Sabtu, 23 Januari 2021

Adieq My Love Cat.

 


Adieq, salah seekor kucing yang aku bela sejak dari empat tahun lepas. Sayang aku pada dia ni, walaupun sering menimbulkan rasa geram dan marah dengan keletah dia sepanjang menjadi haiwan belaan aku. Manja..... 

Bercerita tentang dia, 

Bermula semasa aku masih lagi duduk di kuarters jalan sekolah, di Segamat. Aku sering ke sebuah warong yang dibuka di kawasan tersebut. Kak Liya merupakan salah seorang jiran yang baik dengan aku semasa aku menetap di Segamat, hampir kerap aku datang ke warong beliau untuk makan malam. Itu pun jika aku punya tempahan kek yang banyak dan berasa malas untuk masak makan malam.

Pada suatu hari, sedang aku menikmati makan malam yang beliau masakkan. Aku terdengar bunyi kitten di bahagian dapur.
"kak.... ada anak kucing ke?", tanya aku kepada beliau.
"A'ah Danny.... ada kat belakang tu, dah mula nak merayap memain, tu yang akak letak di belakang", jawabnya.
"Saya Nak tengok kak", pinta aku yang sememangnya gemarkan kucing.
"pergilah....", ujarnya.

 


 

Setelah beberapa ketika melihat keletah anak-anak kucing tersebut. Tiba-tiba aku bersuara,
"kak, saya nak seekorlah.... macam comel jer", tanya aku kembali.
"Boleh, tapi nanti akak tengok mana yang belum ditempah lagi", sambil beliau membelek-belek anak-anak kucing tersebut.
"yang ini sahaja yang belum bertuan, Danny", tunjuk beliau kepada seekor anak kucing yang agak comot sikit corak di muka.
"boleh lah kak, saya nak", aku berminat kerana bulu anak kucing tersebut yang separuh panjang, atau dikenali sebagai halfpersian cat.
"putus susu nanti cakap, saya datang ambi", tambah aku.
"ok boleh, nanti akak cakap kat ko",

selang beberapa bulan, anak beliau datang ke rumah aku yang jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja.
"Abang Danny, kucing tu dah boleh ambil yer, dah mula makan", tegur beliau semasa melalui hadapan rumah aku.
"Ok, baik... Nanti abang datang", ujar aku.,

petang itu juga aku pergi ke rumah mereka dengan menaiki motorsikal walaupun jaraknya yang tidah beberapa jauh.

Bermula dari itu, ia adalah haiwan peliharan aku.

Setahun aku menetap di Segamat, tetiba selepas mengerjakan umrah pada bulan dua tahun 2020. Aku menerima surat pindah kerana jawatan yang aku sandang. Tidak silap aku pernah bercerita tentangnya dalam satu post sebelum ini.

Hampir setengah tahun aku meninggalkan kucing-kucing yang aku bela di Segamat, kerana aku belum mendapat rumah baru di Johor Bahru. 


 

Beberapa ketika juga aku tinggalkan di Segamat, dan tiap-tiap minggu aku balik menjenguk mereka. Aku tidak tinggalkan kosong kerana kucing-kucing tersebut aku jaga berdua dengan sahabat aku yang merangkap bussines partner kek aku yang sememangnya menetap di Segamat.

Setelah aku mendapat rumah di Johor Bahru. Maka aku membawa adieq ke rumah baru. Memandangkan kuarters sekarang yang aku menyewa merupakan berkeadaan rumah flat. Maka tidak dapat Adieq menjalani kehidupan sepertia biasa semasa di Segamat. Aku lebih mengurungkan dia di rumah kerana terdapat beberapa penghuni yang tidak gemarkan kucing yang merayap ke sana sini.

Boleh lah, kebaikan yang ada. dia sentiasa bersih kerana tidak jumpa tanah dan tidak bergaul dengan kucing liar. Dia lah peneman aku di Johor Bahru kerana aku tinggal berseorangan. Teman aku bercakap, bergaduh dan lain-lain.



Affendi dan Isni.

 

Sebelum ini aku telah bercerita tentang Ayong, yang mana merupakan seorang sahabat aku yang bertanggungjawab membawa aku ke dalam group Masuk Air Hiker (nanti aku sembang tentang masuk air hiker ni). 

Di dalam group tersebut, ada sepasang suami isteri yang sejak dari dulu memang aktif dengan aktiviti jungle traking dan montain and hill hiking. apa yang disampaikan kepada aku, mereka ini pernah bekerja dengan taman negara sebelum menjadi pasangan suami isteri. Cinta atas trek kot,

"hahahaha......",

Setelah beberapa ketika aku menyertai group tersebut. Mereka berdua melamar aku dan beberapa orang lagi untuk menyertai mereka dengan menyertai group crew. Yang diberi nama SEGAMAT OUTDOOR CREW. pada awalnya group  tersebut mempunyai nama lain, tetapi desebabkan nama yang lepas seperti disedap didengar, mereka menukarkan nama kepada nama yang sekarang.

Aku akan bercerita tentang SEGAMAT OUTDOOR CREW dalam post lain nanti.


Mereka berdua ini sangat satu kepala dengan aku dan BFF aku, jenis masuk air. Jenis yang tidak kisah dan tahan dikutuk dan dicarut. Apa guna menjadi shabat baik kalau tidak tahan dengan gurauan antara satu sama lain. Tidak pernah aku menyimpan di dalam hati kerana ia sekadar gurauan sahaja.

Memang hapening kalau dengan mereka ini, walaupun pasangan suami isteri, tetapi aku suka lihat mereka kerana seolah-olah mereka ini seperi sahabat dan kawan. Jenis tidak kisah, tetapi apa yang penting dalam perghubungan adalah kepercayaan dan hormat antara satu sama lain.


Aku telah menyertai beberapa trip yang mereka anjurkan dan mendaki beberap gunung bagi tujuan trip mereka untuk dibuka penyertaan kepada mereka yang minat dalam program hiking bagi mendapatkan kesihatan badan yang baik dari dalaman juga luaran.

Apa yang boleh aku sembang di sini, Terima kasih kepada mereka berdua kerana mengajak aku menyertai group tersebut. Dan menjadikan aku salah seorang crew dalam grop mereka. Tak perlu lah kot aku nak bercerita mendalam setiap seorang, kerana pribadi seseorang itu adalah rahsia, melainkan mendapat persetujuan dari tuan badan.

Dalam post aku ini, dari dulu hingga sekarang hanya bercerita perkara umum sahaja.

Oh ya, ada sekeping gambar mereka bersama-sama anak mereka yang mereka bawa dalam aktiviti perkhemahan dan pendakian.


Jumaat, 22 Januari 2021

BFF Hiker Siri 2. (Bukit Manis, Pemanis, Segamat, Johor)

 


Aku pernah bercerita tentang BFF HIKER, dan bagaimana kewujudan group  tersebut, perkenalan aku dengan Ayong. Sebenarnya aku hanya bercerita tentang ayong sahaja. Nanti aku akan bercerita tentang lebih lanjut tentang perkenalan aku dengan mereka seorang demi seorang.


 

Merupakan bukit pertama yang kami tawan setelah wujudnya group BFF HIker. Ayong orang yang bertanggung jawab dalam penglibatan kami dan trip mendaki ini. Perancangan tidak teliti, boleh dikatakan last minute kerana tetiba sahaja mereka terus cakap pendakian bukit ini adalah confirm.


 

Sebenarnya lokasi Bukit Manis ini tidak jauh dari Bandar Segamat, Mengambil masa dalam setengah perjalanan sahaja.


 

Seawal jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di Felda Pemanis, Segamat. Menanti persediaan guide yang akan membawa kami naik ke puncak bukit serta menanti tiba peserta-peserta lain yang telah berdaftar untuk menyertai trip tersebut.


 

Jam 8.00 pagi, bermula expidisi pada hari tersebut, kami bergerak menaiki kenderaan masing-masing menuju ke tapak meletak kenderaan yang merupakan kawasan kebun kelapa sawit peserta felda tersebut.

Setelah semua bersedia dan telah meletakan kenderaan masing-masing dan merasakan kenderaan mereka selamat diletakkan di kawasan tersebut. Kami mula mendaki bukit tersebut. Hanya beberapa meter sahaja dari kawasan meletakkan kenderaan. 


 

Mengambil masa tidak lama untuk tiba ke puncak bukit, kerana ketinggian hanya dalam 300 meter lebih sahaja dari aras laut. Tetapi seperti pendaki-pendaki yang biasa mendaki gunung.

"Setiap gunung dan bukit punya cerita dan tahap kesukaran tersendiri, di situ lah pendaki akan menerima pengalaman dan pembelajaran",


 

Aku share sedikit gambar di sini, selebihnya aku akan sediakan link nanti, kerana gambar tersebut belum lagi aku upload  ke dalam page facebook aku.

~ KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR ~

Tidak banyak yang dapat aku ceritakan kerana, perkara dah lama berlalu. Mungkin apabila aku dapat mengingatinya aku akan update cerita tersebut.

Rabu, 20 Januari 2021

Ayong My BFF Hiker.

 


Ayong, bukan nama sebenar, terkenal di Segamat dengan keenakan kek-kek yang pernah beliau hasilkan. Beratus juga kek-kek yang pernah dia hasilkan. Lebih rasanya kerana telah lebih 4 tahun dia melibatkan diri dalam perniagaan Homemade Baker. Lebih lima tahun kami berkawan.

Perkenalan aku bermula dari sebuah kelas membuat kek perkahwinan yang diadakan di sebuah Dewan Serbaguna di kawasan Segamat. Dan membawa kami menyertai satu group whats app. yang disertai oleh beberapa orang homemade baker di Segamat. 

Tidak habis di kelas kek tersebut, kami seing keluar dengan beberapa orang ahli untuk berbincang dan berbual kosong, dari situ kami mula rapat dan menjadi kawan baik.

Seorang yang gila-gila, happy go lucky apabila mula kenal dan rapat dengan dia, Jenis yang masuk air juga kepala, ngam lah dengan aku dan beberapa orang lagi yang memang jenis kepala masuk air. Persahabatan kami tidak lebih seperti adik beradik dan punya batas-batas mengikut islam.

Tetapi sejak kebelakangan ini, kami jarang bertemu dan lepak bersama kerana aku telah berpindah tempat kerja akibat jawatan yang aku sandang sekarang dan peluang aku pulang ke Segamat agak tipis kerana musibah yang sedang berlaku dalam negara pada tika ini. 

 


BFF Hiker.
Bagaimana wujud group ini? Pertengahan tahun 2020 merupaka satu titik sejarah team kami ini wujud. Memandangkan kami punya minat dan hobi yang sama. Maka hubungan persahabatan kami berempat bertambah rapat dengan dikuatkan lagi dengan sikap gila-gila masing-masing. Pada awak kewujudan group ini, hanya mempunyai empat orang sahaja di antara kami, Ayong, Aku (Danny), Ejam dan juga Bob.

Penghujung tahun 2020 kami berjaya menarik seorang lagi kawan karib kami Apex, untuk menyertai group hiking kami ini. Maka berlima kami dalam group BFF HIKER.


Tetapi penghujung tahun 2020 juga merupakan tahun akhir Ayong bersama kami, terpaksa meninggalkan hobi, buat seketika mungkin kerana mempunyai masalah-masalah tanggungjawab yang pperlu beliau selesaikan. Tetapi ini bukan penghujung bagi beliau, kerana kami akan terus meracuni fikiran beliau untuk menyertai semula apabila selesai urusan beliau.

 

"BFF HIKER" tiada hujung dan tiada tarikh luput. INI PASTI. JANJI TETAP JANJI.

Melalui Ayong juga aku terjebak menyertai "GROUP SEGAMAT OUTDOOR CREW". Aku akan ceritakan tentang group ini kemudian. 

Antara gunung dan bukit yang telah kami mendaki bersama-sama Ayong:

  1. Bukit Jementah, Segamat
  2. Bukit Manis, Pemanis, Segamat.
  3. Gunung Lambak, Kluang, Johor.
  4. Gunung Berlumut, Kluang, Johor.
  5. Gunung Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan.
  6. Gunung Tapis, Sungai Lembing, Kuantan.
  7. Bukit Panorama, Sungai Lembing, Kuantan.
  8. Perkhemahan di Ampung Jatuh, Asahan, Melaka.
  9. Pendakian di Dataran Minda, Ampung Jatuh, Asahan, Melaka.

 

Sebenarnya, banyak gunung lagi yang dia dah berjanji dengan kami untuk kami tawan bersama. Janji tetap janji, kami akan tuntut. Janji dia dengan aku adalah Gunung Tahan, Pahang.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...