Selasa, 21 Jun 2011

Abang.

Semalam, sewaktu aku sedang menikmati makan tengahari, aku mendapat panggilan daripada sepupu aku yang telah lama putus hubungan dengan aku. mungkin kerana kehidapan masing-masing yang perlu diuruskan, pada masa dulu, dia adalah sepupu aku yang terbaik dan banyak membantu aku.





Cukup, aku ingin bercerita apa yang telah terjadi pada beliau. Sebenarnya dia bukan sepupu aku yang betul, hanya sepupu angkat kerana beliau telah diambil oleh pakcik aku dan menjadikan beliau sebagai anak angkat. Pakcik aku ini mempunyai seorang anak lelaki, anak betul pakcik aku lah, sebelum ini hubungan mereka sangat baik, termasuk isteri beliau yang mempunyai hubungan yang baik dengan sepupu angkat aku ini.

Dan perkhabaran yang aku dengar dari mulut beliau sendiri amat mengejutkan aku. Yang mana beliau telah berpindah dari rumah keluarga angkat beliau. Hanya kerana diakibatkan rasa takut abang angkatnya terhadap harta ayahnya yang akan jatuh ke tangan sepupu angkat aku ini. Kerana harta putus terus hubungan yang sebelum ini aku lihat amat erat.




Aku cuma kasihankan kepada pakcik aku dan makcik aku itu kerana telah tua, pakcik aku pun tidak berapa sihat, sebelum ini, sepupu angkat aku itu ada boleh juga dia tolong lihatkan mereka berdua, tetapi kerana harta jadi begitu, menangis orang tua itu menahan sepupu angkat aku itu supaya jangan keluar dari rumah. Kerana risau masa akan datang dan kemungkinan beliau ini akan dihalau keluar begitu sahaja, maka keluarlah beliau dari rumah.

Isnin, 20 Jun 2011

Lama Sungguh.

Salam, terasa lama sungguh aku tidak meletakkan apa-apa post di blog aku ini (update). Mungkin tiada masa memjadikan page aku ini terbengkalai begitu sahaja. Bukan itu sahaja, aku juga merasaskan bahawa aku telah ketandusan ide untuk menyerikan lagi page aku ini.

Hampir enam bulan page aku ini terbengkalai aku rasa. Dalam tempoh itu banyak perkara yang aku lakukan dan banyak juga perkara yang terjadi pada aku, sama ada baik atau buruk, juga sedih dan gembira.

Dalam awal tahun, ada perkara yang menggembirakan hati ibuku. Tahniah buat dia, kerana telah mendirikan rumahtangga dengan kenalan beliau. Tetapi bukan mudah bagi aku untuk menerima perkara itu. Tidak mengapa jika beliau ingin berkahwin lagi, tetapi orang yang beliau kahwini itu membuatkan aku seperti tidak dapat menerimanya.

Dan dalam 4 bulan akhir ini, ada perkara yang berlaku pada diri aku sendiri, yang membuatkan aku seperti di dalam dilema untuk memilih, begitu sukar bagi aku kerana keduanya amat aku cintai. Aku juga tahu keduanya merana kerana menahan rasa di hati. aduhai.


Isnin, 25 April 2011

Bersalah

Dalam tiga minggu kebelakangan ini, macam-macam yang berlaku dalam kehidupan aku, dari segi kebahagiaan dan kekecewaan, pelbagai masalah yang aku pendam dan aku terpaksa harungi. Telah lama aku tidak menulis blog tiba-tiba hadir dengan cerita yang amat tidak menyenangkan.

Pertama: Aku menghadapi masalah dalam keluarga aku yang melibatkan orang yang paling aku sayangi dalam keluarga aku. Aku tidak pasti mengapa ini yang berlaku sedangkan aku hanya melihatnya di dalam cerekarama di talivision, dan kini aku menghadapinya sendiri, aku begitu kesal, sehingga ke hari ini aku masih lagi belum dapat menerima kenyataan itu.

Kedua: Tentang kesayangan aku, Kepada yang telah lama mengikuti blog aku ini, pasti kenal dengan kesayangan aku. Satu musibah telah berlaku, yang mana menguji kesetiaan aku terhadapnya. Sungguh kasihan pada dirinya dengan apa yang telah aku lakukan terhadap dirinya yang sentiasa setia dengan diri aku. Mengapa begitu banyak syaitan di dalam kepala aku. Alhamdulillah segalanya telah pun selesai, dan aku harus tempuhi dengan apa yang telah aku putskan sekarang, sama ada aku dapat melayan semuanya dengan adil, atau aku akan tersungkur di tengah jalan.

Ya allah, hamba mu ini amat memerlukan kekuatan diri dari meghadapi segala dugaan ini

Selasa, 1 Mac 2011

Kawan (Kes 1)


Di sini aku bukan mahu mengungkit perkara yang lalu, hanya bercerita dan meluahkan apa yang otak aku rewind, Aku teringat ada beberapa kawan yang boleh aku anggap baik juga dahulu. Sehingga aku mempercayai mereka kerana kami pernah tinggal serumah. Mungkin apabila tinggal serumah susah senang ditanggung bersama. Tetapi bila tidak lagi serumah dan di negeri masing-masing. Nilai persahabatan itu boleh dibuang jauh.

Kes pertama, Kawan aku semasa aku belajar di Politeknik Kota Kuala Terengganu dahulu. Namanya biar sahaja aku simpan. Perkara ini terjadi semasa aku sambung pembelajaran aku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kawan aku ini menhubungi aku kerana mempunyai masalah kewangan. Bagi aku, dia kawan lama aku yang merupakan salah seorang yang aku percaya semasa aku belajar di Terengganu dahulu.

Oleh kerana aku mempercayai dan kasihan pada dia, aku dengan baik hatinya memberi pinjam jumlah wang yang dia perlukan. Jumlah yang agak besar juga pada ketika itu. Dia berjanji akan membayarnya semula. Aku tidak meletakkan pula tarikh pembayaran kerana bagi aku apabila dia mempunyai wang dia akan bayar. Tetapi dia sendiri yang meletakkan janji.

Hampir setahun berlalu, aku masih mendiamkan diri. Dan pada penghujung tahun tersebut, aku pula yang mengalami masalah kewangan. Tidak mempunyai wang untuk pulang kerana penggal pembelajaran telah pun tamat. Akibat dalam keadaan terdesak, aku hubungi kawan aku tersebut, kerana tempoh yang dia janjikan telah lama tamat. Aku bertanyakan tentang duit tersebut. Dia berjanji akan membayarnya dalam minggu itu.

Masa berlalu, aku check account aku still lagi belum masuk duit tersebut. Aku cuba hubunginya lagi. Dan begitu kecewa sekali aku apa apabila nombor tersebut dimatikan, dari hari ke sehari aku cuba hubungi tetapi begitu juga. Last aku hubungi nombor tersebut, tidak aktif.

Apa yang aku lakukan pada masa itu, akibat masih lagi belajar. Aku jual handphone aku untuk menanggung perjalanan aku pulang ke kampung. Boleh sahaja aku hubungi orang tua aku, tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka. Sejenak aku terfikir mengapa aku harus ada kawan yang sangat menyusahkan.

Aku tidak pernah lupakan perkara ini kerana ia menyebabkan aku lalui satu perkara yang sukar dan menyusahkan. Dan akibat membantu kawan yang pernah aku percaya. Aku serah perkara ini kepada Tuhan, biar dia membalasnya. Pada aku biarlah ia berlalu, hanya menjadi kenangan dan pedoman buat aku pada masa hadapan.

Perkara ini membuat aku kurang kepercayaan terhadap seorang kawan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...