Wednesday, October 12, 2011

Sejarah Johor



Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya.   


Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimunan, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

Semasa di Bentan, Sultan Mahmud Shah telah mengumpulkan semua bala tenteranya untuk mengusai semula untuk menyerang dan menakluki Melaka dan menyekat laluan perdagangan ke Melaka yang pada ketika itu telah ditawan oleh Pihak Portugis. Setelah beberapa kali cuba menewaskan angkatan tentera Sultan Mahmud Shah, akhirnya Portugis telah menghantar sebuah kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas pada tahun 1526 bagi memusnahkan Bentan, manakala Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera dan belianu mangkat di situ.

Sultan Mahmud Shah telah meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah. Yang mana Tengku Muzaffar Shah menjadi sultan Perak manakala Tengku Alauddin Riayat Shah menjadi sultan pertama di Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah meneruskan sistem pentadbiran terdahulu sama seperti yang diamalkan di Melaka. Iaitu kuasa pemerintahan tertinggi adalah sultan. Dan sultan dibantu pula oleh Majlis Orang kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli Majlis orang Kaya ini juga dikenali sebagai Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.


Pada kurun ke-18, Bendahara tinggal di Pahang manakala Temenggong Johor pula tinggal di Teluk Belanga, Singapura dan setaip mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh dengan itu, Pusat Empayar Johor dipecahkan dan menjadikan Empayar Johor terdiri daripada 4 wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu.

Wilayah Muar                                        - Raja Temenggung Muar,
Pahang                                                  - Bendahara johor,
Riau                                                       -  Yang Dipertuan Muda,
Tanah Besar Johor dan Singapura    - Temenggong Johor.


Manakala Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh Empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga, Semua orang kaya kecuali Raja Temenggong Muar melaporkan terus ke Sultan. Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja, tetapi Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat membayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selamanya.

Pengaruh kesultanan Johor meliputi semenanjung Selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Phang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga,

Pusat pentadbiran pula telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian pusat pemerintahan beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor Moden di Tanjung Puter yang sekarang ini dikenali sebagai Johor Bahru.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...