Khamis, 17 Jun 2010

Misti Johor


pada 22 june 2010 ni, aku akan ke johor bahru untuk menghadiri seminar sempena Jelajah Misti Dan Komuniti Broadband Johor 2010. pada hari tersebut terdapat tiga seminar,
  1. Seminar Upin Dan Ipin,
  2. Seminar Penetration Test,
  3. Seminar Ancaman Alam Siber.
dan aku akan hadiri seminar yang kedua: seminar penetration test, aku tidak berapa pasti apa yang dimaksudkan dengan Penetration itu, dan pada hari tersebut aku akan didedahkan dengan perkara tersebut dan ilmunya boleh digunakan dalam kerja harian aku insyaallah, maklumlah aku bekerja dengan komputer dan dihunbungkan pula dengan internet, dan bermacam masalah juga gejala yang dihadapi.

dari office aku ada 7 orang yang dihantar untuk hadiri seminar tersebut, dan telah dibahagikan kepada 3 jenis seminar di atas, tetapi hanya aku sahaja yang dilatakkan di seminar yang kedua, tidak ada kawan, tapi demi ilmu tidak perlu rasanya untuk fikir yang sedemikia rupa.




Isnin, 14 Jun 2010

Kecantikan Lelaki

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Ahad, 13 Jun 2010

Induksi Umum



Salam semua, sudah masuk minggu ke tiga aku tidak update blog ini. mungkin lebih aku kurang periksa. sebenarnya, aku telah menghadirkan diri ke kursus induksi umum di PLPP Johor Bahru,

Kursus tersebut berlangsung selama 2 minggu, dan cara kursus adalah perkampungan, selama dua minggu kami hanya di dalam kawasan kursus dan tidak dibenarkan keluar. Siang dan malan juga ada kelas yang perlu dihadiri.

Kursus ini wajib dihadiri oleh penjawat awam untuk melayakkan diri masing-masing confirm atau di sahkan dalam jawatan. dan aku salah seorang yang belum disahkan dalam jawatan, dan perlu lulus dalam kursus ini. harap aku lulus.




apa yang menarik adalah, aku dapat mengenal beberapa orang kawan baru yang bekerja di dalam pelbagai jawatan dan jabatan, realy happening kerana mereka ini nice person, tetapi di dalam satu tandan pisang pasti ada yang buruk, begitu juga di dalam siri ini. tapi aku tak tahu lah sesiapa. sebab aku bukan seorang yang perfect pun di dalam kursus tersebut.

yang pasti banyak kenangan yang aku lalui semasa di kursus tersebut. so thanks pada peserta kursus induksi yang tak tersengaja buka blog aku ini dan membaca nya. terima kasih atas bantuan yang diberikan sepanjang aku sertai kursus ini.

Rabu, 2 Jun 2010

Sperma




Setiap pasangan yang berkahwin secara normalnya memerlukan kehadiran anak bukan sahaja sebagai penyeri rumahtangga malahan juga sebagai penyambung zuriat dan keturunan serta mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri. Bagi setengah pasangan, baru sebulan kahwin dah terus mengandung, orang tua cakap kes bunting pelamin, “subur bebenor”, manakala sesetengah pasangan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat zuriat. Dah bermacam cara dan kaedah dilakukan namun masih belum dapat rezeki. Semua tu bergantung kepada rezeki daripada Allah S.W.T.


Selain daripada faktor ketentuan Illahi, bagi kaum lelaki, ada juga faktor lain yang menyumbang kepada ketidaksuburan benih atau sperma. Gaya hidup dan aktiviti masa kini secara tidak lansung memberi kesan kepada sperma kaum lelaki tanpa disedari.


Pastinya semua orang sudah mengetahui dalam proses reproduksi manusia, untuk recall balik, apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma. Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian. Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah bersedia menunggu, hanya satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai fertilisasi (persenyawaan). sumber : KPWKM.


Sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berenang di sebabkan beberapa faktor. Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah:


Kepanasan melampau (Overheating )

Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.



Tab Mandian Air Panas (Hot Tubs)
Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

Demam

Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.


Laptop

Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35?C . Ianya akan memudaratkan sperma jika anda cuba untuk hamilkan isteri anda, tinggalkan laptop di atas meja.



Seluar dalam

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.


Pembesaran pembuluh darah

Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.



Telefon Selular (Cell Phones)

Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktivitialt kelamin lelaki.



Obesiti

Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.



Gaya Hidup Tidak Sihat

Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual dan telah terbukti mengurangkan jumlah, fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.


Lain-lain masalah sperma

Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...