Saturday, August 15, 2009

H1N1


salam........


sekarang ini, wabak yang sangat ditakuti ini telah pun merebak di semenanjung malaysia, sehingga ada diantara kita yang taku untuk keluar pergi ke tempat-tempat awam, sama ada untuk beriadah bersama keluarga atau sebagainya, dan kes-kes kematian di malaysia semakin meningkat dan sangat membimbangkan, sehingga aku sendiri berfikir banyak kali untuk keluar pergi besiar, dan lebih selesa duduk di rumah, dan di segamat, tempat aku pun telah pun ada beberapa kes,


ada yang mensarankan agar kita memakan bawang putih lebih, kerana kandungan di dalam bawang putih tersebut dapat meningkatkan antibody badan kita, memang telah ada kajian yang membuktikan bahawa bawang putih ioni baik untuk kesihatan, tidak salah untuk mencuba,



dan apa yang penting, kita sebagai umat islam hendaklah kita berserah kepada Nya, sesungguh nya Dia lebih mengetahui dan lebih menyayangi kepada mereka yang sentiasa berserah pada Nya, dan bersamalah kita bermohon kepada Nya agar wabak yang menyesakkan fikiran kita sekarang ini dapat diselesaikan........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...