Assaalammualaiku,
Salam sejahtera dan salam muafakat Johor.
Post pada kali ini, sahaja aku ingin berkongsi
bagaimana penglibatan aku di dalam dunia baking.
Dan semakin lama semakin terasa keseronokannya dalam membuat kek.
Apa yang pasti, aku dapat mengenali dan menambah kawan di dalam bidang
yang sama. Sering juga bertukar-tukar pendapat dan lain-lain.
Ok, berbalik kepada tujuan post kali ini.
Pada awalnya, aku terlibat dalam satu kelas yang disertai oleh sahabat
aku yang berada di Putrajaya. Telah begitu lama dan aku pula seperti
ingat-ingat lupa tentang perkara itu, Tidak silap aku, apada masa itu aku
belajar dua jenis kek. Red Velvet Cake dan Chocolate Moist Cake.
Penglibatan aku secara penuh di dalam bidang tersebut sekadar di kelas
tersebut sahaja, kerana aku tidak berminat untuk meneruskan dan tidak juga
berminat ingin meliibatkan diri.
Setelah setahun kemudian, aku berkenalan dengan sahabat aku, yang
merupakan partner biz aku (Ejam Shah). Pada asalnya, kami sekadar kawan-kawan
lepak di kedai makan sahaja. Tidak lebih dari itu.
Setelah beberapa bulan kenal dan berkawan, pada satu hari, aku telah
pergi ke rumah beliau dan lepak sama. Pada ketika itu, dia sedang membuat kek. Beliau
terasa buntu untuk menghias kek tersebut bersama barang mainan yang telah
dibekalkan oleh pelanggan beliu.
Aku sekadar berkata,
“biar aku cuba tolong”,
Dan aku cuba menghias kek tersebut dan Alhamdulillah menjadi.
Sejak dari peristiwa itu, beliau mengajak aku menyertai kelas dalam
dunia masakan. Kelas pertama yang aku sertai adalah kelas menghias atau
mengukir buah-buahan.
Kelas kek pertama yang beliau ajak pergi adalah kelas menghias kek
perkahwinan. Dan setelah setahun ini, aku telah menghadirkan diri dalam
beberapa buah kelas, termasuk satu kelas membuat dan menghias kek fondant.
Dalam menjalankan perniagaan part
time dunia baking ini, bermacam-macam juga dugaan yang telah aku terima. Sama
ada di dalaman dan juga luaran. Tetapi bak kata orang “nak Berjaya bukan mudah”
Sebenarnya aku melibatkan diri dalam dunia baking ini sekadar part time sahaja. Suka-suka dan sekadar
mengisi masa terluang. Aku menerima order dari orang, dan tidak ada menyediakan
kek ready made.