Rabu, 31 Mac 2010

GeNTinG

hari isnin yang lepas aku serta adik juga mak aku dan disertai sahabat aku telah pergi ke Genting Highland untuk berjalan juga berseronok di atas sana, yang penting mahu melupakan masalah di tempat kerja yang entah apa-apa entah.



kami bertolak dari puchong jam 730a.m, pada mulanya ingin bertolak awal kerana risaukan jam di kl nanti, tetapi adik aku bangun lewat dan terpaksa menunggu dia siap dahulu. dan seperti yang dijangka kami akan menempuh kesesakan lalu lintas, dan terpaksa melayan kesesakan tersebut. dan alhamdulillah kami tiba di cabel car dalam pukul 845a.m, dan kami menaiki cable car untuk sampai ke atas.


jam 930a.m, kami tiba di atas, pertama sekali yang kami cari adalah tempat untuk bersarapan. terasa lapar juga perut. selesai sarapan kami terus pergi ke kaunter untuk mebeli tiket. dan seterusnya macam-macam lah permainan yang kami cuba di sana. sebenarnya ini kali kedua aku pergi, hanya untuk berjalan membawa ibu aku sahaja.


dari jam 10 pagi hingga jam 4 ptg kami di atas dan sememangnya kami terasa sangat letih hingga aku terlupa call member aku 'owner me myself and mine, dan membuatkan dia terus merajuk dengan aku, i'm so sorry dear.


2 ulasan:

Indah Cuma Seketika.... berkata...

bestnya berlibur di tempat yang agak dingin...apalagi dengan orang yang tersayang...

Faizal Husin berkata...

hahaha.....begitu lah gaya nya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...