali cuba menewaskan angkatan tentera Sultan Mahmud Shah, akhirnya Portugis telah menghantar sebuah kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas pada tahun 1526 bagi memusnahkan Bentan, manakala Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera dan belianu mangkat di situ.

Sultan Mahmud Shah telah meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah. Yang mana Tengku Muzaffar Shah menjadi sultan Perak manakala Tengku Alauddin Riayat Shah menjadi sultan pertama di Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah meneruskan sistem pentadbiran terdahulu sama seperti yang diamalkan di Melaka. Iaitu kuasa pemerintahan tertinggi adalah sultan. Dan sultan dibantu pula oleh Majlis Orang kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli Majlis orang Kaya ini juga dikenali sebagai Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.


Pada kurun ke-18, Bendahara tinggal di Pahang manakala Temenggong Johor pula tinggal di Teluk Belanga, Singapura dan setaip mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh dengan itu, Pusat Empayar Johor dipecahkan dan menjadikan Empayar Johor terdiri daripada 4 wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu.

Wilayah Muar                                        - Raja Temenggung Muar,
Pahang                                                  - Bendahara johor,
Riau                                                       -  Yang Dipertuan Muda,
Tanah Besar Johor dan Singapura    - Temenggong Johor.


Manakala Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh Empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga, Semua orang kaya kecuali Raja Temenggong Muar melaporkan terus ke Sultan. Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja, tetapi Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat membayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selamanya.

Pengaruh kesultanan Johor meliputi semenanjung Selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Phang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga,

Pusat pentadbiran pula telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian pusat pemerintahan beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor Moden di Tanjung Puter yang sekarang ini dikenali sebagai Johor Bahru.



Tuesday, October 11, 2011

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. 

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah 

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti. 

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah. 


Tekanan Darah.

Salam, kelmarin aku pergi berjalan bersama keluarga aku ke Johor Bahru, kami singgah ke Danga City. Di situ terdapat satu mesin yang boleh memeriksa tekanan darah. Dan kami mencuba mesin tersebut. Tiba giliran aku dan hasilnya tekanan darah aku rendah, aku sedapkan hati bahawa mesin itu membuat kesilapan "hahaha".

Malam tadi, setibanya di rumah selepas pulang dari office,  aku mengajukan pertanyaan kepada ibu aku bertanyakan pendapat tentang tekanan darah itu, terasa risau juga. Ibu aku menasihatkan agar aku pergi bertemu dengan doktor untuk mengesahkannya.

Oleh itu, bertolak kami berdua ke klinik yang biasa aku pergi untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaaan dilakukan, dan sah memang aku mempunyai tekanan darah rendah. Doktor memberikan ubat dan aku pun pulang.

Macam mana aku boleh dapat tekanan darah rendah ini, sedangkan kesihatan aku nampak seperti baik sahaja.

Tuesday, October 4, 2011

Jalur Gemilang.



Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan :
  1. Johor,
  2. Kedah,
  3. Kelantan,
  4. Melaka, 
  5. Negeri Sembilan,
  6. Pahang, 
  7. Pulau Pinang,
  8. Perak,
  9. Perlis,
  10. Sabah, 
  11. Serawak,
  12. Selangor, 
  13. Terengganu dan,
  14. Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam yang merupakan agama rasmi bagi Malaysia

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sejarah rekabentuk Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.


Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI. Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.





Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini dikenali sebagai Masjid Besi merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Kerja pembinaan bermula pada April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.


Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabeu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliotheque Nationale De France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.


Perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan Kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Israa' ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di masjid ini:
  • Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
  • Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
  • 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
  • Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
  • Dapur
  • Bilik orang kenamaan
  • Bilik penyelenggaraan
  • Bilik jenazah
  • Pejabat
  • Bilik kawalan audio visual
  • Ruang letak kereta bawah tanah






Beberapa minggu lepas aku telah membawa keluarga aku untuk menunaikan solat Zohor di masjid ini, dan telah beberapa lama aku sering dan duduk di Putrajaya tidak pernah ada kesempatan untuk aku singgah ke masjid ini, mungkin dengan jadual dan aktiviti yang padat, membuatkan aku tidak dapat melakukannya. aku selitkan beberapa keping gambar semasa aku pergi ke Masjid Besi ini.

Monday, October 3, 2011

Majlis Open House.


Pada hari Jumaat yang lepas, Pejabat Tanah Segamat telah mengadakan satu majlis yang agak compact juga, yang mana terdapat beberapa majlis di dalam satu majlis yang diadakan. Agak meriah juga lah, tetapi majlis itu boleh dikatakan majlis yang tertutup juga kerana hanya kakitangan dan keluarga kakitangan sahaja.



Aturcara bermula dengan bacaan marhaban beramai-ramai yang diketuai oleh En Hanafi dan rakan-rakannya. Bergema juga suara bacaan marhaban di dalam Dewan Serbaguna Segamat. Seterusnya En Sahlan pula memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis pada malam itu. Tuan Haji Muzaldin pula dialu-alukan memberikan ucapan beliau.


Antara majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu adalah, 
  1. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Tanah Segamat,
  2. Majlis Kesyukuran Sempena Penglibatan Warga Kerja Pada Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Segamat,
  3. Majlis Meraikan Bakal Haji,
  4. Majlis Meraikan Anggota Yang Telah Bersara,
  5. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.






Selesai Pentadbir Tanah memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan acara makan hidangan yang disediakan. Terima kasih kepada pihak yang berusaha menyediakan makan malam pada hari itu, kerana makanan yang disediakan tidak kurang hebat, memang sedap. dalam menikmati makan malam itu, kami dihibirkan dengan persembahan nyanyian dari anggota jabatan.

Selesai acara menikmati hidangan acara diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderamata oleh Tuan PTD kita, Di dalam majlis yang diadakan pada kali ini, kami anggota Pejabat Tanah Segamat dikehendaki menyediakan hadiah, seorang satu. Ini bagi tujuan majlis pertukaran hadiah antara anggota pejabat. Hadiah-hadiah tersebut telah dikumpulkan sehari sebelum majlis berlangsung, dan pada hari tersebut hadiah itu diberi dengan mengadakan cabutan undi yang menggunakan bola ping pong, mengikut nombor yang ada pada bola ping pong dan dipadankan dengan nombor yang terdapat pada hadiah itu.


Bagi kanak-kanak (anak-anak anggota pejabat) pula, pasti seronok apabila Tuan PTD sudi memberikan duit raya di dalam majlis itu. Tersenyum lebar dan tidak bersabar-sabar kelihatan, keceriaan terpancar diwajah masing-masing.

Di dalam majlis ini juga terdapat hadiah bagi keluarga ceria, keluarga yang bertuah adalah keluarga En Ishak. Tahniah dari saya. Dan kenangan manis bagi aku pada malam itu kerana aku memenangi hadiah Grand Prize pada malam itu, tidak menyangka, kerana mungkin tuah aku menjadi juruacara pada malam itu agaknya.


Tahniah pada pihak pengurusan yang menjayakan majlis pada malam itu, dan agak meriah juga. Kelihatan kemesraan antara anggota pejabat. Mungkin pada tahun depan boleh diadakan lagi majlis seperti ini.





Thursday, September 29, 2011

Anuar Zain 2011



Dengan menggunakan nama beliau sendiri sebagai judul album kali ini (Anuar Zain). Album beliau telah dilancarkan pada 20 September lepas. Terdapat 8 buah lagi yang disisipkan di dalam album ini :

Ku Berjanji Kerna Cinta,
Nadi Terhenti,
Ajari Aku,
Pernahkan,
Simpati Cintamu,
Sempurnakan Aku,
Terindah dan
Cinta Harus Memiliki.

Actually,  aku dah dengar kelapan-lapan buah lagu ini, bagi aku lagu dia best. Tetapi yang tidak berminat contohnya seorang kawan aku di office ni, selera masing-masing, Beli beb Jangan tak beli. pastikan original.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...