Friday, January 27, 2012

Jodoh.

Berkahwin, ikatan kasih antara dua insan "between men and women" melalui ijab dan kabul merupakan satu perkara yang dituntut di dalam agama, dan merupakan pelengkap dalam kehidupan ini. Juga dituntut agar mempunyai waris, insyaallah waris yang baik agar dapat meneruskan perjuangan, juga dapat membangunkan negara.


Umur aku telah pun mencecah 30 tahun pada tahun lepas dan bakal mencecah 31 pada tahun ini, hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Keinginin untuk mempunyai seorang isteri juga terpanggil dalam diri aku, bila memikirkan keperluan pula terasa takut untuk mengalami zaman atau alam perkahwinan. pertama sekali memikirkan hal kewangan aku, "huh....".

Melihat sahaja mereka yang melangsungkan perkahwinan, terdetik juga  rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka. Ada beberapa perkara yang melambatkan aku untuk mengalaminya, dan ada yang tidak perlu aku ketengahkan di sini mungkin.

Tergelak sendirian aku kerana, bagaimana aku memperoleh seorang isteri sedangkan aku ini kurang berkeyakinan dalam mengurat seorang wanita, sifat malu mungkin. Apabila aku bercerita tentang dengan sahabat-sahabat aku, mereka mengatakan bahawa aku ini terlalu merendah diri. Meungkin, di dalam hati aku ini berkata bahawa mungkinkah aku memiliki dia 'seorang wanita yang aku minati' sedangkan aku ini tidak memiliki apa-apa.


dalam mengejar impian ini aku sedari bahawa ada ketika, apabila aku meminati seseorang itu tetapi dia tidak memberikan respond  terhadapa aku. Dan apabila seseorang itu meminati aku, aku pula tidak mempunyai rasa keinginan untuk bersama dengan dia. Bercinta selepas perkahwinan? mungkin indah. Tapi boleh atau tidak dalam menerbitkan rasa keserasian?


Entah lah, terserah pada Tuhan, insyaallah kalau ada rezki berkahwin juga aku, tetapi usaha tetap akan aku lakukan dalam mencapai cita-cita aku yang satu ini. 

"hahahaha"............

Wednesday, January 25, 2012

Happy CNY

Mungkin belum terlewat bagi aku untuk mengucapkan Happy Chinise New Year. Ada yang telah memulakan tugas dan ada juga yang masih lagi bercuti membawa keluarga bersiar-siar mengambil kesempatan ini untuk bersama keluarga tercinta,

Bagi aku pula, telah memulakan tugas aku sebagai Juruteknik Komputer di jabatan aku ini. Terasa sedikit sunyi pejabat ini dengan keadaan kakitangan yang masih lagi bercuti dan terasa sedikit lengang. Tetapi dalam kesibukan orang bercuti bersama keluarga, tidak putus-putus juga dengan orang-orang yang mengambil peluang membayar cukai yang perlu dibayar. Begitu ramai orang awam yang mengambil kesempatan membayar cukai sementara bercuti ini, kebetulan pula ada rebet kepada sesiapa yang membayar cukai pada bulan ini (cukai tanah sahaja).

Mood kerja aku pada hari ini juga amat berkurangan akibat daripada suasana pejabat yang agak suram, lagi kan pula, andai aku mengambil cuti, ke mana pula ingin aku bercuti dan bersama siapa pula? Orang-orang tersayang pula sibuk dengan aktiviti masing-masing, ada yang telah bekerja dan ada juga yang tiada cuti, oleh itu duduk sahaja aku di pejabat ini.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada rakan-rakan juga kepada yang membaca blog aku yang tidak seberapa ini agar berhati-hati semasa memandu kerana bukan sahaja keluarga tercinta sahaja yang mendapat sedih tetapi negara juga mengalami kerugian kerana kehilangan anda sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya diperlukan perkhidmatannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...