Thursday, April 22, 2010

Terkilan

aku terkilan dengan sikap beberapa blogger di sini. entah lah apa silap kami aku pun tak tahu. dan pada dia, aku akui bahawa aku dan orang yang dia cakap itu bukan lah manusia yang mempunyai hanya kelebihan, sesungguhnya kami sedar bahawa kami hanya manusia biasa yang ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan. kami bukan lah jenis orang yang suka membangga-bangga diri.

kami hanya orang kampung sahaja yang hanya kekurangan sahaja yang ada, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat. dan kami hanya bersyukur dengan Nya, dengan apa yang telah dianugrahkan. walaupun seseorang tu buruk atau indah. semua makhluk tuhan, semua yang diciptakan adalah indah dan juga adalah yang terbaik.

hanya kita sebagai manusia yang menguruskan anugerahNYA. sama ada pada jalan yang baik atau buruk. dan aku juga ingin menyatakan di sini bahawa aku juga bukan manusia yang baik atau nak cakap aku ni seorang yang betul-betul beriman.



jangan hanya memandang dan melihat kita boleh tentukan bagaimanakah sikap, sifat, perangai dan apa jua lah tentang seseorang. kita hidup bukan seorang, cuba jaga sensitiviti dan hati orang lain. bukan hanya menghukum dan bertindak mengikut diri sendiri, kadang-kadang mata juga melakukan kesilapan, oleh itu ada caranya sebelum menghukum seseorang, siasat, selidik dahulu sebelum bertindak. entah lah aku pun tidak faham.

terserah lah pada mereka jika mereka berasa tindakan yang mereka lakukan adalah benar atau tidak. sesungguhnya tuhan anugerahkan kita dengan akal fikiran, jadi berfikirlah. sesungguhnya dengan mengaibkan orang lain tidak dibalas. sesungguh nya Dia maha mengetahui dan Dia lebih berkuasa. dan segalanya akan dibalas jua. terserah pada kita yang menentukan.

dan aku ulangi di sini. aku bukan lah hamba Nya yang penuh iman di dada, tetapi aku menjaga sensitiviti orang lain. fikir lah dengan baik, siasat lah dulu sebelum menghukum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...