Ahad, 6 Februari 2011

Febuary.

Bulan ini mungkin bulan yang begitu buruk bagi aku mungkin, Di mana aku terpaksa menempuh dengan dugaan banjir yang melanda di Bandar Segamat, dan beberapa kawasan, sama ada Daerah dan Negeri.



Seumur hidup aku, ini kali pertama aku menempuh banjir, semata-mata ingin menjemput adik bongsu aku yang terkandas tidak dapat pulang ke Kuala Lumpur. Dalam jam tiga, aku keluar rumah bersama sepupu aku untuk menghantar adik perempuan aku itu ke Bandar Segamat, di mana beliau akan menaiki bas di Stesen Bas Segamat. Pada masa itu air sungai belum lagi melimpahi jalan raya. Adik aku menaiki bas jam 4.30 pm. Tetapi kerana bimbang jalan singkat segamat ditenggelami air akibat hujan yang telah berlarutan selama 4 hari tanpa henti, ini membolehkan aku mencari jalan alternatif lain untuk tiba di Bandar Segamat.

Alhamdulillah, aku tiba dengan jayanya di Stesen Bas Segamat. Tetapi bas yang adik aku naiki delay ke jam 6 pm, akibat banjir yang telah melimpahi jalan raya di Pekan Jementah, Segamat. Aku menyuruh beliau untuk membeli tiket bas lain, supaya beliau segera bertolak agar tidak mengalami perkara buruk, kerana pada pendapat aku, semakin tunggu semakin dalam kawasan yang di naiki air. Bas pertama yang dipilih, melalui Pekan Jementah, tetapi terpaksa ditunda akibat banjir, manakala bas kedua pula melaui Gemas, dan dengar khabarnya, semua bas akan melalui Gemas. Aku berpesan kepadanya agar inform pada aku walau apa pun yang berlaku.




Aku bertolak pulang ke rumah kerana khuatir jalan raya akan ditenggelami air. Pada tika itu, paras air di Sungai Segamat, masih lagi ok, pada masa itu jam menunjukkan pukul 530 petang. aku terus menuju ke rumah.

Dalam jam 730 pm, adik aku call mengatakan bahawa bas terpaksa berpatah balik kerana Gemas juga telah ditenggelami air. Aku terus bersiap-siap untuk menjemputnya. Dan aku begitu terkejut, hanya dalam beberapa jam sahaja, jalan yang aku laui tadi telah dilimpahi air, tetapi masih dilalui, aku begitu gusar kerana itu sahaja jalan yang boleh menghubungkan kampung aku dengan Bandar Segamat.

Dan, setibanya di Bandar Segamat, aku dikejutkan lagi dengan keadaan paras air di bandar tersebut. Jalan yang aku lalui di Bandar tersebut telah ditenggelami air sedalam paras pinggang. Adik aku telah mula menyeberangai air separas pinggang itu, aku juga merentas air banjir yang deras itu, kerana risau jika berlaku apa-apa kepada adik perempuan aku itu. Sememangnya meletihkan mengharung banjir tersebut.





Dan apa yang pasti, kereta yang aku pakai baharu sahaja 4 bulan, telah mengharung banjir sedalam paras betis. Dan Alhamdulillah, kereta aku tidak mengalami masalah, kerana selang satu hari dari tarikh tersebut aku telah membawa kereta kesayangan aku itu mendaki Separuh Puncak Gunung Brinchang, Cameron Highland.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...