Tuesday, October 5, 2010

Raya 2010

assalmmualaikum,

dah lama sungguh aku tidak mengemaskini blog aku ini, mungkin kerana kesibukan bekerja agaknya.

tidak mengapa, pertama sekali aku ingin cerita apa yang berlaku pada aku semasa hari raya, maksudnya, apa aktiviti yang aku lakukan.

Hari Raya Pertama.




merupakan hari raya pertama yang disambut dengan adik beradik aku tidak dapat berkumpul semua sekali, yang telah berkahwin telah pun pulang ke rumah mertua, dan yang askar pula tidak dapat bercuti kerana menjalankan tugas beliau.

dalam sejarah aku menyambut hari raya hanya 4 orang ahli keluarga aku. walaupun begitu hari raya tetap meriah walau dirayakan hanya 4 orang sahaja ahli keluarga.

malam raya pertama kami telah pun pergi ke Bandar Segamat untuk berbelanja, lokasi Bandar Utama Segamat. ini kerana baju raya aku dan adik aku tidak sempat siap pada hari itu. dan sungguh aku tidak menyangka ramai juga yang berbelanja di akhir Ramadhan.

siap berbelanja jam 11 malam, kami terus pulang ke rumah dan menyambung tugas, iaitu memasak lauk untuk hari raya, dan segalanya siap jam 3 pagi. wah... sungguh letih,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...