Sunday, December 14, 2014

Yang Jelik.

Aku teringatkan tentang seorang sahabat aku ini. Kisah beliau adalah, ada lah satu hamba Allah ini. Dari segi perwatakan yang aku lihat, dia ini memang seorang yang suka bergurau, dan percakapan dia di antara kawan-kawannya agak kasar. Bagi aku memang cara masing-masing. Kerana aku juga begitu dengan kawan-kawan yang agak biasa dengan aku dan sebagainya. Kerana masing-masing dah tahu hati budi masing-masing, oleh itu tiada masalah kalau bergurau yang agak kasar.

Mahu dijadikan cerita, pada awalnya Hamba Allah ini (aku letakkan pengganti sebagai K) ini berbual-bual dan bersenda mengenakan seorang lagi sahabat (aku gantikan sebagai H) di dalam pejabat. Kata-kata K mengenakan H agak kasar juga, manakala H berfikiran bahawa K memang seorang yang suka bergurau.

Setelah K mengenakan H, dan ada juga gelak ketawa dari kawan-kawan yang campur berbual di kalangan mereka. Si H pula mengenakan K, dengan niat bergurau seperti mana K mengata dan mengutuk Si H. Tiba-tiba sahaja K melenting dan tidak boleh menerima gurauan daripada H. Yang lain juga berasa amat terkejut dengan tindakan K, kerana pada fikiran mereka K ada seorang yang boleh menerima gurauan kasar dari melihatkan kata-kata yang K keluarkan.

Apa yang menjadi masalah adalah Si K, telah melakukan sesuatu di luar jangkauan, di mana K telah melakukan sesuatu terhadap kenderaan H. Akibat daripada tidak puas hati.

Hakikatnya, Jika kita tidak boleh menerima gurauan daripada orang lain. Maka jagalah kata-kata yang keluar dari mulut sendiri. dan jangan bergurau dengan orang kalau diri sendiri tidak boleh tahan dengan gurauan orang lain.

Sejak dari hari itu, aku mengambil ikhtibar dari cerita sahabat aku itu dengan diri K, supaya aku tidak tersalah cakap dengan beliau. Dan yang pasti, aku perhatikan bahawa ramai dikalangan kawan-kawan aku yang mengelak daripada berjumpa juga berselisih dengan K ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...