Isnin, 25 April 2011

Bersalah

Dalam tiga minggu kebelakangan ini, macam-macam yang berlaku dalam kehidupan aku, dari segi kebahagiaan dan kekecewaan, pelbagai masalah yang aku pendam dan aku terpaksa harungi. Telah lama aku tidak menulis blog tiba-tiba hadir dengan cerita yang amat tidak menyenangkan.

Pertama: Aku menghadapi masalah dalam keluarga aku yang melibatkan orang yang paling aku sayangi dalam keluarga aku. Aku tidak pasti mengapa ini yang berlaku sedangkan aku hanya melihatnya di dalam cerekarama di talivision, dan kini aku menghadapinya sendiri, aku begitu kesal, sehingga ke hari ini aku masih lagi belum dapat menerima kenyataan itu.

Kedua: Tentang kesayangan aku, Kepada yang telah lama mengikuti blog aku ini, pasti kenal dengan kesayangan aku. Satu musibah telah berlaku, yang mana menguji kesetiaan aku terhadapnya. Sungguh kasihan pada dirinya dengan apa yang telah aku lakukan terhadap dirinya yang sentiasa setia dengan diri aku. Mengapa begitu banyak syaitan di dalam kepala aku. Alhamdulillah segalanya telah pun selesai, dan aku harus tempuhi dengan apa yang telah aku putskan sekarang, sama ada aku dapat melayan semuanya dengan adil, atau aku akan tersungkur di tengah jalan.

Ya allah, hamba mu ini amat memerlukan kekuatan diri dari meghadapi segala dugaan ini

Selasa, 1 Mac 2011

Kawan (Kes 1)


Di sini aku bukan mahu mengungkit perkara yang lalu, hanya bercerita dan meluahkan apa yang otak aku rewind, Aku teringat ada beberapa kawan yang boleh aku anggap baik juga dahulu. Sehingga aku mempercayai mereka kerana kami pernah tinggal serumah. Mungkin apabila tinggal serumah susah senang ditanggung bersama. Tetapi bila tidak lagi serumah dan di negeri masing-masing. Nilai persahabatan itu boleh dibuang jauh.

Kes pertama, Kawan aku semasa aku belajar di Politeknik Kota Kuala Terengganu dahulu. Namanya biar sahaja aku simpan. Perkara ini terjadi semasa aku sambung pembelajaran aku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kawan aku ini menhubungi aku kerana mempunyai masalah kewangan. Bagi aku, dia kawan lama aku yang merupakan salah seorang yang aku percaya semasa aku belajar di Terengganu dahulu.

Oleh kerana aku mempercayai dan kasihan pada dia, aku dengan baik hatinya memberi pinjam jumlah wang yang dia perlukan. Jumlah yang agak besar juga pada ketika itu. Dia berjanji akan membayarnya semula. Aku tidak meletakkan pula tarikh pembayaran kerana bagi aku apabila dia mempunyai wang dia akan bayar. Tetapi dia sendiri yang meletakkan janji.

Hampir setahun berlalu, aku masih mendiamkan diri. Dan pada penghujung tahun tersebut, aku pula yang mengalami masalah kewangan. Tidak mempunyai wang untuk pulang kerana penggal pembelajaran telah pun tamat. Akibat dalam keadaan terdesak, aku hubungi kawan aku tersebut, kerana tempoh yang dia janjikan telah lama tamat. Aku bertanyakan tentang duit tersebut. Dia berjanji akan membayarnya dalam minggu itu.

Masa berlalu, aku check account aku still lagi belum masuk duit tersebut. Aku cuba hubunginya lagi. Dan begitu kecewa sekali aku apa apabila nombor tersebut dimatikan, dari hari ke sehari aku cuba hubungi tetapi begitu juga. Last aku hubungi nombor tersebut, tidak aktif.

Apa yang aku lakukan pada masa itu, akibat masih lagi belajar. Aku jual handphone aku untuk menanggung perjalanan aku pulang ke kampung. Boleh sahaja aku hubungi orang tua aku, tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka. Sejenak aku terfikir mengapa aku harus ada kawan yang sangat menyusahkan.

Aku tidak pernah lupakan perkara ini kerana ia menyebabkan aku lalui satu perkara yang sukar dan menyusahkan. Dan akibat membantu kawan yang pernah aku percaya. Aku serah perkara ini kepada Tuhan, biar dia membalasnya. Pada aku biarlah ia berlalu, hanya menjadi kenangan dan pedoman buat aku pada masa hadapan.

Perkara ini membuat aku kurang kepercayaan terhadap seorang kawan.


Sabtu, 26 Februari 2011

Bukit Kepong, Muar


Sebenarnya mukim di mana aku tinggal sekarang iaitu Bukit Kepong, mempunyai sejarahnya tersendiri, dan hampir di ketahui umum di Malaysia. Sejauh mana pengetahuan mereka aku tidak pasti. Bukit Kepong merupakan antara sebuah mukim yang terdapat di Daerah Muar.sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar, Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Bukit Kepong merupakan antara sebuah mukim yang terdapat di Daerah Muar.sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar, Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Ramai anak muda tempatan yang berhijrah ke kota mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebanyakan penduduk pekan adalah peniaga kecil. Sementara kampung berhampiran penduduk banyak yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Terutama kelapa sawit,dusun buah-buahan dan getah. Segelintir pula terlibat dalam aktiviti menangkat ikan air tawar serta udang galah yang boleh didapati dengan amat senang suatu ketika dulu sepanjang Sungai Muar yang mengalir melalui pekan ini. Pada ketika ini hasil udang galah amat berkurangan disebabkan oleh masalah pencemaran sungai oleh kilang-kilang, terutamanya kilang getah. Suatu ketika dahulu Pekan Bukit Kepong amat mudah dinaiki air setiap kali musim hujan.



Happy Besday

Selamat hari ulang tahun buat sahabat aku, owner of Pulse Of My Heart, (http://aizulazril.blogspot.com/) Tidak pasti pula aku berapakah umur dia sekarang, kerana telah lama aku tidak keluar minum bersama.

Sebelum ini, aku seperti kasihan pada dia dengan apa yang dia harus jalani dalam hidupnya, sekarang tahniah aku ucapkan kerana dia telah pun mempunyai kerja yang agak bagus jawatannya, bagi aku. Mengapa aku cakap "bagi aku" kerana sebelum ini ada beberapa pihak atau sahabat beliau dahulu memperkatakan tentang pekerjaan beliau. Apa yang pasti dia bekerja dengan kerja yang halal tidak pula melakukan kerja yang tidak diredhai oleh agama islam.

So teruskan lah usaha dalam memperbaiki hidup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...