Khamis, 20 Oktober 2011

Sihir.

Salam, telah beberapa hari tidak update blog aku ini, sedikit kesibukan dengan kerja di pejabat. Macam-macam yang ingin aku kongsikan tetapi aku ada membaca sebuah blog yang memaparkan bagaimana meningkatkan pelawat dalam blog sendiri.

Panjang lebar pula, Begini cerita yang ingin aku kongsikan, semalam ada seorang hamba Allah ini datang berjumpa dengan aku dan menyuarakan masalah yang beliau alami kepada aku. Hamba Allah ini juga merupakan kenalan rapat aku, aku gelarkan sebagai (X). Apa yang dialami oleh beliau adalah, pengkhianatan oleh rakan beliau sendiri (Y).



Begini ceritanya, Sebelum ini beliau mempunyai seorang rakan, yang boleh dikatakan rapat sangat dengan beliau ini, hampir tiga tahun lah mereka ini rapat. Banyak perkara juga yang mereka lakukan bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini hubungan mereka agak renggang, aku pernah bertanyakan kepadanya mengapa begitu? Dia sendiri tidak pasti mengapa rakannya itu cuba menjauhkan diri.


Dalam beberapa ketika, rakan aku ini mengenali seorang rakannya yang berasal dari kampung yang sama dan kebetulan rakan lamanya itu berkerja dan tinggal di daerah yang sama pada tika ini (Z), hubungan lama itu rapat semula. Oleh kerana hubungan dengan beliau dengan (Y) yang semakin renggang itu dan tidak mempunyai ramai kenalan kerana berasal dari daerah dan negeri yang lain, lebih senang digelar sebagai perantauan.



Baru-baru ini (X) datang berjumpa dan bersembang dengan aku, beliau menyuarakan rasa tidak puas hati dan rasa terkejut beliau pada aku. Dan apabla dia khabarkan kepada aku, aku juga terkejut kecil juga. Masakan tidak, apa yang dikhabarkan adalah sahabat dia (Y) cuma menggunakan bomoh untuk menundukkan beliau dan membuatkan agar rakan aku ini (X) mengikut segala telunjuknya.

Kes berat juga hingga menggunakan khidmat bomoh. Mengapa begitu sikap manusia? Apa yang dicemburinya? Aku nasihatkan kepada rakan aku itu agar ambil sebagai ikhtibar dan sebagai langkah berjaga-jaga sahaja, kerana kita tidak mengetahui kesahihan cerita itu benar atau tidak, mungkin (Y) tidak melakukan perkara itu. Dan sesungguhnya perkara ini boleh menimbulkan fitnah dan boleh membawa kepada kerosakan dalam perhubungan sesama manusia.

Aku menyuruh beliau mencari ayat-ayat melindungi diri daripada sihir dan amalkan perkara itu. Pada aku, yang aku mampu, hanyalah berdoa agar beliau selamat daripada segala ancaman jahat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...