Tuesday, October 27, 2009

MeeTiNG

salam.....

hari ini ada meeting bersama pengarah di majlis daerah, sebenarnya aku tak terlibat pun dengan meeting ni, tapi disebabkan penolong pegawai aku pergi ambil exam, so aku kena ganti tempat dia,

dan sebernarnya tugas yang diberi adalah penyambut tetamu, tetapi lain pula tugas yang aku kena buat, tak apalah dah nama pun kerja dan orang bawah. kena lah buat.

pukul 8 pagi lagi aku mesti berada di majlis daerah, dan aku terpaksa menguruskan slide-slide power point, dari beberapa daerah, so busy lah pagi tu kerana semua bagi last minit dan ada yang ingin membuat perubahan terhadap slide mereka.




mesyuarat berlansung dari 8.30 pagi sehingga pukul 2 ptg, yang pastinya aku tak sempat nak breakfast pagi tadi, kerana menguruskan slide-slide tersebut. sesi petang pula ada kejohanan golf, dan aku kena uruskan beberapa perkara, aku kena sediakan komputer dan printer. so habis jer meeting tu aku terus bergegas ke gold field, untuk sediakan perkara-perkara yang diminta tadi.

apa yang pasti aku terpaksa berulang alik akibat beberapa perkara, dan sungguh letih sekali kerana aku tak sempat nak makan tengahari dan breakfast. badan ni mengigil menahan lapar......





dan aku ingat kerja aku settle kat situ jer, rupa-rupanya ada pentadbir yang minta tolong dari aku untuk print out dia punya email....masa tu dah 5.30. bergegas balik office sebab office kunci 5.30, mujur sampai office masih ada orang yang masih buat kerja lagi.



staff yang ditugaskan menyediakan minum petang


kekadang aku tak faham, mengapa ada yang suka membandingkan kerja.....huh...letih....apa-apa pun aku rasa dah lepas azab untuk hari ini...............

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...