Friday, February 12, 2010

TerBAkaR

khamis yang lalu semasa aku dalam perjalan pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja, dengan memandu kereta sambil melakukan kesalahan besar apabila memandu, berbual dengan handphone tanpa menggunakan handfree. dari jauh aku melihat ada kepulan-kepulan asap hitam, aku sangka mungkin ada yang membakar sampah di kawasan kebun kelapa sawit itu.

setelah beberapa kilometer ke hadapan aku seperti tidak puas hati kerana mengapa jalan kampung di kawasan kebun itu boleh jamm.... dan aku perhatikan betul-betul dihadapan aku itu lah punca kepulan-kepulan asap hitam yang aku lihat dari jauh. rupa-rupanya sebuah lori terbakar.

aku cuma lihat dari jauh sahaja, kerana lebih kurang 1 kilometer setengah dari aku park kereta dan tempat kejadian, malas aku nak berjalan di panas terik tersebut. semasa aku tiba pasukan bomba pun baru tiba untuk memadamkan kebaran tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...