Jumaat, 15 Ogos 2025

Anak Baharu.

10 Julai 2025, Sejarah diri sendiri pada hari tersebut yang mana, kucing belaan aku melahirkan tiga ekor kitten. Pada awal kelahiran tidak nampak kecomelan mereka, dan sekarang apabila dah mula berlari2, alahai comelnya, rasa sayang pula ingin melepaskan mereka, tetapi aku telah berjanji kepada adik aku untuk memberikan kitten tersebut kepada adik aku kesemuanya.




 

Jumaat, 18 Julai 2025

Kursus Premier Pro IKWAS, Kluang


1 Julai hingga 3 Julai 2025, aku menghadiri satu kursus Acobe Premiere Pro. Atas ajakan daripada member aku dari Kluang, dalam hati aku berkata,
"why not", 

ditambah lagi aku agak stress  berada di dalam pejabat dengan melihat wajah-wajah yang membuat aku terluka. Beri sedikit ruang masa untuk diri sendiri berjalan dan lupkan seketika apa yang telah berlaku selama beberapa hari di pejabat.

Kursus mengambil masa selama 3 hari dan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 430 petang. bergantung juga sebenarnya pada masa pada hari-hari berlangsung kursus sebenarnya. Mengikut penyelesaian dari kerja bengkel yang diberikan, jika awal dapat disiapkan, maka awal tamat kelas pada hari tersebut.


Sedikit tentang Adobe Premiere Pro ialah perisian penyuntingan video profesional yang dibangunkan oleh Adobe Systems. Digunakan secara meluas dalam industri kreatif, Premiere Pro menawarkan pelbagai ciri penyuntingan video yang canggih, termasuk penyuntingan multi-kamera, penyelarasan audio, kesan visual, dan integrasi lancar dengan aplikasi Adobe yang lain. Dengan antara muka yang intuitif serta sokongan untuk pelbagai format video, ia menjadi pilihan utama bagi editor video dari pelbagai latar belakang — daripada pencipta kandungan digital hingga penggiat industri filem. 

Alhamdulillah, Ada juga ilmu yang berfaedah yang dapat aku pelajari. daripada terus berada di pejabat dan melayan hati, 

"hahaha.......", tidak sebenarnya, aku juga seorang yang tidak mengambil tahu sangat, sekadar "biarlah",

Sebenarnya, bersama rakan aku tersebut adalah sedikit sebanyak membuatkan aku lupa tentang perkara-perkara negative. Betul kenyataan, bahawa kita perlukan kawan untuk ada bersama dalam menangani apa jua yang dihadapi. Tetapi, adakah kawan atau rakan itu betul ikhlas atau sekadar cuma. 

SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MENYANGKA.


Tidak menyangka, itu perkara yang selalu kita lalui dan kita hadapi dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia yang mempunyai perhubungan atau urusan antara rakan sekerja, orang bawahan, sahabat juga keluarga.

Post pada kali ini, aku ingin berkongsi apa yang telah aku alami, dengan orang bawahan aku sendiri, dan aku tidak menyangka hingga ke tahap itu dia terlintas untuk bertindak. 

Pada dua minggu lepas, aku telah bercuti mengikut ibu aku pergi ke Langkawai, Percutian keluarga, bersama adik bongsu aku sekeluarga. Maka, berseronoklah aku bersama keluarga dan anak saudara aku di pulau lagenda tersebut.

Habis percutian, seperti biasa aku naik ke pejabat, bekerja seperti biasa. Dan ada yang hadir kepada aku menyatakan dan menyampaikan bahawa, orang bawahan aku telah hadirkan diri ke bahagian tersebut dan meminta kerani yang menjaga cuti menyemak samada aku telah masuk permohonan cuti atau tidak, aku bos belia kot, terlintas dia berlaku sedemikian.

Kecewa yang tidak terhingga, dan terserlahlah kebusakan hatinya selama ini, ayang aku diamkan sahaja walaupun banyak perkara yang tiba di cuping telinga aku. 

Manakan tidak aku kecewa, selama ini apabila bilau ada urusan yang bukan urusan pejabat. keluar dan terus pulang ke rumah, tidak hadir kerja beberapa hari, dan diminta balik oleh wife beliau. aku sekadar berpesan supaya hati-hati. Sering sahaja bercuti dan emergency leave, tetapi tidak sampai tahap aku untuk pergi ke kerani yang menjaga cuti. Walaupun aku tahu, beliau tidak mengisi borang cuti dan membawa cuti lebihan yang banyak ke tahun hadapan dan disimpan di GCR.

Silap dia menjolok sarang tebuan. Aku hanya bersikap seperti biasa, dan tidak bertindak melulu bergaduh, bertekak atau sebagaimanya. Membiarkan seperti biasa dan beliau telah meaktifkan button hitam di dalam hati aku. Dan aku tidak akan membiarkan begitu sahaja, tindakan akan dan perlu dilakukan sebagai seorang atasan kepada beliau.

Terima kasih yang tidak terhingganya aku ucapkan kerana telah membuktikan dan telah menunjukkan kebenarannya, siapa diri beliau sebenar yang selama ini aku hanya mendengar sahaja. Seawalnya aku mohon kemaafan dan sesungguhnya aku tidak lagi yang memberi peluang. 

Rabu, 30 Oktober 2024

Puaka Atau Celaka.

Beberapa minggu lepas, aku telah didatangi oleh seorang rakan, kenalan lama, sejak aku mula bekerja di dalam sektor ini. Beliau menyampaikan perihal ada seorang ustaz ini telah datang berjumpa dengan timbalan.hadirnya beliau ke bilik timbalan tersebut aku tidak pasti untuk apa. Tetapi dalam perbincangan tersebut sempat memperkata dan mengumpat tentang aku.

Apa yang mereka bahaskan adalah, bahawa aku tidak pandai membuat montaj yang hebat,  dan mengatakan bahawa aku tidak boleh harap.

Aku tidak pasti mengapa dia orang ini terlalu bangang atau bodoh adakah mungkin? aku punya background adalah electronik komputer, bukan multimedia. dua perkara ini adalah berbeza, mengharapkan hasil aku sehebat montaj2 di televison, astro. tv3 dan lain-lain. Tidak kisah tentang perkara tersebut.

untuk meperbaiki kekurangan aku itu, walaupun bukan bidang aku juga bukan skop kerja aku, aku ambil inensiatif untuk belajar dan memperbaiki tentang perkara itu. Ada satu even ini, sebenarnya, proses menyipakan video itu telah 85% siap. Tetapi timbalan aku hadir tanpa bercakap elok. depan semua orang cakap aku tidak pandai. terus aku akui,

"oh... yer betul, saya memang tidak pandai", tutup cerita. dalam mereka berbual, aku mengemaskanh barang-barang aku dan terus beredar.

topik perbualan mereka, adalah untuk mengupah vendor bagi kerja penyediaan video tersebut. Itu juga menjadi sebab mengapa aku tinggalkan mereka. Sebab, adalah suatu perkara bodoh bagi aku lakukan, aku menyiapkan video tersebut tetapi tidak dapat bayaran, sedangkan mereka telah masukan di dalam  budget untuk video di dalam majlis tersebut.

Antara perkara lain, timbalan aku tu kaki kaut sebenarnya. semua pun nak diupah vendor, biar lah, aku tidak ambil hal tentang perkara tersebut.

Tetapi orang yang menajdi punca perkara ini, sampai bila-bila aku tidak lupa nama dan muka beliau. Bukan niat berdendam. tapi ingat untuk mengelak daripada bertembung.

Begitu juga dengan ustaz yang aku nyatakan di atas tadi, sebelum ini, banyak majlis dia yang aku bantu dan selesaikan, tidak sangka juga sedemikianlah perangai seorang uztaz. Yang ini, teks dan call daripada beliau, aku tidak akan pick walaupun secara tidak sengaja. aku akan mengelak dari bantu beliau selepas ini. 

Jika telah menyatakan itu, maka itu jugalah yang mereka akan dapat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...