Assalammualaikum dan salam muafakat Johor.
25 Julai 2016, di Dewan Serbaguna Segamat, berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri pejabat aku yang bermula pada jam 7.45 malam dengan ketibaan staff pejabat. Seperti kebiasaan, pejabat aku akan mengadakan jamuan hari raya apabila hampir hujung-hujung Syawal.
Dan seperti kebiasaan aku akan melakukan kerja-kerja awal, pada tahun ini tugas yang diberikan kepada aku hanya membuat buku program bagi majlis tersebut. Melakukan kerja tersebut tidak mengambil masa yang lama, tetapi bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak atasan yang menjadikan kerja tersebut mengambil masa yang lama. Konsep buku program aku pada tahun ini, konsep kusam. Saja aku membuat konsep sedemikian kerana terdapat majlis perpisahan big boss kali ini.
Perjalanan majlis diteruskan lagi dengan ketibaan Mantan Pejabat, Big Boss yang telah berpindah, memandangkan jawatan tersebut masih lagi kosong dan hanya di tanggung oleh penolong pentadbir sahaja.
Tidak mahu bercakap banyak kerana tiada yang menarik ingin dikongsikan di dalam majlis ini. Aku sekadar kongsikan beberapa keping gambar semasa di dalam majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan