Ahad, 25 September 2016

Hari-Hari Yang Sibuk.

Asslammualaikum dan salam sejahtera.
Salam muafakat Johor.


Dalam beberapa bulan ini, kehidupan aku agak sibuk sedikit dalam menguruskan kehidupan aku. Manakan tidak, aku terlibat dengan minat dan perniagaan kawan aku, perniagaan kek. 


Pada awalnya aku terlibat secara tidak langsung, kerana aku sekadar membantunya sahaja dalam menyiapkan tempahan-tempahan. Banyak perkara yang aku belajar dalam mengendali dan membuat juga men'deco' kek ini.

Dalam masa yang sama, dia sebenarnya mengajak aku berusaha menambah kewangan aku, maksud, menambah pendapatan sampingan. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana memberi dorongan kepada aku selama beberapa bulan ini bagi menambah baik kedudukan kewangan aku.


Buat masa ini, aku tidak lagi berani menerima tempahan-tempahan kerana tidak berapa yakin dengan hasil tangan aku sendiri. Aku juga berasa tidak puas hati dengan hasil yang aku berikan. Ada beberapa buku kek yang aku hasilkan, tetapi kebanyakanya aku hanya membantu sahaja.

Terlalu sibuk dengan dunia kek, aku hampir terlupa ingin menambah post di laman kesayangan aku ini.
 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...