Thursday, December 16, 2010

Pulau Rawa

Pulau Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang lain.



Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.

Lautan di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan.



Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Mersing.





Talian Untuk Dihubungi


Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Rawa, sila hubungi Pusat Maklumat Taman Laut Mersing di talian 607-7991161 atau Pusat Maklumat Pelancong Mersing (METIC) di talian 607-7995212.

2 comments:

Indah Cuma Seketika.... said...

Salam Muharam,
Amee dah pernah ke Pulau Rawa ni... tapi dah lama da...mungkin dalam tahun 1992 bersama some of my classmate.
Pulau ni memang pivacy.... it good for couple for honeymoon...he he he...
siapa yang pandai berenang pasti asyik dech.....airnya jernih boleh liat ikan yg berwarna warni

budak_nakal said...

salam Muharam,
hai Amee, wah.. kamu pernah pergi di situ, saya yang dekat ini belum pernah lagi ke sana, tapi bila membaca tentangnya seperti tidak sabar untuk bercuti di situ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...