Tuesday, April 19, 2016

Langkawi Skim F


Pada hujung bulan March 2016, aku mendapat tawaran untuk mengikuti rombongan di bawah jabatan tempat aku bekerja ke Langkawi.

Segala perbelanjaan telah ditanggung oleh jabatan, Aku sekadar menyediakan duit untuk berbelanja dan untuk makan sahaja selama berada di sana.

"Alhamdulillah", Bisik hati ku.

dalam feri menuju Langkawi
Setiap seorang kakitangan dibenarkan untuk membawa ahli keluarga, memandangkan aku hanya punya ibu aku. Oleh itu, aku hanya membawa beliau sahaja. Pada mulanya aku ingin membawa anak saudara aku. Tetapi hari cuti Negeri Johor dan negeri tempat dia bersekolah tidak sama, aku sekadar mematikan sahaja niat aku.


Pada mulanya, tidak mahu juga aku menyertai lawatan ini kerana kekangan kewangan yang aku hadapi, Tetapi segalanya ditanggung kecuali makan dan perbelanjaan sendiri, aku kuatkan juga semangat untuk sertai. Dan pula, aku tidak pernah sampai lagi ke pulau lagenda tersebut.

underworld Langkawi
Tantitif perjalanan bermula dengan menanti ketibaab bas rombongan di Kota Iskandar, Nusajaya. Pada awlnya, ada yang mengajak aku menaiki bas dari Air Keroh, Melaka sahaja. Memandangkan aku tidak punya rakan dan sesiapa yang ingin menghantar ke tempat itu, maka membuat keputusan untuk turun sahaja ke Kota Iskandar.

Perjalanan mengambil masa selama 11 jam, dan tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 4.30 a.m. Masing-masing membuat keputusan untuk tidur sahaja di dalam bas menantikan waktu menaiki feri ke pulau.

Beras Terbakar, Langkawi

Kami tiba di hotel penginapan dengan menaiki yang telah disediakan. Dan pada jam berikutnya, kereta sewa yang telah ditempah tiba di perkarangan hotel.

Pada petang harinya pula, Aku membawa ibu aku bersiar-siar di pekan Kuah sahaja.

sky park Langkawi
Antara tempat yang aku pergi selama 3 hari 2 malam.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...