Isnin, 24 Januari 2011

Dilarang Masuk


Sinopsis Filem Dilarang Masuk

Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?

Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. , Cineworks Sdn. Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 07 April 2011
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Pelakon Filem Dilarang Masuk

Asyikin Kamal : Fatia (Pelakon Utama)
Muhamad Ismaizal bin Yusoof : Ronnie (Pelakon Pembantu)
Isma Hanum : Juli (Pelakon Pembantu)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...