Khamis, 23 Februari 2012

Perosak.

Pelbagai jenis penipuan sekarang yang dilaporkan di dalam akhbar, salah satunya yang terbaru dan semakin menjadi-jadi sekarang ini, penipuan dalam perniagaan di internet. Beberapa kes yang dilaporkan adalah penipuan penjualan iPad atau Handphone, dengan menjanjikan harga yang murah tetapi hasilnya tidak seperti yang dijangkakan.

Mudah orang sekarang ingin mencari kekayaan dengan menggunakan penipuan bagi menikmati kemewahan. Mengapa menganaya orang. Tetapi orang yang sedemikian mengapa mudah terpedaya dengan iklan yang dipaparkan, bukankah lebih selamat jika walk in ke kedai yang berhampiran. Rata-rata memberikan alasan mereka tertarik dengan harga yang ditawarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Perkara ini juga akan merosakkan periuk nasi orang lain yang berniaga di internet, kerana akan menjejaskan pendapatan mereka kerana pelanggan tidak lagi mempercayai dan risau akan ditipu seperti yang sering berlaku. Kerana kawan-kawan aku sendiri juga ada yang berniaga melalui internet.

Sebelum ini, penipuan melalui peti simpanan ringkas yang menawarkan hadiah ribuan ringgit. Dan seorang rakan aku telah terpedaya dengan tawran itu dan mngikuti segala kehendak pihak yang tidak bertanggungjawab itu, dan bercerita pada aku bahawa beliau amat menyesali perkara itu. Walhal sebelum ini pihak polis dan juga kerajaan telah memberikan amaran supaya tidak mempercayai perkara itu, tetapi seperti orang yang buta akibat jumlah wang yang ditawarkan menjadikan mereka membiarkan diri ditipu dengan mudah.


Begitu lah senario sekarang ini, hanya ingin menikmati kemewahan sanggup mereka memperdayakan orang lain. Dan kita seharusnya lebih berhati-hati dalam penipuan begini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...