Asslammualaikum w.b.t.
Telah tujuh hari kita lalui syawal bagi tahun 2016. Belum terlewat lagi rasanya bagi aku mengucapkan Salam Syawal buat pengikut-pengikut blog aku ini.
Bagi tahun ini, tidak ada yang terlalu meriah bagi aku untuk menyambut lebaran. Sekadar tahun ini, aku tidak lagi single apabila menyambut syawal.
Pertemuan denga saudara-saudara terdekat juga kurang pada tahun ini walaupun kakitangan kerajaan menerima cuti yang agak panjang. Dengan adanya juga cuti peristiwa yang telah diberikan pada hari Jumaat.
Mungkin aku mempunyai beberapa masalah personal, menjadikan aku tidak punya rasa ingin beraya pada tahun ini. Dan kebanyakan masa pula aku hanya habiskan masa dengan melayani sahabat-sahabat aku di facebook dan juga Instagram.
Syawal pada tahun ini juga adik-beradik aku tidak semua pulang ke rumah ibu, tetapi mereka pulang ke rumah mertua masing-masing. Hanya adik bungsu sahaja yang beraya bersama kerana ibu mertua beliau berada di Serawak. Ticket untuk pulang ke sana agak mahal, lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
Sedikit aku kongsikan aktiviti aku pada syawal kali ini,
1 syawal : Aku sekadar di rumah, dan menantikan beberapa orang rakan aku yang ingin datang bertandang ke rumah, jika pada tahun-tahun sebelum ini, Hari raya pertama, kebiasaannya aku akan membawa ibu aku bertandang ke rumah keluarga dan saudara-saudara beliau. Dan masa tiba di rumah lewat malam.
2 syawal : membawa ibu aku ke Serkam, Melaka. Bertandang ke rumah ibu saudara aku dan ke Muar, rumah pakcik aku sebalah arwah ayah.
3 syawal : sekadar lepak dengan orang tersayang sahaja.
Itu sahaja aktiviti katika bulan syawal pada tahun ini. Tidak ada yang menarik, aku juga tidak pasti mengapa tahun ini, syawal agak hambar bagi aku.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan