Wednesday, July 20, 2011

Perkara.

Dalam masa beberapa bulan ini, banyak perkara yang aku lalui, baik manis pahit dan segala macam kenangan lah. Tetapi apa yang pasti, kebanyakannya amat meruntuhkan jiwa aku ini sebagai hamba Nya.

Aku sekadar manusia biasa yang tidak punya banyak kekuatan untuk melalui segala duka dan tidak juga aku mampu membuat keputusan yang mampu melukai hati seseorang, kerana sikap aku yang tidak sampai hati membuatkan aku tersepit antara dua.

Kedua-duanya amat menyenangkan hati aku. walaupun ada yang sentiasa membuatkan aku hilang sabar dengan tingkah lakunya, tetapi aku pasti tersenyum apabila dia bermanja dengan aku, satu sikap aku yang susah untuk aku hakiskan adalah sikap panas baran aku. Telah aku cuba, tetapi sukar. cuba untuk bersabar tetapi bagitu juga. yang pasti dia selalu menjadi mangsa aku.

Bukan aku tidak kasihan dengan apa yang terjadi kepadanya, tetapi apabila berlaku pertengkaran pastinya terjadi perkara itu. Entahlah, aku memang tidak mampu untuk membuat keputusan, kerana kedua-duanya aku cintai. Sukar, memikirkannya setiap hari, silap hari bulan aku sendiri yang merana dan menjadi gila agaknya.

Itu kisah perhubungan cinta aku, di dalam keluarga pun begitu juga, ada sahaja masalah yang berlaku, baharu saja ingin menarik nafas lega, ada sahaja perkara susulan yang berlaku.tentang masalah family aku itu tidak lah dapat aku cerita secara terbuka, kerana takut akan mendatangkan masalah yang besar lagi.

Jika di pejabat pula, setakat ini, alhamdulillah tiada bermasalah sangat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...