Selasa, 2 Januari 2018

Ambil Kesempatan Atau Betul Memerlukan.

Assalammualaikum dan Salam Muafakat Johor.

Masih tidak lewat lagi rasanya untuk aku menyampaikan ucapan 

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018"

Aku masih lagi belum fikir apa azam untuk tahun 2018 ini,
"hahahaha......",
Seharusnya aku fikirkan sebelum masuk tahun baru,
"betul tidak?",

Abaikan, post kali ini aku ingin share tentang segelintir orang yang memang memerlukan bantuan atau sekadar mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain?

Tidak berapa nak bijak aku untuk menilainya.


Begini ceritanya,


Situasi 1:

Aku ada berkenalan dan berkawan dengan seseorang yang berasal dari johor juga, perkenalan kami bermula di satu buah kelas, dan membawa ke beberapa ketika dengan menghubungi melalui teks (whats app) dan beberapa kali dia telah datang ke Segamat untuk bertemu dan lepak bersama aku.

Aku juga ada beberapa kali datang ke rumah beliau, memandangkan aku telah menganggap dia sebagai seorang sahabat, mungkin dia berfikir begitu juga.

Susah senang beliau ada juga aku ketahui, ada beberapa masalah yang beliau hadapi termasuk berhutang dengan beberapa orang Ah Long. Dan sering kali beliau menunjukan teks dari pemberi hutang kepada dia. Terasa kasihan juga pada awalnya.

Setelah beberapa ketika berkawan dan bersahabat, dia berani bersuarakan permintaan, bertanyakan kepada aku sama ada aku boleh memberikan pinjaman kepada dia dan dia telah berjanji untuk membayarnya kembali dalam beberapa hari selepas. Mungkin telah lama kenal, aku memberikan pinjaman tersebut. Sekadar ratus sahaja nilainya. Beberapa bulan kemudian, dia menghubungi aku untuk membuat pinjaman lagi, kali ini pinjaman dia berjumplah rm3000 dan berjanji bahawa akan membayarnya dalam tembpoh seminggu.

Pinjaman kali kedua ini, tidak aku berikan kerana, pinjaman yang pertama berjumlah RM400 masih lagi belum dia langsaikan. Walaupun telah berjanji akan membayarnya dalam beberapa hari.

Dah hampir setahun berlalu, bayang RM400 masih juga aku tidak nampak. Dan hubungan melalui call dan whats app, juga terhenti.



Situasi 2:

Seorang ini aku berkenalan hanya di dalam instagram. tidak pernah bual melalui dm atau lain-lain media.

Tiba-tiba aku mendapat teks dari beliau menyatakan ingin membuat pinjaman, dan beliau menyatakan juga apa permasalahan yang sedang beliau hadapi.

Meminta bantuan RM100 untuk membeli susu anak yang telah kehabisan. Aku tidak memberikan pinjaman tersebut kerana ada beberapa dokumen yang aku minta tidak diberikan.



Situasi 3:

Pertama kali berjumpa setelah tiga tahun bersahabat di instagram. 

Sepanjang beliau di Segamat, aku tidak berkira untuk belanja makan minum dia ketika bersama aku. Kerana bagi aku dia tetamu aku walaupun dia tidak bermalam di rumah.
Sepemergian dia sehari selepas, beliau menghantar teks menyatakan ingin membuat pinjaman daripada aku dengan sejumlah wang yang sememangnya aku mampu untuk berikan. Tetapi aku berfikir, adakah dia akan membayar kembali atau tidak?

Apa yang ingin aku keliru sekarang ini adalah,

Individu yang berada di situasi 1 dan 2.
Adakah dia tidak berasa malu? Menagapa aku cakap begitu?
Setiap kali mereka post di instagram. Seperti orang-orang yang punya banyak duit dan besar kewangannya. Pergi bercuti, makan dengan makanan yang mahal dan lain-lain.


Tetapi hutang masih lagi tidak dilunaskan.




Sedangkan orang yang memberi pinjaman hanya makan maggie sahaja. 

MACAM MANA TU?


Isnin, 1 Januari 2018

Pelancaran Perbandaran

31 Disember 2017. maka berakhirlah tahun teresbut dalam buku kehidupan dan bermula tahun baharu pada kali ini.

Terikh tersebut merupakan tarikh keramat bagi Segamat kerana pertukaran dari daerah kepada perbandaran.




Tahniah aku ucapkan kepada pihak berwajib kerana berjaya menaikan taraf Daerah Segamat kepada Perbandaran Segamat.

Majlis Pelancaran diadakan pada malam tadi, 31 Disember 2017 dan majlis bermula seawal jam 8.00 malam. Perlancaran dilancarkan oleh Menteri Besar Johor. Sambutan agak meriah juga pada malam itu.

wajah yang bertugas di booth photo

Majlis bermula dengan ketibaan Menteri Besar yang disambut dengan paluan kompang dan juga tarian singa. Seterusnya persembahan daripada Kumpulan Kebudayaan Yayasan Johor. Dan terus kepada majlis perlancaran.

Sebenarnya, aku sekadar mahu share bahawa aku bertugas sebagai penyambut tetamu pada malam itu. Memberi bantuan kepada Majlis Perbandaran Segamat.

Bertugas dalam keadaan hujan juga lah aku pada malam itu. Demi tugas demi negara katanya.

Apa yang menarik, aku bertemu dengan seorang sahabat instagram pada hari langsung. Berkawan telah 3 tahun di instagram, dan kali ini dapat bersua. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama aku walaupun dia bertugas pada hari tersebut. 


sahabat instagram

Khamis, 12 Oktober 2017

Secara Ringkasnya.



Assaalammualaiku,
Salam sejahtera dan salam muafakat Johor.

Post  pada kali ini, sahaja aku ingin berkongsi bagaimana penglibatan aku di dalam dunia baking. Dan semakin lama semakin terasa keseronokannya dalam membuat kek.


Apa yang pasti, aku dapat mengenali dan menambah kawan di dalam bidang yang sama. Sering juga bertukar-tukar pendapat dan lain-lain.

Ok, berbalik kepada tujuan post  kali ini.

Pada awalnya, aku terlibat dalam satu kelas yang disertai oleh sahabat aku yang berada di Putrajaya. Telah begitu lama dan aku pula seperti ingat-ingat lupa tentang perkara itu, Tidak silap aku, apada masa itu aku belajar dua jenis kek. Red Velvet Cake dan Chocolate Moist Cake.


Penglibatan aku secara penuh di dalam bidang tersebut sekadar di kelas tersebut sahaja, kerana aku tidak berminat untuk meneruskan dan tidak juga berminat ingin meliibatkan diri.

Setelah setahun kemudian, aku berkenalan dengan sahabat aku, yang merupakan partner biz aku (Ejam Shah). Pada asalnya, kami sekadar kawan-kawan lepak di kedai makan sahaja. Tidak lebih dari itu.

Setelah beberapa bulan kenal dan berkawan, pada satu hari, aku telah pergi ke rumah beliau dan lepak sama. Pada ketika itu, dia sedang membuat kek. Beliau terasa buntu untuk menghias kek tersebut bersama barang mainan yang telah dibekalkan oleh pelanggan beliu.


Aku sekadar berkata,
“biar aku cuba tolong”,
Dan aku cuba menghias kek tersebut dan Alhamdulillah menjadi.

Sejak dari peristiwa itu, beliau mengajak aku menyertai kelas dalam dunia masakan. Kelas pertama yang aku sertai adalah kelas menghias atau mengukir buah-buahan.


Kelas kek pertama yang beliau ajak pergi adalah kelas menghias kek perkahwinan. Dan setelah setahun ini, aku telah menghadirkan diri dalam beberapa buah kelas, termasuk satu kelas membuat dan menghias kek fondant.

Dalam menjalankan perniagaan part time dunia baking ini, bermacam-macam juga dugaan yang telah aku terima. Sama ada di dalaman dan juga luaran. Tetapi bak kata orang “nak Berjaya bukan mudah”

Sebenarnya aku melibatkan diri dalam dunia baking ini sekadar part time sahaja. Suka-suka dan sekadar mengisi masa terluang. Aku menerima order dari orang, dan tidak ada menyediakan kek ready made.









Ahad, 1 Oktober 2017

Geng Hero Dapur





Lebih satu tahu aku melibatkan diri dalam dunia bakery. Pada mulanya aku sekadar membantu ahaja sahabat aku dalam membuat kek-kek, kerana dia menjalankan perniagaan tersebut secara part time. Setelah beberapa bulan, beliau mengajak aku menceburi dunia bakery, dengan membawa aku ke satu kelas kek perkahwinan.

                Pada asalnya, aku tidak berminat ingin melibatkan diri dalam dunia bekery ini. Tetapi lama-kelamaan minat itu muncul dan aku mula seronok dalam membuat kek. Genap setahun aku rasa, penglibatan aku di dalam dunia bakery ini. Macam-macam juga yang telah aku kenal. Bukan sahaja resepi-resepi, tetapi aku dapat mengenali dan menambah kawan-kawan dalam dunia bakery ini. Bukan sahaja wanita, rupa-rupanya amai juga lelaki yang melibatkan diri dalam dunia bakery ini.

                Ada satu group yang telah di”invite” oleh sahabat biz aku, merupakan satu group yang disertai oleh beberapa orang baker lelaki seluruh Malaysia termasuk sabah dan serawak. Group tersebut diberi nama atau diberi gelaran sebagai GENG HERO DAPUR. 

                Pada awal penyertaan, aku aku sedikit agak segan kerana aku bukan lah seorang yang hebat dalam dunia baker atau memasak. Tapi group tersebut memang sampoi, dan agak kegilaan. Dan mereka yang berada di dalam group tersebut memang mereka yang agak hamble dan mereka tidak berasa lokek untuk berkongsikan ilmu, tips dan juga resepi-resepi.

                Dan dalam bulan lepas, Geng Hero Dapur telah melancarkan satu group fb yang penyertaannya dibuka untuk semua warga, tidak kira lelaki dan wanita. Di dalam group tersebut, mereka dibenarkan berkongsi resepi dan tips. Tujuan group tersebut diadakan juga adalah untuk membantu mereka yang punya masalah dalam dunia masakan juga baking.

                Alhamdulillah, dalam dua minggu group tersebut telah mencapai 10k++. 

KLIK LINK DI BAWAH, ANDA AKAN DIBAWA KE GROUP TERSEBUT:



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...