Monday, April 15, 2013

Rumpai Laut.


Beberapa hari yang lepas, aku pergi mengikuti sahabat aku yang kebetulan menjadi petugas di Hot Air Bellon di Putrajaya. Selepas beliau habis melakukan tugas-tugasnya, kami pun berjalan bersiar-siar di kawasan gerai yang dibuka.

Sahabat aku ini pula tertarik dengan sejenis tumbuhan laut yang agak popular pada tika ini iaitu Rumpai Laut. Aku pernah dengar tentangnya tetapi tidak ketahui pula apa kebaikan atau kelebihannya pada waktu itu, di sini aku sharedkan pada semua apa kebaikan memakan makanan ini, sambil itu aku boleh juga mengetahui dan menambah pengetahuan aku tentang makanan ini.

Serba sedikit tentang Rumpai Laut ini.

Sebenarnya makanan kesihatan ini telah lama dimakan, tetapi bukan di Semenanjung, tetapi di timur Malaysia. Ia juga dikenali sebagai "Superfood". Mengapa dikatakan begitu? kerana Rumpai Laut ini mempunyai tahap alkaline yang tinggi, begitu juga dengan kandungan protin dan beberpa mikronutrien penting, Antara nutrien yang terdapat di dalam kandungan rumpai laut ini adalah seperti, Vitamin A, B1, B2, B3, B6,c Iodin, Kalsium, Kalium, Magnesium dan zat besi. 
Bagi makluman dan pengetahuan semua, sebenarnya rumpai laut ini ada pelbagai jenis dan spesis yang mana ia dipecahkan kepada 3 jenis iaitu Alge Hijau, Algae Perang dan Algae Merah. Ia tumbuh dikawasan air masin (laut) dan tertumpu pada bahagian laut yang cetek kerana ingin mendapatkan sumber sinar matahari yang cukup. Ia juga tumbuh dikawasan yang berbatu kerana rumpai laut bukan sejenis tumbuhan yang lengkap dan memerlukan bahan lain untuk menjadi tempat untuk berpaut sebagai sokongan untuk tumbuh.
Telah pun kita ketahui serba sedikit tentang rumpai laut ini, sekarang saya akan dedahkan sedikit apa kebaikan dan khasiat yang terdapat pada tumbuhan istimewa ini.

Antara khasiat dan fakta menarik tentang tumbuhan ini: 

  1. Kandungan Iodin yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid dan mampu mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak). 
  2.  
    Mampu merendahkan kadar acidic di dalam makanan yang diambil, oleh itu ia sesuai dimakan bersama nasi dan lauk pauk berprotin yang mana kedua-duanya bersifat acidic.

  3. Kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai pada tumbuhan ini menyebabkan ia mempunyai sifat alkaline yang tinggi, mencukupi untuk keperluan manusia, selain itu, ia merupakan tumbuhan yang banyak mineral berbanding sayuran yang terdapat di daratan.
     
  4. Rumpai laut juga kaya dengan serat yang mana secara langsung dapat mengawal paras gula dalam darah.
     
  5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksiden, yang mana dapat merendahkan tahap kolestrol dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. 
     
  6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai agen detox, terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksid yang akan dibuang dari dalam badan melalui bahan buanga.
     
  7. Rumpai Laut juga digunakan sebagai salah satu ekstrak yang ditambah di dalam  pembuatan pil diet, kerana ia mampu membuatkan kita rasa kenyang apabila mengambilnya sedikit.
     

HARUS INGAT.
 
  1. Tetapi harus dingat, rumpai laut tidak boleh diambil dalam kuantiti yang tinggi dengan secara berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan Keracunan iodin.
     
  2. selain itu, Rumpai Laut yang telah busuk mampu menghasilkan gas Hidrogen Sulfida dan merupakan gas beracun yang mengakibatkan muntah dan cirit birit.

3 comments:

The Legends Prince said...

info yang baik...tapikan satu yg sy tak faham...housemate sy kat umah dok tepek kat muka kata mask (facepalm)...

xtau lah betul ker tak haha...

budak_nakal said...

salam "the legend prince"

ada yang guna utk dijadikan masker... kerana tinggi kandungan kolegennyer....
tapi bergantung kepada keadaan diri masing-masing, cepat atau lambat hasilnya....

Raudzah Zahari said...

seaweed ni banyak manafaatkan..tapi sensitive kalau allergic seafood..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...