Jumaat, 8 Januari 2010

MaNUSia

salam, kekadang aku tak faham dengan manusia ini, yang mempunyai pelbagai sikap dan pelbagai ragam, ada yang bila baik, memang lah sangat baik dan pada masa ini, bukan mudah nak mencari orang yang memiliki sikap yang baik dan sentiasa memikirkan sensitiviti manusia lain.







baru-baru ini sahabat aku telah menalifon aku dan meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap orang yang baru dikenalinya, dan berjanji bagai, setia bagai, herm... dalam dunia sekarang ni semua itu telah hampir kepupusan dan hampir lenyap dalam dunia ni, nak cari yang betul-betul punyai ciri-ciri macam tu 1 dalam seribu, bukan tak wujud tapi nak jumpa tu susah lah sikit, sebab aku pun bukan ada ciri-ciri seorang insan yang baik, sama jer lebih kurang,





kepada member aku tu harap bersabar sahaja, tak perlu lah nak percaya pada orang sangat, lebih-lebih lagi kalau baru kenal, macam aku ni,dah lama kenal pun still ada perasaan berhati-hati, kekadang rasa rindu yang membuak-buak jer yang tak dapat nak control, begitu juga dengan sayang aku tu, aku dapat rasa yang dia percaya aku bukan 100%, ada juga keraguan di hatinya.



tetapi, apa yang kita boleh lakukan cuba mempercayai pasangan kita dan jika ada masalah, perlu dibawa berbincang dan jangan nak menuduh membuta tuli, kerana perkara tersebut akan merosakkan perhubungan, eleh macam lah aku ni bagus sangat dala hubungan, kekadang pun dalam berbincang tu pun kami selalu bertekak, but kena pandai-pandailah, sebab bila aku tengah panas dia slow, dan dia tengah panas aku slow, tapi kalau difikirkan pula, rasanya tak ada pun macam tu, bertekak kekadang melampau-lampau juga, walaupun begitu, kami saling percaya dan menyintai.....



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...