Kota Iskandar, juga digelar "Permata Mahkota" merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang terletak di Iskandar Puteri. Pembangunan Kota Iskandar merupakan fasa pertama dalam projek Iskandar Puteri yang sebahagian daripada perojek Pembangunan Iskandar Malaysia. Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato' Jaafar Muhammad) disamping kawasan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Negeri.
Kota Iskandar dibangunkan oleh Cahaya Jauhar Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Johor melalui usahasama Pejabat Setiausaha Negeri Johor (JSSI) dan sebuah syarikat GLC, UEM Land Berhad. Diilhamkan daripada seni bina di Istana Alhambra, seni bina bangunan di Kota Iskandar mengandungi ciri-ciri Moor-Andalusia dan Melayu-Johor di mana semua bangunan dibina menghadap Kiblat. Bangunan di situ juga mendapat pengaruh daripada seni bina Bugis, Jawa, Belanda, British dan Kumpulan etnik peribumi tempatan.
Di atas, sedikit maklumat tentang Kota Iskandar, mengapa aku up maklumat tentang Kota Iskandar? "hurmmm......", sebenarnya aku telah pun memasuki bulan ke empat bekerja di salah satu bangunan di Kota Iskandar tersebut. Ada empat buah bangunan dan satu masjid di bawah Kerajaan Negeri johor. Jika aku punya masa aku akan update post ini berkongsi ke empat-empat bangunan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan