Rabu, 9 Disember 2009

SeNGaL


petang tadi selepas balik kerja, mak aku call suruh ambil dia di depan jackel segamat, so aku pergilah, dan makan di satu kedai makan di situ.

bukan nak cerita pasal kedai makan tu, memang sedap pun lauk-lauk yang ada di kedai tu, yang aku nak ceritakan adalah tentang giant di segamat tu (sorry), aku bengang betul, aku masuk pakai lah jacket, lepas tu ada sorang guard tu datang dan cakap tak boleh pakai bila masuk, pelik, selalu aku pergi di mana-mana pun tak ada yang macam tu. tah lah,

kalau sebelum aku masuk dia dah cakap tak apa, ni dah masuk dan pusing-pusing kat dalam tu baru nak bagi tau, walhal mamat bangang tu duduk kat pintu masuk giant tu lagi, sekadar pandang dan bukan nak bagi tau yang tak boleh nak pakai jacket tu...sengal....

hilang mood aku nak bershopping hari ini...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...